Lava/ms

From Minetest Wiki
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • Deutsch • français • Bahasa Melayu
Lava
Lava.png
Sebuah blok dalam Minetest Game
Jenis Cecair
Menjatuhkan Tiada apa-apa
Ikut Fizik Tidak
Bercahaya Ya (14)
Boleh Dibakar Tidak
Blok Dijana Ya
Boleh Diperbaharui Tidak
Boleh Ditindan Ya (99)
Rentetan Item default:lava_source

Lava ialah blok cecair tidak boleh diperbaharui yang mengeluarkan cahaya dan membuatkan blok-blok di sekelilignya terbakar sekiranya blok-blok tersebut mudah terbakar. Lava mencederakan pemain dengan mengurangkan tahap kesihatan sebanyak empat hati (Heart.pngHeart.pngHeart.pngHeart.png) setiap saat menyentuhnya, ditambah pula dengan lemas iaitu mengurangkan tahap kesihatan sebanyak setengah hati (Half heart.png) setiap saat tenggelam di dalamnya. Lava juga mempunyai tahap kelikatan yang tinggi, ini bermakna pemain bergerak dengan sangat perlahan apabila berada di dalamnya. Oleh itu, jatuh ke dalam lava selalunya menyebabkan kematian, jadi berhati-hati dengan lava! Pemain boleh meletakkan lava dengan menggunakan baldi lava yang tidak boleh ditindan, atau dengan Sumber Lava jika bermain dalam mod kreatif. Atas permukaan rata, lava boleh mengalir sejauh lapan blok.

Lava boleh “disejukkan” menjadi obsidia atau batu dengan pelbagai jenis blok penyejuk lava: Jika air, air sungai, ais atau bongkah salji menyentuh sumber lava (walaupun secara pepenjuru atau dekat bucu), sumber lava berubah menjadi obsidia. Lava mengalir pula berubah menjadi batu.

Setiap 10 saat, item mudah terbakar dalam lava dimusnahkan.

Lava selalunya muncul sebagai tasik lava dengan berbagai saiz sangat dalam di dalam biom bawah tanah. Lava muncul di bawah kedalaman Y=-273 untuk semua janapeta kecuali v6. Dalam janapeta v6, lava sudah boleh dijumpai di bawah kedalaman Y=-32.

Sejarah

Lava mula-mula muncul dalam Minetest versi 0.2.20110922.

Lihat juga