List of Mods/ms

From Minetest Wiki
Jump to: navigation, search
Languages Bahasa: English • Bahasa Melayu

Halaman ini menyediakan indeks kepada senarai mods ekstensif.

Contents

Mods “rasmi”

Lihat Minetest Game.

Sila ambil perhatian bahawa Minetest Game merupakan permainan yang sangat asas (ianya kotak pasir). Tambah mods yang anda suka untuk mendapatkan cara permainan yang anda inginkan! Mods merupakan asas kepada Minetest Game.

Mods disenaraikan mengikut kategori

Terdapat pelbagai jenis mods berbeza di dalam bahagian penerbitan mods dan bahagian am mods di dalam forum Minetest. Bahagian ini cuba untuk menyediakan gambaran keseluruhan kesemua mods tersebut. Sesetengah mods mungkin disenaraikan dalam pelbagai kategori berbeza. Pendokumenan selalunya boleh dijumpai dalam pengeposan pertama dalam jalur topik forum yang dipautkan. Jika anda mempunyai soalan atau masalah dengan mana-mana mods, jalur topik forum yang dipautkan ialah tempat terbaik untuk meminta bantuan berkaitan mods tersebut.

Mods komuniti

Nama Nama pendek Pemilik Keterangan Jalur forum Kategori
Simple Mobs mobs PilzAdam Menambah mob (waktu ini ada dua mob pasif dan lima mob musuh). 3063 Mob
Pek Mods MOB Framework mobf Sapier Menambah sejumlah besar mob dan juga kerangka kerja mob. Ia mempunyai corak pergerakan, definisi persekitaran, algoritma kelahiran dan banyak lagi. 629 Mob
Pek Mods Mesecons mesecons Jeija dan penyumbang Menambah Mesecons (wayar, punca kuasa, suis...). Laman web mesecons dalam bahasa Inggeris, (mesecons.net) ada maklumat lanjut (Pengawal Mikro, Pintu Logik, Tutorial, Resipi Pertukangan)! 628 Industri
Pek Mods Technic technic RealBadAngel Menambah benda teknik. Maklumat lanjut dan halaman resipi di technic.kosyak.info 2538 Industri
Map Tools maptools Calinou Menambah “alatan peta” yang boleh digunakan untuk mencipta peta sendiri atau mengelakkan kemusnahan dalam pelayan pemain ramai. 1882 Pelayan
More Ores moreores Calinou Menambah perak dan Mithril. Juga menambah tiga set alatan dan pedang yang baru. 549 Pembinaan
More Blocks moreblocks Calinou Menambah beberapa blok perhiasan kepada permainan. 509 Pembinaan
Carts carts PilzAdam Menambah pedati lombong. 2451 Kenderaan
WorldEdit worldedit sfan5 Menambah penyunting dunia dalam permainan. 572 Penyenggaraan
Nature Pack nature neko259 Menambah bunga, rumput hutan, belukar, kaktus, papirus yang boleh tumbuh. Batu buntar boleh berlumut. 729 Alam
Farming Plus farming_plus PilzAdam Menambah fungsi kepada pertanian asas. 2787 Alam
Advanced area protection areas ShadowNinja Menambah perintah untuk perlindungan kawasan. (mods berdasarkan fungsi node_ownership) 7239 Penyenggaraan
markers markers Sokomine Menambah antaramuka pengguna grafikal (GUI) kepada mods areas. 124128 Penyenggaraan
Unified Inventory unified_inventory RealBadAngel Menambah fungsi inventori pemain. 3933 Pelbagai
Prestibags prestibags Prestidigitator Beg ringkas yang bertindak seperti peti yang anda boleh kutip. 5026 Pelbagai
Wardrobe wardrobe Prestidigitator Penukar kulit berasaskan nod yang ringkas. 9680 Pembinaan
LuaCmd luacmd Prestidigitator Menambah perintah sembang /lua untuk pelaksanaan kod Lua dalam permainan (untuk nyahpepijat). 9671 Pelbagai
BlockExport blockexport Prestidigitator Mengeksport data nod blok dalam format OBJ 9948 Penyenggaraan
Exertion exertion Prestidigitator Menambah kaedah penggunaan tenaga, makanan, air, racun, dan mekanik perawatan yang berbeza (tidak begitu bahaya) 11740 Pelbagai
Security security Prestidigitator Mencipta suasana Lua berkotak pasir lutsinar untuk Minetest, mengehadkan akses mods lain kepada sistem pengoperasian, sistem fail, dan kebolehan nyahpepijat. 11829 Pelbagai
LuaConfig luaconfig Prestidigitator Tetapan konfigurasi mods lain berasaskan Lua yang amat mudah digunakan. 12040 Pelbagai
IRC irc kaeza & ShadowNinja Menghubungkan sembang permainan kepada saluran IRC sembarangan. 3905 Penyenggaraan
Disable sneak glitch no_sneak_glitch Wuzzy Mods ini melumpuhkan pepijat selinap untuk semua pemain secara automatiknya apabila mereka masuk ke dalam pelayan. 10424 Pelbagai
Basic_robots Basic_robots rnd Robot yang boleh buat hampir semua benda 15850 Pembinaan, Industri
TurtleMiner turtleminer BiLachner & octacian Menambah penyu yang boleh digunakan dan akan boleh diatur cara. 15689 Pembelajaran

Senarai lebih panjang dicipta oleh bot perangkak forum (jika anda skrol ke bahagian kanan, anda boleh nampak tajuk topik dan pautan ke forum.)

Lihat juga