List of Games/ms

From Minetest Wiki
Jump to: navigation, search
Languages Bahasa: English • Deutsch • Bahasa Melayu

Halaman ini menyediakan indeks kepada senarai menyeluruh permainan.


Contents

Penjelasan bagi sesetengah lajur boleh susun

Lajur Pertama

Lajur pertama (“1”) itu pembantu susunan. Ia menyusun entri forum mengikut tarikh secara umumnya. Baris 1 dan 2 disimpan untuk maklumat pengepala. Baris 3 sehingga 10 disimpan untuk permainan-permainan asal. Permainan yang datang daripada komuniti bermula dari baris 11.

Lajur Kedua

Lajur kedua (“x”) pula pengumpulan mengikut keterterapan kepada terbitan rasmi dan sumber asal mereka.

 0 = Telah dimasukkan ke dalam muat turun asas
 1 = Telah diisytiharkan sebagai bersedia untuk dimasukkan (aliran forum)
 2 = Disyorkan untuk dimasukkan (aliran forum)
 3 = Disebut dekat tempat lain (spt IRC) untuk menjadi permainan contoh yang akan dimasukkan.
 8 = Permainan lain, kebanyakannya daripada aliran permainan.
11 = Permainan yang berasal daripada koleksi mods sesetengah pelayan khusus
15 = Permainan berdasarkan peta

Jenis Permainan

"Jenis" permainan ialah pengkategorian teknikal yang agak kasar untuk permainan. Yang ada sekarang:

Genre

Genre permainan menerangkan tentang cara main di dalamnya secara kasar (jika ada):

  • Kotak Pasir: Tiada sebarang arah tuju, cara main bergantung kepada pemain. Jika kotak pasir mempunyai fokus yang terang, gunakan salah satu subgenre berikut:
    • Kotak Pasir Kemandirian: Untuk kotak-kotak pasir yang berfokuskan cara main yang mencabar. Unsur-unsur yang biasa seperti musuh ganas, kebuluran, dll.
    • Kotak Pasir Kreatif: Untuk kotak pasir yang menfokuskan kreativiti dan tiada atau hampir tiada cabaran dalam cara main. Ambil perhatian bahawa Mod Kreatif sahaja tidak dikira; kotak pasir ini mesti turut mempunyai aspek kreatif dalam mod permainan biasa juga
    • Simulasi Angkasa: Untuk permainan di mana pemain bergerak merentasi angkasa (hanya sebuah planet asing tidak dikira!)
  • Tetak dan Bunuh: Fokus utamanya untuk bertarung dengan beribu-ribu raksasa atau musuh lain yang makin lama makin kuat, sambil cuba untuk terus hidup selama mungkin, membunuh seramai yang boleh, mendapatkan mata setinggi yang boleh, atau pencapaian lain yang serupa
  • PvP: Untuk permainan di mana cara main asasnya pertempuran pemain-lwn-pemain, sama ada semua lawan semua atau berdasarkan kumpulan. Contohnya perebutan bendera (capture the flag), kalah mati (deathmatch), dll.
  • RPG: Untuk permainan yang mana jelas ianya berdasarkan permainan pelakonan peranan (RPG) atau permainan yang fungsi terasnya (!) mencampurkan pelbagai unsur-unsur cara permainan yang kebiasaannya dijumpai dalam RPG. Ini termasuklah benda seperti mata pengalaman, kemahiran, usaha pencarian, lengkok cerita, pelbagai watak, dialog, dll.
  • Teka-teki: Matlamatnya untuk mencari penyelesaian kepada satu atau beberapa masalah yang diberikan. Ini termasuklah teka-teki logik, teka-teki matematik, teka-teki pemikiran, dll.
  • Bukan permainan: Bukan permainan

Format Tarikh

Format tarikh mengikut tarikh ISO untuk susunan yang lebih baik. Formatnya tttt-bb-hh. Tarikh dalam bahagian Sejak ialah tarikh tertua yang dikaitkan dengan permainan. Ia patut memberi gambaran berapa lama sesuatu permainan itu telah wujud. Ia bukannya tarikh sejak penerbitan terakhir. Jika boleh, tarikh untuk entri pertama permainan dalam forum itu dipilih sebagai tarikh bahagian ini. Sekiranya maklumat itu tidak wujud atau tidak membawa pada sebarang keputusan, maka tarikh tertua dalam GitHub akan dipilih, dan jika tidak boleh juga maka sumber-sumber lain akan dicari. Terutamanya permainan yang bermula sebagai koleksi dalam pelayan sebelum diterbitkan sebagai permainan bersendiri mungkin akan mempunyai tarikh terbitan yang meragukan.

Senarai

Permainan baru harus ditambah setelah baris keempat di bahagian atas senarai dengan nombor baris menaik.
Susunan permulaan entri permainan bermula dengan permainan yang dimasukkan sebagai permainan asal, diikuti oleh permainan yang paling baru diterbitkan, dan permainan paling lama di bahagian paling bawah dalam senarai.

1 x Nama kod Nama Jenis Genre Penerbit Laman web Sejak Perihal
3 0 minetest_game Minetest Game Asal Kotak Pasir devs GitHub 2012-03-26 Permainan asal untuk Minetest. Pada Julai 2014, permainan Minetest-NeXT telah digabung masuk ke dalam Minetest Game.
4 0 minimal Percubaan pembangunan minimal Percubaan Bukan permainan devs GitHub 2012-03-26 Percubaan minimalistik
150 8 hades_revisited Hades Revisited Bertema Kotak Pasir Kemandirian Wuzzy, Glünggi 19121 2017-12-23 Anda terhempas atas planet Hades, sebuah planet penuh gunung berapi dengan lava di merata tempat. Cuba untuk teruskan hidup dan bina tempat yang bagus untuk tinggal. Sambungan kepada Minetest Hades.
149 8 LOTH LOTH Bertema Kemandirian Ekstrim KGM 18666 2017-10-13 Permainan kemandirian ekstrim bertemakan The Lord of the Rings
148 8 Sudoku Sudoku Pengubahan Teka-teki 1248 18180 2017-06-26 Pelaksanaan Sudoku. Isi setiap segi empat besar dengan nombor 1-9 hanya sekali dan pastikan nombor 1-9 juga hanya wujud sekali dalam setiap lajur dan baris di seluruh papan.
147 8 Labyrinthus 1248's Labyrinthus Pengubahan Teka-teki 1248 17943 2017-06-21 Bantu nyan cat pergi kepada blok pelangi dengan pelbagai tahap teka-teki yang berbeza dan blok penolak, mekanisme picu, memusnahkan halangan dan menyelesaikan teka-teki sepanjang perjalanan.
146 8 Bountiful-Blossoms-Halcyon-Days Bountiful Blossoms, HalcyonDays Pengubahan Kotak Pasir azekill_DIABLO 17122 2017-03-29 Gabungan pelbagai projek, kod conteng dan mods yang sangat lama untuk mencipta pengalaman yang lengkap.
145 8 farlands Farlands Penambahbaikan Kotak Pasir D00med dan toby109tt 16921 2017-03-08 Permainan bertemakan Steampunk/fantasi bersama dinosaur.
144 8 Tiplanium Tiplanium Penambahbaikan Kotak Pasir Ronan 16654 2017-02-12 Memperkenalkan Tiplanium yang sangat pejal dan lain-lain seperti basalt dan batu kecubung. Dibangunkan dalam bahasa Perancis, sokongan bahasa Inggeris sedang diusahakan.
143 8 mineclone2 MineClone 2 Klon-MC Kotak Pasir Kemandirian Wuzzy, daredevils dan lain-lain 16407 2017-01-12 Permainan ini cuba untuk meniru semula cara main Minecraft dengan sangat rapat. Ia mempunyai beberapa ciri utama seperti batu merah (redstone), blok-blok hiasan, sumber galian, tumbuh-tumbuhan, barang pertukangan, dll. Ciri-ciri bukan Minecraft yang dicadangkan ialah: Penambahbaikan menu bantuan dan antaramuka, buatkan ia mudah untuk dibuat mods perkembangan. Disambung daripada MineClone oleh daredevils.
142 8 Cobalt Cobalt Penambahbaikan Kotak Pasir Kemandirian WinkingBaby 16034 2016-12-13 Sebuah set mods yang besar - tidak termasuk sistem pelindungan.
141 8 yentest yentest Penambahbaikan Kotak Pasir SuperPantsofDoom 16014 2016-12-10 Koleksi alatan pelayan yang memudahkan beserta mods dan benda hebat lainnya.
140 8 minetest_life Minetest Life Penambahbaikan Kotak Pasir garywhite 15981 2016-12-03 Lebih banyak blok, paip, ladang dan minuman.
139 8 outback Outback Bertema Kotak Pasir Kemandirian vlapsley github 2016-11-00 Sebuah permainan Minetest diinspirasikan oleh Australia.
138 8 ocean_city Ocean City Bertema Kotak Pasir Kemandirian Me Me and Me 15925 2016-11-21 Berdasarkan mods Unternullplus. Cuba untuk hidup di lautan tanpa had.
137 15 adventus Adventus Bertema Kotak Pasir 1248 15875 2016-11-11 Permainan ini hanya untuk peta cabaran: adventus I & adventus II
136 8 Block Land Block Land Penambahbaikan Kotak Pasir Kemandirian theblackwolf 15681 2016-10-14 Tujuan utamanya untuk melaksanakan kesemua pencapaian dan nikmati penciptaan barangan selepas itu. Merangkumi lebih kurang 60 mods.
135 8 Minetest-Respin Minetest Respin Pengubahan Kotak Pasir Kemandirian jordan4ibanez 15616 2016-10-03 Percubaan untuk menambahbaik dunia pemain perseorangan secara keseluruhannya.
134 8 AF8 AF8 - The Game without a name Olahsemula Kotak Pasir Kemandirian LNJ 15432 2016-08-31 Kebanyakannya melibatkan cabaran hidup yang lebih susah dengan kebuluran, mob dan benda-benda kecil lain untuk diterokai.
133 8 sutratman Sutratman (asalnya voxlegends) Pengubahan Kotak Pasir Kemandirian kaen 15377 2016-08-19 Cuba untuk menjadi permainan RPG, mempunyai peranan seperti penyangak yang cuba untuk hidup bersendirian dalam mod pemain ramai dekat dunia terbuka yang dijana secara prosedural mengikut masa sebenar berterusan.
132 8 grieftest Grieftest Penambahbaikan Kotak Pasir Kemandirian maikerumine 15207 2016-07-22 Cuba untuk hidup dalam keadaan huru-hara di dunia berwarna-warni kemusnahan. Tiada sebarang pelindungan.
131 8 minetest_saturn Minetest Saturn Olahsemula Simulasi Angkasa Foghrye4 15081 2016-07-03 Permainan simulasi angkasa yang tepat secara saintifik relatifnya yang mengambil tempat berhampiran planet Zuhal (Saturn)
130 8 station17 Station 17 Bertema Simulasi Angkasa deaf_fish 15022 2016-06-27 Anda tinggal di stesen angkasa diinspirasikan dari permainan 2D bertajuk "Space Station 13"
129 11 marsu Minetest_MarSurvival Pengubahan Kotak Pasir Kemandirian linushsoa 14869 2016-06-10 Cuba untuk hidup dekat Marikh (Mars). Cuba untuk hidup dalam "cuaca" yang mencabar. Sebuah permainan berdasarkan mods marsurvive 4 oleh UjEdwin.
128 8 minesim Minesim Penambahbaikan Kotak Pasir Kemandirian Echoes91 14732 2016-05-24 Sebuah permainan dengan pendekatan realistik yang lebih tenang. Ada haiwan tapi tiada raksasa. Bahaya yang ada termasuklah kelaparan dan kedahagaan.
127 8 voxbox VoxBox Penambahbaikan Kotak Pasir Kemandirian azekill_DIABLO 14631 2016-05-17 Pengalaman epik, dengan inventori yang baru, mob yang lawak, perisai/senjata yang hebat, dan tekstur lembut daripada pixelbox dicipta oleh JP..
126 8 regnum Regnum Pengubahan Tetak dan Bunuh 1248 14571 2016-05-06 Cuba untuk hidup dalam dunia penuh dengan raksasa yang bahaya dan perkuatkan senjata anda untuk menjadi lebih kuat dan kuat
125 8 formspec_viewer Formspec viewer for Minetest Percubaan Bukan Permainan addi bitbucket 2016-04-26 Bukan permainan tetapi sebuah penyunting spesifikasi borang (Formspec).
124 8 minetest_rolad Realms of light and darkness Penambahbaikan Kotak Pasir Kemandirian burli 14394 2016-04-08 Cuba untuk fokus lebih kepada penerokaan berbanding perlombongan, oleh itu ada lebih banyak gua.
123 8 wasteland Wasteland TNG Penambahbaikan Kotak Pasir Kemandirian LNJ 14240 2016-03-20 Berdasarkan Wasteland asal daripada Blockmen
122 8 Minetest_TNG Minetest TNG Penambahbaikan Kotak Pasir Kemandirian LNJ github 2016-03-02 Permainan ringan dengan aspek penerusan hidup, dicabang daripada Minetest NeXt.
121 8 voxellar Voxellar Penambahbaikan Kotak Pasir Kemandirian azekill_DIABLO 14115 2016-02-26 (lebih kurang) Kumpul-Buru-Gali-Mandiri
120 8 mystic Mystic Penambahbaikan Kotak Pasir jordan4ibanez 14069 2016-02-15 Mod permainan untuk orang yang tak pernah rasa cukup dalam Minetest.
119 8 LegendofMinetest The Legend of Minetest Olahsemula Kotak Pasir Kemandirian D00Med 14051 2016-02-13 Permainan kotak pasir yang mempunyai unsur-unsur daripada siri permainan The Legend of Zelda
118 8 extreme_survival_mini Extreme Survival Mini Penambahbaikan Kotak Pasir Kemandirian maikerumine github 2016-01-30 Serupa macam yang asal tetapi lebih kecil dan lebih laju!
117 11 kalite Kalite Bertema Kotak Pasir Kemandirian everamzah 13924 2016-01-20 Permainan yang digunakan dekat pelayan Lumaria. Anda mula di dalam gua dan jika anda berani untuk menggali ke permukaan sekalipun anda tetap akan putus asa.
116 8 magic_and_warrion magic and warrion Penambahbaikan Kotak Pasir Kemandirian tulenitata 13786 2015-12-24 Set mods sedia ada dengan tema hero.
115 8 rpgtest rpgtest Olahsemula RPG cd2 13761 2015-12-20 Permainan dengan unsur-unsur RPG
114 8 epicnode EpicNode Olahsemula RPG pinkysnow 13758 2015-12-19 RPG/MMORPG untuk enjin Minetest. Beserta jaringan tidak berbentuk blok.
113 8 aftermath Aftermath Pengubahan Kotak Pasir Kemandirian maikerumine 13700 2015-12-06 Dunia Kejatuhan Pasca-malapetaka
112 8 atwt A Tome With Trials Jenis Kotak Pasir Kemandirian sofar 13677 2015-12-01 Sedang diusahakan - Kisah pemain perseorangan.
111 8 realtest_plus realtest+ Pengubahan Kotak Pasir Kemandirian Diamond knight 13624 2015-11-22 Dicabang daripada versi RealTest yang lama. Dengan lebih banyak perubahan terhadap cara main.
110 8 extreme_survival Extreme Survival Penambahbaikan Kotak Pasir Kemandirian maikerumine 13573 2015-11-13 Anda bangun dalam keadaan menggigil di tengah pekan kecil di mana penduduknya telah hilang akal, orang bergaduh sesama sendiri, berlawan ciptaan yang ganjil, dan sekarang anda diserang! (Mob mungkin lebih pintar dari yang disangkakan. Anda telah diberi amaran)
109 8 dives_ruris Dives Ruris Penambahbaikan Kotak Pasir Kemandirian Glünggi 13525 2015-11-01 Menggunakan janapeta versi 7 dan menambah beberapa biom snendiri. Mempunyai kurungan bawah tanah yang tersendiri. Buah akan tumbuh semula, dan buah akan menaikkan tahap kesihatan apabila dimakan. Anjing tinggal dalam hutan.
108 8 Survival_(?) Survival+ Penambahanbaikan Kotak Pasir Kemandirian Soudon 13447 2015-10-19 Berasaskan kemandirian berserta mods Mobs-Redo yang lama.
107 8 minetest_next Minetest NeXt (revived) Penambahbaikan Kotak Pasir Kemandirian BlockMen 13383 2015-10-11 Minetest NeXt yang dihidupkan semula setelah ianya digabungkan ke dalam Minetest-Game. Pembangunan mungkin ditamatkan pada Januari 2016.
106 8 Dungeontest Dungeontest Bertema Kotak Pasir Kemandirian Ferk 13317 2015-09-27 Bawah tanah ada bilik-bilik kurungan yang berselirat, dipilih secara rambang daripada set-set yang dibina sendiri untuk setiap kebarangkalian kombinasi pintu dengan kandungan yang rambang. Juga boleh mencipta seksyen kurungan bawah tanah sendiri dan menambah teka-teki atau kawasan hiasan.
105 8 lashsurvivor lash's Mesetint Penambahbaikan Kotak Pasir tinoesroho 13257 2015-09-18 Cuba untuk menjadi "Pek permainan yang mudah digunakan, mesra pelayan." Turut menyediakan Pencipta Watak.
104 14 uforun UfoRun Olahsemula benda lain cd2 13239 2015-09-15 Klon kepada "UfoRace" oleh Kenney. Sejenis perlumbaan parcour berhalangan. Kemaskini awal 2017 termasuklah projek komuniti yang tidak siap lagi melibatkan pendekatan yang sangat berbeza terhadap cara dan reka cipta permainan.
103 8 Survive! Survival 0.1 Pengubahan Kotak Pasir Kemandirian Nathan.S 13223 2015-09-02 Bertemakan kemandirian, seperti siri televisyen Naked and Afraid atau pengembara Bear Grylls. Dalam versi yang dah siap, anda perlu masak makanan dan menulenkan air untuk terus hidup.
102 8 pixture Pixture Olahsemula Kotak Pasir Kemandirian kaadmy 13181 2015-09-06 Kotak pasir mudah dengan grafik yang ringkas, dibina hampir daripada kosong. Tujuan utamanya untuk menyediakan pengalaman permainan yang lengkap tanpa perlunya pemasangan mods. Dunia selalunya ditetapkan dengan suhu sederhana dengan beberapa biom unik, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan variasi pokok. Alatan dan barang ciptaan sangatlah asas, kebanyakannya berasaskan kayu, batu, batu arang dan besi. Permainan ini turut mempunyai menu inventori, haiwan, perkampungan, perdagangan, perisai, panduan pertukangan, cuaca, katil dan kulit pemain yang tersendiri.
101 8 hungry_games_plus Hungry Games Plus Bertema PvP GunshipPenguin 13114 2015-08-25 Permainan ini ialah cabang dan penambahbaikan kepada The Hungry Games. Permainan gaya “orang terakhir berdiri” (last man standing) berasaskan pusingan. Pemain bermula dari sebuah arena kaca yang luas dengan peti mengandungi makanan serta senjata jarak dekat dan jarak jauh. Pemain perlu menahan kelaparan, dahaga dan serangan daripada pemain lain. Pemain terakhir yang berjaya mengharungi semua ini menang permainan.
100 8 dcb dcb Pelayan Kotak Pasir everamzah 12968 2015-08-05 Permainan dalam pelayan Amhi Server
99 8 minetest-australopithecus Australopithecus Penambahbaikan Kotak Pasir Kemandirian BobbyBonsaimind 12889 2015-07-23 Meninggalkan kem dan masuk ke dalam dunia liar akan sentiasa menjadi cabaran. Janapeta tersendiri dengan biom yang berbeza-beza, gunung tinggi dan lautan dalam. Juga mempunyai nod berbentuk tajakan.
98 8 zelda Legend of Test Bertema Kotak Pasir petra2201 12850 2015-07-19 Berdasarkan pek tekstur berkaitan Legends of Zelda
96 11 ayntest_game ayntest Pelayan Kotak Pasir ayntest et al. github 2013-05-02 Pelayan bernama Libertyland
95 8 carbone-ng Carbone NG Penambahbaikan Kotak Pasir Calinou 12824 2015-07-15 Carbone NG ialah minetest_game yang ditambahbaik. Ia mempunyai banyak mods popular, tekstur yang diperbaharui dan tetapan asal yang lebih elok.
93 8 Voxiworld_game Voxiworld Penambahbaikan Kotak Pasir DevynCJohnson 12568 2015-06-11 Voxiworld ialah gabungan mods Minetest sedia ada dengan mods/kod baru termasuk koleksi mob.
91 8 space_test Space Test Bertema Kotak Pasir Kemandirian cd2 12852 2015-06-01 Anda berada di planet lain dan anda perlu teruskan hidup di situ.
90 8 Test-The-Beast Test the beast Penambahbaikan Kotak Pasir Miner59 12180 2015-05-18 Permainan ini menyertakan beberapa mods dengan alatan yang berguna dan pelbagai jenis mesin (seperti mods Technic dan Home-Decor yang dipermudahkan). Ia juga menggalakkan janapeta v7 kerana parameter janapeta v7 disediakan bersama.
89 8 ultimatetest ultimatetest Penambahbaikan Kotak Pasir Diamond knight 11901 2015-04-21 Perubahan kepada pertukangan alatan asas dan menambah konsep penciptaan kapak.
88 8 progress Progress Penambahbaikan Kotak Pasir CProgrammerRU GitHub 2015-06-02 Terdapat pautan ke repositori Github ini dalam IRC lebih kurang 4 April yang lalu. Permainan ini menyertakan tiga mods mob yang berbeza.
87 8 JuJuCast JuJu Cast - The Diaspora Penambahbaikan Kotak Pasir maier.nathan 11731 2015-04-05 Permainan ini ialah percabangan Minetest Game dengan mods merebut bendera (BI: capture the flags) dan mods shaman disertakan.
86 15 stampy_game stampy Klon-MC Kotak Pasir Morn76 GitHub 2015-03-22 Permainan dibina untuk peta Stampy's Lovely World dengan pelbagai penambahbaikan menyerupai Minecraft (haiwan, raksasa googlies, blok, tekstur, alatan,…)
85 8 grand_theft_minetest Grand Theft Minetest Bertema Kotak Pasir tima_gt 11551 2015-03-21 Bermain dalam dunia bertemakan GTA dihiasi dengan jalan-jalan daripada mods grid-noise daripada paramat
84 8 MineClone MineClone Klon-MC Kotak Pasir Kemandirian davedevils 11467 2015-03-13 Permainan ini cuba untuk meniru Minecraft dengan dekat. Ia mempunyai beberapa ciri utama seperti batu merah (redstone), mod permainan (kreatif atau cabaran), blok hiasan, bahan galian, tumbuh-tumbuhan, pertukangan ...
83 8 spiffy Spiffy Penambahbaikan Kotak Pasir poet.nohit 11422 2015-03-06 Gua yang besar bawah tanah, di mana air mengeluwap menjadi batuan dasar (bedrock).
82 8 buildyourworld Build your World Blok-Langit Kotak Pasir Kreatif Thermal_Shock 11371 2015-03-02 "Membesarkan" blok anda untuk bina dunia anda
81 8 fractured Fractured Bertema Kotak Pasir Kilarin 11346 2015-02-27 Rekahan merentas dunia, memisahkannya menjadi daratan timur yang aman damai dengan sedikit bahan galian dan daratan barat yang huru-hara tetapi kaya dengan bahan galian.
80 8 empty Empty Minimalistik Bukan Permainan Wuzzy 11164 2015-02-06 Tidak mempunyai sebarang mods. Untuk tujuan pembinaan dan percubaan sahaja. Tidak boleh dimainkan dengan sendirinya!
79 8 Minetest Defense Minetest Defense Bertema Tetak dan Bunuh Kalabasa 11030 2015-01-16 Pemain mesti membina dan mempertahankan kubu daripada meningkatnya gelombang raksasa yang terus hidup.
78 8 Apocalypse Survival Apocalypse Survival Bertema Kotak Pasir Kemandirian kddekadenz 10965 2015-01-10 Lihat dunia bertukar menjadi abu, apabila matahari menjadi semakin dekat dengan planet. Kumpulkan makanan dan bekalan serta bina kubu di bawah tanah untuk teruskan kehidupan.
77 8 grail_test GrailTest Bertema Kotak Pasir afflatus 10941 2015-01-07 Dalam proses pembangunan. Cari Grail dalam dunia penuh pseudo-realisme bersihir.
76 8 clanwars Clan Wars Pengubahan PvP sparky 10900 2015-01-03 Berasaskan permainan Bandar lwn Bandar (City vs City) dengan sesetengah mods ditukar agar menjadi lebih kuno.
75 8 Minetest_Hades Minetest Hades Bertema Kotak Pasir Kemandirian Glünggi 10801 2014-12-21 Kapal koloni anda telah terhempas dekat planet Hades, sebuah dunia tandus dengan aktiviti gunung berapi yang tinggi. Jadikan planet tersebut boleh didiami untuk teruskan kehidupan.
74 8 dystopia dYSToPiA Bertema Kotak Pasir Kemandirian Merlin 10751 2014-12-14 Berdasarkan permainan Wasteland, termasuk janapeta canyon untuk ngarai dan menambah beberapa perencah kepada landskap.
73 8 Crevis Crevis Penambahbaikan Kotak Pasir Niften 10677 2014-12-03 Permainan ini asalnya sebahagian daripada projek Crevis. Ia termasuklah mods Feightstone daripada Niften dan beberapa bijih baru seperti Aleksandrit, Ambar, Batu Kecubun dan Akuamarin.
72 8 mineZ mineZ Bertema Kotak Pasir Kemandirian davidthecreator 10647 2014-11-29 Inilah permainan mt sama seperti dayZ. Ia mempunyai beberapa jenis raksasa, askar zombi dan pelbagai senjata.
71 8 rebooted_game Rebooted Penambahbaikan Kotak Pasir HunterX689 10520 2014-11-02 Permainan ini menambah lantera, labu, pintu kolong, pokok yang lebih bagus, dan tekstur yang lebih elok.
70 8 Magichet Magichet Pengubahan Kotak Pasir Kemandirian 4aiman 10507 2014-10-30 Magichet, "Kemaskini tergabung" untuk MT. Sebuah permainan yang menggunakan poltergeist dan industri dalam wilayah syurgawi.
69 8 weird Weird Bertema Kotak Pasir Kemandirian Wuzzy 10369 2014-10-15 Weird ialah permainan dalam pembangunan untuk Minetest 0.4.10 yang mempunyai banyak mods terlindung, tidak berguna, pelik atau lawak, tetapi masih boleh menjadi sebuah permainan yang boleh dimainkan. Sekarang ini ianya hanyalah kotak pasir, tetapi tujuannya untuk membuat permainan seperti-RPG yang sangat mencabar minda dengan fokus dan elemen kotak pasir yang kurang.
68 8 Clonecraft Clonecraft Klon-MC Kotak Pasir SAMIAMNOT 10310 2014-10-07 Permainan ini sama seperti versi ringan dekat Overcraft Origins, yang mempunyai mods yang menambah pelbagai benda yang ada dalam Minecraft tetapi berdasarkan RPi. Tiada apa yang berbeza selain daripada lebih banyak mods berbanding RPi! Nama asalnya "Minecraft-like lightweight game v0.4.2[Minecraft]", sebelum dinamakan kepada "Clonecraft".
67 8 minetestcraft MineTestCraft Klon-MC Kotak Pasir Fritigern GitHub 2014-10-05 Sebuah permainan untuk Minetest, dicipta bertujuan untuk mempunyai perasaan yang sama kepada mereka yang berhijrah daripada Minecraft.
66 2 tutorial Tutorial Tutorial Bukan Permainan Wuzzy 10192 2014-09-24 Pengenalan berperingkat kepada Minetest untuk mereka yang baru datang ke Minetest. Mempunyai dunia bersaiz istana yang direka cipta terlebih dahulu.
65 8 shadow_game shadow_game Penambahbaikan Kotak Pasir shadowzone 10148 2014-09-18 Secara asasnya, permainan ini menambah sebuah mods baru "shadow_mod" yang menambah szblock dan tekstur baru dibuat oleh crazyginger72. Ianya sangat mudah kerana ianya permainan pertama yang dicipta oleh crazyginger72.
64 8 Infinite Adventure Infinite Adventure Penambahbaikan Kotak Pasir jordan4ibanez 10125 2014-09-17 Ini mod permainan yang mana tujuannya untuk menajamkan mekanik dan estetika asal, sambil menambah barang baru.
63 8 lux_solis Lux Solis Penambahbaikan Kotak Pasir philipbenr 10003 2014-08-27 Lux Solis ialah permainan yang ditetapkan untuk membuat permainan yang cantik, sambil masih lagi interaktif dan mempunyai bahagian yang menyeronokkan.
62 8 Wakefield Wakefield Penambahbaikan Kotak Pasir Kemandirian the_rouge_pilot 9992 2014-08-25 Ia mempunyai: Senjata Api, Zombi, Perkampungan, Tin Peluru, dan banyak lagi mods yang lain.
61 8 minibase_game MiniBASE Penambahbaikan Kotak Pasir Krock 9647 2014-06-30 Asas yang tidak terlalu berat untuk dibuat mods, sesuai dengan Minetest Game, dengan kod yang boleh digambarkan keseluruhan dengan senang, sesetengah fungsi baru, (cth. model pemain), beberapa utiliti dan menggunakan kesemua nod yang ada sambil membuang yang mana tidak berguna.
60 11 cg72_game cg72_game Pelayan Kotak Pasir crazyginger72 github 2014-06-08 Struktur mods yang disusun semula dan penambahan digabungkan dengan kandungan asal. Mempunyai fungsi yang berguna untuk dijalankan sebagai pelayan permainan. Mungkin masih dalam pembangunan.
59 8 Virus3 Virus3 Bertema Kotak Pasir Kemandirian sazonov.pavlik73 9457 2014-06-07 Versi baru untuk permainan "virus". Kegunaan: tulis /spawnentity creatures:zombie untuk melahirkan zombi, kemudian bunuh zombi. HP maksima Zombi=1002.
58 8 riventest Riventest Bertema Kotak Pasir Kemandirian Wuzzy/mauvebic 9446 2014-06-05 Berdasarkan pek mods Riventest daripada mauvebic. Permainan ini menyediakan sebuah set blok-blok dan titian samping serta nod hiasan lain, diinspirasikan daripada permainan Riven ( dalam BI).
57 8 Minetest Preindustrial Minetest Preindustrial Bertema Kotak Pasir Enki 9433 2014-06-03 Permainan ini tidak mencirikan nod-nod atau alatan zaman moden, oleh itu ianya ditujukan kepada pemain-pemain yang ingin membina struktur zaman-zaman dahulu kala / klasik / kuno.
56 8 Nicklitest Nicklitest Penambahbaikan Kotak Pasir Kemandirian sazonov.pavlik73 9300 2014-05-17 Mempunyai perisai, barangan letupan, menambah malakit, lazurit, v, batu kecubung, topaz dan menggunakan mods bernama creatures untuk Mob: zombi, hantu dan biri-biri.
55 8 Roman Test Roman Test Penambahbaikan Kotak Pasir Snater6927 9256 2014-05-06 “hanya ingin mencipta sesuatu yang menyeronokkan dalam Minetest untuk orang ramai tanpa perlu membaca Forum Minetest sebelum menjumpai sesuatu.”
54 1 Sky-Test_game SkyTest Bertema Kotak Pasir Kemandirian HeroOfTheWinds 9255 2014-05-06 Tanah-tanah di atas langit merentasi angkasa seluruh dunia. Mempunyai peranti terbang.
52 3 Rpi Rpi – Free your Art Pelayan Kotak Pasir Megaf 9192 2014-04-27 Direka untuk berfungsi pada mesin hujung rendah sebagai pelayan contohnya Raspberry Pi. Penjalanan pelayan berserta klien dalam mod pemain perseorangan mungkin memerlukan perkakasan yang lebih elok.
51 2 Adventuretest Adventuretest Penambahbaikan Kotak Pasir Kemandirian BrandonReese 9184 2014-04-27 Mempunyai sistem kemahiran dan pengalaman.
50 1 minetest_next Minetest NeXt Penambahbaikan Kotak Pasir BlockMen 9066 2014-04-14 Permainan ini dianggap sebagai cabang asas kepada Minetest Game yang mempunyai pembangunan-pembangunan baharu. Pada Julai 2014 ianya digabungkan ke dalam Minetest Game ketika penerbitan Minetest versi 0.4.10 dan sudah tidak dibangunkan sebagai permainan Minetest yang berasingan. Pembangunan telah berpindah kepada Minetest Game.
49 3 BFD Big Freaking Dig Olahsemula Kotak Pasir Kemandirian Jordach 9036 2014-04-12 Cuba untuk melagak perasaan pek mods Minecraft, tetapi dalam bentuk permainan. Juga mempunyai benda yang belum pernah dilihat.
48 1 carbone Carbone Penambahbaikan Kotak Pasir Calinou 9033 2014-04-11 Bertujuan untuk mempunyai cara main yang lebih seimbang.
47 3 overgen_game Minimalistic overgen game Janapeta Kotak Pasir Krock 8929 2014-03-29 Berdasarkan janapeta overgen
46 11 Craig-Server_game Craig's Server game Pelayan Kotak Pasir CraigyDavi GitHub 2014-03-16 Permainan berdasarkan Minetest Game. Bermula sebagai koleksi mods untuk pelayan Craig's Server. (7010)
45 2 nodetopia Nodetopia Pengubahan Kotak Pasir PilzAdam GitHub 2013-12-01 Berasaskan voksel; agak mempunyai ciri kemandirian; belum siap (berdasarkan Pilztest).
44 2 realtest Realtest Revamped Pengubahan Kotak Pasir Kemandirian Dan Duncombe 7573 2013-10-30 Beberapa pengubahan besar kepada cara main untuk menyediakan pengalaman yang sangat berbeza, permainan ini yang dibangunkan dalam dua cabang yang berbeza dan sering digunakan untuk mendemonstrasi permainan boleh dibuat menjadi berbeza terus daripada permainan asal.
43 3 overcraft_origins Overcraft Origins Klon-MC Kotak Pasir jojoa1997 7427 2013-10-14 Sebuah permainan menyerupai Minecraft, berdasarkan MiniTest.
42 2 Wasteland Wasteland Bertema Kotak Pasir Kemandirian BlockMen 7243 2013-09-18 Tema pasca-malapetaka.
41 2 Eden2 Eden2 Pengubahan Kotak Pasir Kemandirian Neuromancer 7027 2013-08-25 Permainan ini cuba untuk mencipta flora yang sangat terperinci dan pelbagai bersama-sama banyak benda yang lain. Ia mencipta landskap yang sangat indah, versi penuhnya sering dibandingkan kerana penjanaan peta dan saiznya yang besar memerlukan perkakasan yang sangat baik.
40 3 mt_nostalgia Minetest Nostalgia Pengubahan Kotak Pasir Dan Duncombe 6977 2013-08-20 Cuba untuk mencipta semula pemandangan dan perasaan bermain Minetest 0.3.1 (Klasik) dengan menggunakan versi terbaru enjin Minetest.
39 8 capturetheflag CaptureTheFlag Pengubahan PvP rubenwardy [1] 2013-08-17 Menyokong permainan bergayakan merebut bendera (capture-the-flag) dan permainan bandar lawan bandar (City-vs-City).
37 3 OCD OCD Pengubahan Kotak Pasir Bas080 6636 2013-07-20 Permainan ini menfokuskan cara main yang berkembang lebih pesat. Mempunyai sesetengah bahan galian membolehkan lebih banyak penciptaan dan perekaciptaan serta peta yang lebih kompleks di dalam peta yang sama. Untuk menunjukkan perkembangan, permainan ini mengaplikasikan sistem tekstur yang sangat unik. Tekstur menunjukkan secara visual tentang kesusahan sesuatu penciptaan.
36 8 Decoblocks Decoblocks Olahsemula Kotak Pasir Kreatif Thermal_Shock 6420 2013-07-01 Sebelum ini dikenali sebagai Hunter-Gatherer. Berfokuskan kepada lebih banyak pilihan binaan.
35 3 technic_game Technic Pengubahan Kotak Pasir Kemandirian RealBadAngel 6412 2013-06-30 Berfokuskan sekitar mods Technic.
34 1 Voxelgarden Voxelgarden Penambahbaikan Kotak Pasir Kemandirian Casimir 6346 2013-06-22 Voxelgarden cuba untuk menyesuaikan dengan kebanyakan mods untuk Minetest Game (permainan utama). Fokusnya untuk cara main asas dengan lebih banyak ciri kemandirian. Sebelum ini dikenali sebagai nodetest.
33 3 minetest_plus Minetest+ Penambahbaikan Kotak Pasir BlockMen 6244 2013-06-12 Minetest Game ditambah dengan penambahbaikan.
32 8 Famish Famish Penambahbaikan Kotak Pasir Kemandirian qznc 6012 2013-05-16 Cuba hidup dalam zaman batu beserta sesetengah mob.
31 8 zombies_game Zombie Survival Bertema Kotak Pasir Kemandirian Dan Duncombe 6696 2013-05-09 Bertemakan Zombi, sentiasa malam.
30 8 minetestblack Minetest Black Penambahbaikan Kotak Pasir jordan4ibanez 5639 2013-04-16 Sudah tidak dibangunkan, salinan masih ada. Mempunyai senjata nod, alatan berkuasa, andas untuk memperbaiki alatan dan juga tanah perkuburan.
29 3 LordofTheTest Lord Of The Test Bertema Kotak Pasir Kemandirian fishyWET 5578 2013-04-12 Berdasarkan tema dunia fantasi fiksyen yang dijelaskan dalam "Lord of the Rings" daripada J.R.R. Tolkien.
28 8 0gb.us_game 0gb.us_game Penambahbaikan Kotak Pasir 0gb.us 5375 2013-04-01 0gb.us_game bertujuan untuk menyediakan alatan untuk pelayan mengawal sendiri pengguna, turut menyediakan beberapa alatan untuk pentadbiran dan pengendalian. Mungkin agak ketinggalan.
27 8 moontest Moontest Bertema Kotak Pasir Kemandirian Zsoltisawesome GitHub 2013-03-27 (Hidup semula setelah mati!) Mod permainan berasaskan bulan. Halaman forum di 5305 bersama pautan ke binaan Minetest warisan beserta permainan dan tangkapan layar.
25 8 hungry_games The Hungry Games Bertema PvP Splizard 4582 2013-01-26 Permainan gaya “orang terakhir berdiri” berasaskan pusingan. Pemain bermula dari sebuah arena kaca yang luas dengan peti mengandungi makanan serta senjata jarak dekat dan jarak jauh. Pemain perlu menahan kelaparan, dahaga dan serangan daripada pemain lain. Pemain terakhir yang berjaya mengharungi semua ini menang permainan. Idea berdasarkan filem tahun 2012 bertajuk “The Hunger Games”.
23 3 minimal Minimal Minimalistik Kotak Pasir PilzAdam 3441 2012-10-19 Lebih minimalistik berbanding percubaan pembangunan minima yang rasmi.
22 8 Cubes Cubes Penambahbaikan Kotak Pasir Kreatif Josh 3298 2012-10-05 Menambah variasi mods dan latar belakang menu beserta pek tekstur (Gridtoon). Mungkin ketinggalan zaman.
21 8 simple Simple Penambahbaikan Kotak Pasir Bas080 3242 2012-09-29 Sebuah permainan yang menfokuskan cara main dan anda berasa terendam ke dalam permainan.
20 8 Techduck Techduck Pengubahan Kotak Pasir Kemandirian jordan4ibanez 3174 2012-09-24 Mempunyai sistem pengalaman. Turut mempunyai mods Technic dan Mesecons. Mungkin ketinggalan zaman.
19 8 PilzTest PilzTest Penambahbaikan Kotak Pasir PilzAdam 3119 2012-09-18 Minetest Game beserta beberapa perubahan; ketinggalan zaman (Mengasaskan Nodetopia).
18 3 dwarves Dwarves Pengubahan Kotak Pasir Mito551 3003 2012-09-09 Cuba untuk mencipta semula pemandangan dan perasaan dunia fantasi.
17 8 minetest_avatar Avatar Bertema Kotak Pasir tonyka 2845 2012-08-23 Seperti Pandora.
15 8 m13game M13's Minecraft Classic For Minetest Klon-MC Kotak Pasir Kemandirian madchicken13 2742 2012-08-09 Seperti mod kemandirian Minecraft yang klasik.
14 3 realtest The RealTest Game Pengubahan Kotak Pasir Kemandirian sda97 2671 2012-08-04 Versi asal.
13 3 Minitest MiniTest Klon-MC Kotak Pasir Kemandirian PilzAdam 2589 2012-07-28 “Klon” Minecraft yang sangat ringkas. Pembangunan dalam cabang utama telah diberhentikan sekitar Ogos 2013. Mods yang lebih baru mungkin tidak dapat digunakan dengan permainan ini.
11 8 Farmtest-SDZ Farmtest-SDZ Penambahbaikan Kotak Pasir sdzen 1564 2012-04-06 Farmtest-SDZ ialah kumpulan mods dari masa lampau dan masa depan yang berusaha untuk membentuk kewujudannya bersama-sama. Mod permainan ini lebih menfokuskan perladangan asas dan kebolehgunaan.