Mods/BlockExport/ms

From Minetest Wiki
Jump to: navigation, search
Languages Bahasa: English • Bahasa Melayu
BlockExport
Blank.png
Sebuah mods
Jenis Penyenggaraan
Pemilik Prestidigitator
Topik Forum 9948
Kod Sumber GitHub
Nama Teknikal blockexport

Mods ini mentakrifkan perintah sembang baru "/exportblock" yang menulis data nod 3D daripada blok nod 80x80x80 yang mana pemain sedang berada ketika itu ke dalam sebuah fail. Perintah sembang tersebut memerlukan keistimewaan "export" yang ditakrifkan sendiri oleh mods ini.

Data dieksport dalam format OBJ Wavefront ke dalam fail bernama "<awalan><bx>-<by>-<bz><akhiran>", di mana <awalan> ialah rentetan boleh ubah FILE_PREFIX yang lalainya ditetapkan kepada "block_", <akhiran> ialah rentetan boleh ubah FILE_SUFFIX yang lalainya ditetapkan kepada ".obj", serta <bx>, <by>, dan <bz> ialah koordinat x, y, dan z (minimum) untuk blok yang dieksport, dengan nilai negatif diawali dengan aksara "m" dan bukannya tanda tolak. Contohnya, dengan nilai lalai blok terdekat dengan asalan boleh dieksport sebagai "block_0-0-0.obj" dan "block_m80-m80-m80.obj".

Keseluruhan blok dieksport sebagai sebuah jejaring, dengan permukaan dalaman di antara blok bersambung dibuang. Asalan objek jejaring sama dengan asalan dunia, manakala koordinat verteks akan berada pada lokasi masing-masing di dalam blok.

Contents

Maklumat Mods

Versi Minetest Diperlukan: >= 0.4.9

Kebergantungan: tiada

Keistimewaan Baru: export

Perintah:

  • /exportblock
    • Memerlukan keistimewaan "export". Tiada parameter. Mengeksport nod daripada blok nod 80x80x80 yang dinamakan dalam EXPORT_NODES di mana pemain berada ketika itu.

Nota: Konfigurasi lalai mempunyai kebergantungan pilihan kepada bulu biri-biri hanya kerana ia menyenaraikan beberapa jenis nod "wool:..." sebagai nod boleh eksport. Lihat pembolehubah konfigurasi EXPORT_NODES.

Sejarah

Versi 1.0

  • Diterbitkan pada 2014-08-17
  • Isu diketahui: Permukaan satah bersambung mungkin tidak dapat bersambung pada kesemua verteks dan bucu kerana cara mereka dibahagikan ke dalam jalur-jalur segi empat.
  • Isu diketahui: Hasil mungkin perlu dicerminkan dalam kebanyakan aturcara pemodelan berikutan sistem koordinat bertangan kiri Minetest/OpenGL yang bukan piawai.

Hak Cipta dan Pelesenan

Semua kandungan ciptaan asal pemilik mods.

Pemilik: Prestidigitator

Lesen: WTFPL (semua kandungan)

Pautan Luar