Air/ms

From Minetest Wiki
< Air
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • Deutsch • français • 日本語 • Bahasa Melayu
Udara
Air.png
Sebuah blok dalam Minetest
Jenis Gas
Menjatuhkan Tiada apa-apa
Ikut Fizik Tidak
Bercahaya Tidak
Boleh Dibakar Tidak
Blok Dijana Ya
Boleh Diperbaharui Ya
Boleh Ditindan Ya (99)
Rentetan Item air

Udara (BI: Air) merupakan blok lutsinar yang mana pemain boleh berjalan dan melaluinya tanpa sebarang halangan. Sebuah blok udara boleh dimusnahkan dengan meletakkan sebuah nod pepejal ke dalam kedudukannya, sama seperti air dan lava. Apabila blok bukan udara dimusnahkan, sebuah blok udara akan mengambil kedudukan tersebut dengan segera.

Kadang-kala, api akan menggantikan udara berhampiran dengan blok mudah terbakar.

Udara blok paling umum dalam Minetest. Kebanyakan kawasan dunia di atas paras laut mempunyai udara. Udara juga boleh dijumpai di bawah tanah dalam bentuk gua. Udara tidak boleh dikutip tanpa menipu.

Penjana peta cuba untuk memastikan pemain sentiasa dilahirkan ke kawasan blok udara.

Udara blok istimewa dalam Minetest. Ianya salah satu daripada beberapa blok yang sentiasa wujud (blok lainnya seperti Abai), tanpa mengira permainan dan mods mana yang diaktifkan. Sekiranya sesebuah permainan tidak mentakrifkan sebarang blok langsung, maka seluruh dunia akan hanya mempunyai udara.

Penjana peta “singlenode” menjana peta yang hanya mengandungi udara.