Dirt with Grass/ms

From Minetest Wiki
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • Deutsch • français • Bahasa Melayu
Tanah Berumput
Dirt with Grass.png
Sebuah blok dalam Minetest Game
Jenis Bongkah Pepejal
Menjatuhkan Tanah (1)
Ikut Fizik Tidak
Bercahaya Tidak
Boleh Dibakar Tidak
Blok Dijana Ya
Boleh Diperbaharui Tidak
Boleh Ditindan Ya (99)
Rentetan Item default:dirt_with_grass

Tanah Berumput (BIDirt with Grass) boleh dijumpai secara semulajadi di atas tanah. Rumput akan tumbuh di atas tanah jika ia didedahkan kepada cahaya matahari atau cahaya terang selepas masa tertentu. Ia boleh digali menggunakan penyodok; tangan juga boleh menggalinya tetapi lebih perlahan. Apabila digali, pemain mendapat tanah yang biasa.

Pokok-pokok, bunga, rumput, rumput kering, dan rumput hutan tumbuh di atasnya. Blok tanah berumput juga boleh dibuat menjadi tanih dengan menggunakan cangkul.

Blok tanah berumput tidak boleh diambil oleh pemain secara sah, ia hanya boleh diambil menggunakan perintah pelayan /give atau /giveme.

Blok ini akan bertukar menjadi tanah biasa semula sekiranya ia berada terlalu lama di bawah tempat teduh.

Lihat juga