Games/Lord of the Test/ms

From Minetest Wiki
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • Deutsch • Bahasa Melayu
Lord of the Test
Icon Lord of Test Game.png
A game
Jenis Permainan Bertema
Pemilik fishyWET, Amaz
Topik Forum 5578
Kod Sumber GitHub

Tentang subpermainan

Lord of the Test sebuah subpermainan untuk Minetest yang menambah unsur-unsur seperti Lord of the Rings ke dalam Minetest game. Ianya kini dalam bentuk beta dan ini bermakna ciri-ciri utama telah lengkap, namun akan ada sedikit pepijat di sana sini.

  • Perbincangan subpermainan dibuat dekat topik forum Minetest dan juga saluran IRC freenode #lordofthetest.
  • Versi terbaru permainan boleh dijumpai di GitHub
  • Subpermainan ini mempunyai wikinya sendiri yang boleh dijumpai di sini

Biom

Salah satu ciri utama subpermainan ini ialah landskap yang kaya dengan pelbagai ciri berbeza bergantung kepada kawasan anda berada dalam permainan. Pengenalan yang lebih lanjut tentang kawasan Middle-earth boleh dijumpai di halaman Biom.

Perisai

Untuk membuatkan rupa & rasa seperti Lord of the Rings, banyak perisai dimasukkan ke dalam subpermainan ini. Perisai ini bukan sahaja untuk pemain, beberapa NPC dalam permainan turut memakai perisai. Maklumat lanjut berkaitan perisai boleh dijumpai di halaman Perisai.