Getting Started/ms

From Minetest Wiki
Jump to: navigation, search
Languages Bahasa: English • Deutsch • español • français • magyar • Bahasa Indonesia • 日本語 • Bahasa Melayu • português do Brasil • русский

Selamat datang ke Minetest! Halaman ini menjelaskan segalanya tentang Minetest, cara untuk mendapatkannya, dan cara untuk mula bermain permainan pertama anda secara bersendirian atau dalam talian.

Contents

“Apakah benda pelik ‘Minetest’ yang saya selalu dengar ini?”

Tangkapan layar Minetest Game, sebuah subpermainan untuk Minetest
  • Minetest ialah sebuah aturcara di mana anda boleh bermain pelbagai permainan yang ditetapkan dalam dunia dperbuat daripada blok sepenuhnya.
  • Anda boleh main dalam atau luar talian.
  • Subpermainan itulah ciri asas dalam Minetest. Subpermainan ialah permainan yang anda boleh main dalam Minetest.
  • Kebanyakan subpermainan (tapi bukan semuanya!) mempunyai cara main kotak pasir berfokuskan kepada pembinaan, perlombongan dan kreativiti.
  • Subpermainan yang didatangkan bersama-sama Minetest ialah Minetest Game, tetapi ada banyak lagi subpermainan yang lain.
  • Anda boleh memasangkan mods untuk mengubah sesetengah aspek cara main. Mods merupakan sebahagian daripada Minetest dan tidak boleh dipisahkan.
  • Mods berfungsi dengan sendirinya apabila bermain dalam talian, tiada pemasangan tambahan diperlukan. Mods semuanya di pihak pelayan, semuanya disampaikan secara automatik.
  • Nama “Minetest” hanya merujuk kepada enjin permainan. Nama “Minetest Game” pula hanya merujuk kepada subpermainan asal.

Mendapatkan Minetest

Windows

  • Muat turun Minetest. Jika anda mempunyai Windows versi 64-bit, anda patut gunakan muat turun 64-bit, namun binaan 32-bit juga boleh dijalankan pada sistem 64-bit. Namun begitu, binaan 64-bit tidak boleh dijalankan pada sistem 32-bit.
  • Ekstrak arkib yang telah dimuat turun. Kami mengesyorkan C:\Minetest\, C:\Games\Minetest\ atau %USERPROFILE%\Documents\Minetest\. Sebenarnya, tidak kisahlah di mana anda ekstrak asalkan anda mempunyai akses baca/tulis. JANGAN simpan ke C:\Program Files\ atau yang serupa dengannya, kerana ia akan membuat masalah (tiada akses tulis).
  • Untuk menjalankan Minetest, buka folder yang telah diekstrak dan cari folder bin (binary). Di dalam folder bin adanya boleh laku Minetest, minetest.exe.

Inilah struktur direktori yang anda patut ada:

minetest/
├── bin/
├── builtin/
│   ├── async/
│   ├── common/
│   ├── fstk/
│   ├── game/
│   └── mainmenu/
├── client/
│   ├── serverlist/
│   └── shaders/
│       ├── nodes_shader/
│       └── water_surface_shader/
├── doc/
├── fonts/
├── games/
│   ├── minetest_game/
│   └── minimal/
├── locale/ 
│   └── (pelbagai folder bahasa)
├── mods/ 
└── textures/
    └── base/
        └── pack/

OS X

  • Muat turun Minetest.
  • Ekstrak fail tersebut. Tidak kira ekstrak ke mana, asalkan anda mempunyai akses baca/tulis.
  • Buka fail .app di dalam folder yang telah diekstrak.

Atau gunakan Homebrew untuk memasang versi stabil terbaru:

brew install minetest
brew linkapps

Pemasangan GNU/Linux

  • Jika boleh, muat turun versi yang telah dikompil untuk pengedaran GNU/Linux anda. Jika anda tidak jumpa, anda boleh kompil sendiri daripada sini. Jika anda berbuat demikian, anda juga patut pasangkan subpermainan.
  • Jika anda menggunakan Debian, Ubuntu atau terbitannya, anda juga boleh gunakan:
sudo apt-get install minetest

Walau bagaimanapun, cara tersebut mungkin memberikan versi yang ketinggalan, lihat halaman di bawah berkaitan maklumat mengenai versi yang ada:

minetest di packages.debian.org
minetest di packages.ubuntu.com

  • Anda juga boleh cuba untuk kompil Minetest daripada sumber terbaharu di GitHub menggunakan skrip satu-baris ini untuk memasang/mengompil Git Minetest, untuk Debian / Ubuntu / Mint

Struktur folder berdasarkan CMakeLists.txt

berdasarkan skrip binaan di CMakeLists.txt dekat github

DirVariable WIN32 APPLE UNIX/Linux/BSD RUN_IN_PLACE UNIX/Linux/BSD Perihal
SHAREDIR . ${BUNDLE_NAME}/Contents/Resources . ${CMAKE_INSTALL_PREFIX}/share/${PROJECT_NAME} Direktori untuk pemasangan fail
BINDIR bin ${BUNDLE_NAME}/Contents/MacOS bin ${CMAKE_INSTALL_PREFIX}/bin Direktori untuk pemasangan penduaan
DOCDIR doc ${SHAREDIR}/${PROJECT_NAME} doc ${CMAKE_INSTALL_PREFIX}/share/doc/${PROJECT_NAME} Direktori untuk pemasangan pendokumenan
EXAMPLE_CONF_DIR . ${DOCDIR} . ${DOCDIR} Direktori untuk pemasangan fail config contoh
MANDIR unix/man ${CMAKE_INSTALL_PREFIX}/share/man Direktori untuk pemasangan janaan peta
XDG_APPS_DIR unix/applications ${CMAKE_INSTALL_PREFIX}/share/applications Direktori untuk pemasangan fail .desktop
APPDATADIR unix/appdata ${CMAKE_INSTALL_PREFIX}/share/appdata
ICONDIR unix/icons ${CMAKE_INSTALL_PREFIX}/share/icons Direktori untuk pemasangan ikon
LOCALEDIR locale ${SHAREDIR}/locale locale ${CMAKE_INSTALL_PREFIX}/share/${PROJECT_NAME}/locale Direktori untuk pemasangan fail terjemahan

untuk Apple, "BUNDLE_NAME" ditetapkan kepada "${PROJECT_NAME}.app" di mana project_name (nama projek) ditetapkan kepada minetest dan
"BUNDLE_PATH" ditetapkan kepada "${BUNDLE_NAME}"


Bermain

Setelah anda memasang permainan tersebut, anda boleh: bermain seorang diri, bermain di pelayan tempatan atau bermain dalam talian dengan menyambung ke pelayan.

Pemain Perseorangan

Untuk bermain pemain perseorangan, anda hanya perlu mencipta sebuah dunia, pilih penjana peta (jika mahu) dan tekan Main atau Play. Asalnya, anda akan bermula dalam subpermainan Minetest Game. Baca Bantuan:Bagaimanakah cara untuk membina rumah buat kali pertama untuk langkah pertama anda dalam Minetest Game.

Terdapat juga Tutorial tidak rasmi untuk pengenalan yang interaktif kepada Minetest secara amnya.

Anda juga boleh pilih untuk memasang subpermainan yang lain (yang mana ianya merupakan permainan yang berbeza). Kami menggalakkan anda mencuba subpermainan lain, kerana subpermainan itulah salah satu ciri utama dalam Minetest; jika anda hanya bermain Minetest Game, anda akan ketinggalan banyak lagi ciptaan menarik yang lain daripada komuniti.

Pemain Ramai

Skrin menukar kata laluan (bahasa Melayu)
Skrin menukar kata laluan (bahasa Inggeris)

Menyertai pelayan pemain ramai dilakukan di tab 'Klien'. Untuk memilih pelayan, klik pada namanya dalam senarai pelayan. Alamat dan port akan diisi secara automatik ketika mengkliknya. Sesetengah pelayan tidak disenaraikan dalam senarai pelayan. Cari topik pelayan tersebut, dan masukkan alamat dan port yang diberikan dalam topik ke dalam kotak teks dekat tab klien. Sebuah alamat kelihatan seperti redcrab.suret.net atau 64.3.4.1. Port ialah nombor bulat di antara 1 dan 65535.

Setelah memilih pelayan dan mengklik padanya, anda mesti memasukkan nama pengguna dan kata laluan.
Apabila nama pengguna disambungkan ke pelayan untuk kali pertama, akaun untuk pemain tersebut akan dicipta.

Akaun dalam Minetest tidak berpusat. Maksudnya, akaun disimpan dalam setiap pelayan yang berbeza, dan bukannya disimpan dalam pelayan pusat. Anda tidak perlu menggunakan nama pengguna yang sama seperti dekat forum, dan anda juga tidak perlukan akaun forum untuk bermain. Menggunakan kata laluan sangatlah disyorkan untuk mengelakkan orang lain mencuri pemain anda dan menyebabkan kerosakan. Anda boleh menukar kata laluan dengan mengklik 'tukar kata laluan' dekat menu jeda (ESC).

Minetest menggunakan pengesahan SRP.

Sesetengah pelayan mengkehendaki anda untuk meminta kebenaran untuk keistimewaan membina melalui topik forum mereka, sebagai langkah mengelak kerosakan.

Kawalan Asas

Kebanyakannya boleh ditukar melalui menu “Tukar Kekunci”. Untuk melihat senarai penuh kawalan papan kekunci, sila lihat Kawalan.

Kawalan asal dan yang paling penting adalah seperti berikut:

  • W/A/S/D: bergerak
  • Selang: lompat
  • Butang tetikus kiri: Mengetuk, Melombong blok, memindahkan tindanan item di dalam inventori
  • Butang tetikus kanan: Guna (cth. membuka peti atau relau), meletakkan blok, memindahkan satu item atau memisahkan item dalam sebuah inventori
  • Shift+Butang tetikus kanan: meletakkan blok
  • Butang tetikus tengah: memindahkan 10 item di dalam sebuah inventori
  • Roda tetikus: memilih item di dalam hotbar
  • 0-9: memilih item di dalam hotbar
  • Q: menjatuhkan blok, item atau alatan yang dipegang
  • I: membuka atau menutup menu inventori
  • T: membuka tetingkap sembang
  • Shift: turun tangga panjat atau menyelinap (berjalan perlahan, mengelakkan terjatuh dari belebas tinggi)

Cara Main

Cara main asas Minetest diajar di dalam Tutorial tidak rasmi yang ditujukan kepada orang baru, sila lihat Tutorial untuk bimbingan cara memasang dan mula bermain.

Sebuah pengenalan Minetest yang ringkas tetapi agak ketinggalan boleh dilihat di video ini.

Bimbingan ringkas untuk Minetest Game boleh dijumpai di Bagaimana hendak membina rumah pertama.

Halaman wiki berikut menjelaskan beberapa konsep asas Minetest dengan lebih lanjut:

Apabila anda mengetahui asasnya, anda mungkin ingin melihat blok dan item yang mana yang ada dan dapatkan gambaran umum mengenai perladangan.

Anda hanya ingin membina? Cubalah mod kreatif!

Jika anda mahukan lebih lagi, cubalah beberapa mods dan permainan yang baru.

Jika anda ingin bermain dalam talian, anda patut baca nota cara main untuk pelayan pemain ramai.

Topik lanjutan:

Lihat juga

Languages Bahasa: English • Deutsch • español • français • magyar • Bahasa Indonesia • 日本語 • Bahasa Melayu • português do Brasil • русский