Help:Translation Notes/ms

From Minetest Wiki
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • Deutsch • français • Bahasa Melayu • polski

This page contains information for Malay translators.

Pemiawaian istilah asas

Sila pastikan istilah-istilah berikut digunapakai. Senarai penuh boleh dilihat di dalam glosari Weblate Minetest.

Bahasa Inggeris (Original English) Bahasa Melayu (Translated Malay) Terjemahan istilah Melayu (Translation of Malay definition) Keterangan (Explanation - in Malay only)
client klien client
server pelayan server Ini istilah rasmi bahasa Melayu dan digunapakai dalam Kamus Dewan, Kamus Komputer dan buku-buku berkaitan komputer dalam bahasa Melayu
map peta map
map generator penjana peta map generator
mapgen penjana peta map generator Istilah Inggeris mapgen hanyalah kependekan untuk map generator oleh itu guna terjemahan untuk istilah asal.
mode mod mode
mod / mods mods mod Istilah Inggeris tunggal mod atau jamaknya mods merupakan kependekan untuk modules (modul). Untuk terjemahan, gunakan mods sebagai singkatan modifikasi supaya tidak keliru dengan perkataan Melayu mod yang membawa maksud Inggeris mode. Untuk kata jamak Melayu, gunakan kata ganda mods-mods.
flags bendera flag Istilah rasmi bahasa Melayu dalam bidang komputer dan teknologi.
node nod node Istilah rasmi bahasa Melayu dalam bidang komputer dan teknologi.
block blok block Digunakan untuk istilah teknikal yang tidak merujuk kepada barangan sebenar, contohnya: Kelegapan blok, Bentuk blok
bongkah block Digunakan untuk barangan sebenar, contohnya: Bongkah Gangsa, Bongkah Batu Arang
game permainan game Istilah rasmi bahasa Melayu dalam bidang komputer dan teknologi.
subgame subpermainan subgame Awalan sub- digabungkan dengan permainan, ini istilah lama di dalam enjin permainan, kini ia hanya dipanggil sebagai permainan.
spawn lahir birth Digunakan untuk perbuatan mewujudkan sesuatu, contohnya, spawn egg menjadi telur kelahiran, spawn an animal menjadi lahirkan haiwan.
permulaan starting point Digunakan untuk titik atau kawasan seseorang itu dilahirkan ke dunia atau dilahirkan ke sesuatu tempat, contohnya, spawn area menjadi kawasan permulaan, city spawn menjadi permulaan bandar.
respawn lahir semula rebirth
noclip tembus blok go through block Istilah rasmi untuk clip ialah ketip dalam bidang komputer dan teknologi, tidakketip ialah perkataan rekaan untuk noclip, kapitan ke…an ditambah untuk menunjukkan perihal tidakketip. KEMASKINI: permainan tidak patut menjadi terlalu teknikal oleh itu istilah ketidakketipan telah digantikan dengan tembus blok.
deprecated terkecam the state of not recommended to use Tiada istilah rasmi dalam bidang komputer, tetapi istilah Inggeris deprecate secara umumnya bermaksud kecam iaitu menegur keburukan. Gunakan istilah ini sehingga istilah rasmi dikeluarkan dalam bahasa Melayu.
minimap peta mini mini map
screenshot tangkapan layar screen capture Istilah rasmi bahasa Melayu dalam bidang Komputer dan Teknologi
noise hingar noise Istilah rasmi bahasa Melayu dalam bidang Komputer dan Teknologi
noise parameter parameter hingar noise parameter
anisotropic filter tapisan anisotropik anisotropic filter
item item item Istilah khusus dalam Minetest yang resamnya perlu diikut
entity entiti entity Istilah khusus dalam Minetest yang resamnya perlu diikut
entities entiti-entiti entities Resam perlu diikut, tetapi pakai tatabahasa Melayu
instrumentation instrumentasi instrumentation Ini istilah dalam pengaturcaraan komputer, tiada padanan dalam bidang komputer dan menggunakan padanan dalam bidang muzik.
to instrument menginstrumentasikan to do instrumentation Tiada istilah yang sesuai yang wujud, maka ia dicipta dengan perkataan instrumentasi.
am / is / are / was / were ialah is Gunakan ialah apabila frasa selepasnya frasa nama (seperti "Bongkah batu arang ialah blok").
adalah is Gunakan adalah apabila frasa selepasnya frasa adjektif (seperti "adalah lebih baik").
(perkataan yang sesuai) (any suitable word) Kadang-kala terdapat perkataan yang lebih sesuai berbanding ialah atau adalah, jadi gunakan perkataan tersebut atau tidak perlu terjemahnya. Bergantung kepada konteks penggunaan dalam artikel asal bahasa Inggeris.
maintenance penyenggaraan maintenance Jangan gunakan penyelenggaraan yang menerima sisipan -el- kerana ia membawa maksud berbeza sedikit. Lagipun perkataan penyenggaraan digunapakai dalam kamus komputer rasmi terbitan DBP walaupun penyelenggaraan lebih kerap digunakan.
protection perlindungan protection Perkataan ini digunapakai dalam kamus komputer rasmi terbitan DBP walaupun pelindungan tanpa huruf R juga digunakan.
teleport teleportasi teleportation (noun / k.n) Perkataan ini digunapakai dalam kebanyakan novel bahasa Melayu dan dicadangkan oleh pihak DBP.
diteleportasikan teleported (verb / k.k) versi kata kerja - seseorang dipindahkan ke tempat lain
meneleportasikan teleporting (verb / k.k) versi kata kerja - memindahkan orang ke sesuatu tempat
pitchmove pergerakan mencuram movement that is in constant to one slope direction Pergerakan yang malar dalam sesuatu kecuraman apabila bergerak satu kali
placeholder pemegang tempat place holder Istilah sains rasmi untuk sesuatu yang memegang tempat buat sementara waktu
mapchunk ketulan peta map chunk Ketulan peta dalam enjin permainan
emerge timbul appear / floats Perkataan ini digunapakai dalam kamus komputer rasmi terbitan DBP.

Istilah untuk item

Apabila menerjemah artikel berkaitan item (alatan, senjata, blok, dll.), sila pastikan perkara berikut diikut.

  1. Hanya gunakan perkataan berlian untuk batu berlian (diamond), gunakan perkataan intan untuk benda lain seperti kapak intan (diamond axe) atau bongkah intan (diamond block).
  2. Istilah untuk pickaxe dalam bahasa Melayu ialah beliung walaupun beliung itu asalnya digunakan sebagai alat pengukir kayu.
  3. Untuk perkataan orange, gunakan jingga sekiranya ia merujuk kepada warna dan gunakan oren sekiranya ia merujuk kepada buah. Untuk benda yang lain daripada warna dan buah, gunakan akal fikiran untuk tetapkan sama ada ia lebih dekat kepada warna ataupun dekat kepada buah.
  4. Jangan keliru di antara perkataan bahasa Inggeris air yang bermaksud udara dengan perkataan bahasa Melayu air. Air dalam bahasa Inggerisnya ditulis sebagai water.
  5. Jangan keliru di antara kelikir dan kerikil. Blok gravel ditulis sebagai kelikir walaupun kerikil juga terjemahan untuk gravel, hal ini kerana sifat blok gravel di dalam Minetest itu lebih kepada kelikir (sejenis pasir berbatu, digali guna penyodok) dan bukannya kerikil (sejenis batu berpasir, digali guna beliung).
  6. Galian coal dalam bahasa Melayu ialah batu arang manakala galian charcoal dalam bahasa Melayu ialah arang sahaja.
  7. Blok separuh yang dikenali sebagai slab dalam bahasa Inggeris perlu diterjemah sebagai papak dan bukannya bidur kerana papak lebih banyak digunapakai.

Istilah warna

Sila pastikan istilah-istilah berikut digunapakai untuk warna asas. Istilah warna lain boleh digunapakai sekiranya penampakan berbeza ataupun perlukan variasi yang lebih khusus, berdasarkan pandangan subjektif anda.

Bahasa Inggeris
(Original English)
Bahasa Melayu
(Translated Malay)
Terjemahan istilah Melayu
(Translation of Malay definition)
White Putih White
Grey Kelabu Grey
Dark Grey Kelabu Gelap Dark Grey
Black Hitam Black
Violet Ungu Purple
Blue Biru Blue
Cyan Biru Kehijauan Greenish Blue
Green Hijau Green
Dark Green Hijau Gelap Dark Green
Red Merah Red
Pink Merah Jambu Syzgium Red
Magenta Merah Lembayung Hyacinth Red
Yellow Kuning Yellow
Brown Perang Brown
Orange Jingga Orange