Mods/Mesecons/ms

From Minetest Wiki
< Mods‎ | Mesecons
Jump to: navigation, search
Languages Bahasa: English • Bahasa Melayu
Mesecons
Blank.png
Sebuah mods
Jenis Industri
Pemilik Jeija, Mesecon-team
Topik Forum 628
Kod Sumber GitHub
Nama Teknikal mesecons

Mesecons ialah mods yang menambah elemen seperti elektrik, membolehkan perkara berkaitan automasi untuk dilaksanakan. Terdapat blok-blok yang menjana isyarat pada acara tertentu (reseptor), yang membuat sesuatu apabila menerima isyarat (efektor), blok logik yang memproses isyarat dan konduktor untuk menghubungkan mereka semua. Ambil perhatian bahawa tidak ada konsep kuasa atau tahap isyarat (seperti Redstone) di dalam mesecons, isyaratnya hanyalah setakat ada atau tiada.

Mods ini dengan sendirinya telah memberi penambahan yang banyak kepada cara permainan, tetapi ia membuatkan Pipeworks sangat berkuasa, terutamanya apabila digabungkan dengan Digilines!

Contents

Reseptor

Ini semua reseptor yang ada dalam pek mods Mesecons. Lebih banyak ada dalam mods lain seperti Pipeworks.

Manual

  • Suis (BI: Switch)
  • Tuil Dinding (BI: Wall Lever)
  • Butang Dinding (BI: Wall Button)

Bergantung kepada sekeliling

  • Pengesan Pemain (BI: Player Detector) (dikenali sebagai Pengesan Objek (BI: Object Detector) di peringkat dalaman)
  • Pengesan Nod (BI: Node Detector)
  • Plat Tekanan (BI: Pressure Plate)
  • Turbin Air (BI: Water Turbine)
  • Panel Solar (BI: Solar Panel)

Lain-lain

  • Tumbuhan Loji Kuasa (BI: Power Plant): menjana isyarat secara berterusan
  • Tumbuhan Loji Berkelip (BI: Blinky Plant): menukar isyarat setiap 3 saat, menjana isyarat jam 1/6 Hz

Efektor

Mesecons mempunyai pelbagai efektor, daripada blok lampu ringkas sehingga batu penggerak melekit yang mampu menolak dan menarik sehingga 50 nod.

Penggerak

  • Piston (BI: Piston): menolak sehingga 20 nod di depannya apabila menerima isyarat
  • Piston Melekit (BI: Sticky Piston): sama seperti di atas, tetapi kemudiannya menarik satu nod ketika terputus isyarat
  • Batu Penggerak (BI: Movestone): bergerak seiring sisi kanan wayar mesecons menolak sehingga 50 nod
  • Batu Penggerak Melekit (BI: Sticky Movestone): sama seperti di atas, dan mampu menarik sehingga 50 (!) nod apabila terputus isyarat

Batu hantu

  • Batu Buang (BI: Removestone) terus hilang apabila menerima isyarat, tidak akan muncul semula
  • Batu Hantu (BI: Ghoststone) hilang sekejap apabila menerima isyarat tetapi terus mengalirkan isyarat dan akan muncul semula apabila terputus isyarat

Isyarat

  • Lampu (BI: Lamp)
  • Batu Lampu (BI: Lightstones) dengan pelbagai warna berbeza
  • Blok Not (BI: Noteblock) membuat bunyi apabila menerima isyarat

Logik

Benda paling berkuasa dalam kategori ini ialah Pengawal Lua (BI: Lua Controller) yang menjalankan atur cara yang ditulis oleh pengguna. Tetapi anda juga boleh menggunakan:

  • Obor (BI: Torch) (penyongsang yang perlahan)
  • Pelambat (BI: Delayer)
  • Pintu logik satu input: diod, NOT
  • Pintu logik dua input: AND, NAND, OR, NOR, XOR (bergantung kepada versi mods)

Walaupun Pengawal Lua (BI: Lua Controller) mempunyai sokongan sampukan terbina dalam yang sendiri, ianya tidak boleh diharap untuk penggunaan berterusan. Tetapi Tumbuhan Loji Berkelip (BI: Blinky Plant) boleh digunakan untuk menggantikannya.

Lihat juga