Unknown Object/ms

From Minetest Wiki
< Unknown Object
Revision as of 18:42, 1 February 2018 by Muhdnurhidayat (talk | contribs) (Fix link & heart)
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • Bahasa Melayu
Objek Tidak Diketahui
Unknown Object.png
Sebuah objek dalam Minetest
Mata Kesihatan Half heart.png
Perlanggaran Objek Tidak
Perlanggaran Blok Tidak
Rentetan Entiti Tiada

Objek Tidak Diketahui (BIUnknown Object) ialah pseudo-objek dalam Minetest untuk mewakili sebuah objek (seperti mob) yang mana pentakrifan objek tersebut tidak diketahui. Objek-objek ini tidak patut muncul dalam permainan, kalau ada bermakna ada ralat dalam permainan.

Perlakuan

Sebuah objek tidak diketahui muncul sebagai tekstur rata dengan tulisan bahasa Inggeris “unknown object” tertulis atasnya. Pergerakan objek asal selalunya dikekalkan jadi objek tidak diketahui selalunya akan terus terbang menembusi dunia.

Di peringkat dalaman, sebuah objek tidak diketahui masih tahu objek yang “sebenar” yang ia wakilkan dan masih memegang data yang berkaitan. Anda boleh melihat ID entiti/objek dengan menunjuk ke arahnya. Jika sesebuah objek tidak diketahui dijumpai oleh enjin Minetest, akan ada mesej ralat dipaparkan di bahagian sembang dan mesej tersebut berkait dengan LuaEntity yang tidak boleh dijumpai (“LuaEntity” ini merujuk kepada objek tidak diketahui), beserta ID entitinya.

Untuk membaiki masalah objek tidak diketahui, mula-mula periksa bahagian pencarisilapan. Objek tidak diketahui akan termusnah apabila diketuk pemain atau mereka menerima sebarang kerosakan.

Pencarisilapan

Sebab biasa untuk objek tidak diketahui muncul ialah apabila anda pernah mengaktifkan mods yang menambah beberapa objek baru, kemudian menyahaktifkan mods tersebut. Apabila mods tersebut dinyahaktifkan, semua objek daripada mods tersebut akan muncul sebagai objek tidak diketahui. Dalam kese sebegini, anda boleh selesaikan masalah ini dengan mengaktifkan semula mods yang hilang. Jika anda lupa mods manakah asalnya objek ini, tunjuk ke arahnya dan baca ID entitinya. Bahagian sebelum titik bertindih itu nama mods kepada objek tersebut.

Sebab lain yang boleh terjadi ialah pepijat dalam mods atau subpermainan. Pembangun subpermainan mungkin telah membuat kesilapan atau mereka membuang jenis-jenis objek secara sengaja tanpa pengganti. Laporkan kepada penulis subpermainan jika perkara ini berlaku, kerana hal ini ialah amalan pembangunan yang teruk. Jika objek tidak diketahui muncul tanpa menggunakan sebarang mods, ia kemungkinan besar ialah pepijat.


Lihat juga