Mods:Nature/ms

From Minetest Wiki
Jump to: navigation, search
Languages Bahasa: English • Bahasa Melayu

Ini ialah senarai mods di bawah kategori alam.


Contents

Makanan & perladangan

Farming [farming] oleh sapier

'Perladangan - Mods lama - 2012-03, kebanyakan fungsi telah dimasukkan ke Minetest game. Mods berasingan ini tidak boleh dan tidak patut digunakan dengan mana-mana Minetest versi 0.4.6 ke atas.

Menambah gandum, jagung, rai dan rumput tinggi

Doc Farming [DocFarming] oleh Doc

Perladangan Doc - 2014-07

Farming Plus [farming_plus] oleh PilzAdam

Perladangan Tambahan - Menambah lagi kandungan perladangan asal dengan menambah pisang, lobak merah, koko, oren, ubi kentang, buah labu, rubarb, strawberi, tomato, rumpai dan orang-orangan.

github 2014-07

Farming Redo [farming_redo] oleh TenPlus1

Perladangan Buat Semula - tanaman baru, makanan baru

github 2017-02

farming_plusplus [farming_plusplus] oleh MTDad

Perladangan Tambah Tambahan - Pek mods, berdasarkan

  • farming_plus oleh PilzAdam
  • Farming Redo oleh Tenplus
  • Doc Farming oleh Doc

github 2014-11

Hydro [hydro]

Hidro - Dicabangkan oleh HybridDog (dicabangkan daripada bahagian mods Aeroponics oleh Mauvebic, 2012-07)

mengandungi tumbuhan tomato, kacang pis, habanero, anggur, kopi dan ros

Crops [crops] oleh sofar

Tanaman - memperkenalkan tumbuhan yang perlu diambil berat.

Agriculture [agriculture] oleh jbb

Pertanian - menambah jagung, tomato, strawberi, lobak merah dan bit gula. -2016-01

More Farming [morefarming] oleh sys4

Lebih Banyak Perladangan - membuatkan perladangan lebih realistik dan menambah Lobak Merah/Lobak Liar, Lobak Emas, Teosinte/Jagung, Batang Jagung dan Chicha -2017-03

Grains [grains] oleh v-rob

Bijian - Sambungan kepada mods perladangan asal ini menambah empat jenis bijian baru: oat, rai, barli, dan padi.

ironapple [ironapple] oleh Topywo

Epal besi - Mengembalikan kesihatan sebanyak 4 hati.

The Hemp/Cannabis-mod [CANNABIS_MOD] oleh ulla/IIIullaIII

Daun Hem/Mods Kanabis - Menyediakan tumbuhan yang berguna untuk banyak benda tetapi tidak semuanya sesuai untuk dipelajari pemain di bawah umur.

CANNABIS_MOD di GitHub mungkin hanya mengandungi versi yang terbaru. Tumbuhan Hem sebagai sumber gentian juga wujud dalam mods Farming-redo.

Make Beer in Minetest [beer_test] oleh Semmett9

Buat Bir dalam Minetest - Menambah tumbuhan seperti hops dan oat serta menyediakan peralatan mencipta bir, ale dan mid.

Wine [wine] oleh TenPlus1

Wain - Menambah tong anggur dan botol untuk membuat wain terbaik. Bergantung kepada mods yang dibolehkan, anda juga boleh menapaikan epal menjadi sider, gandum/barli menjadi bir, pokok sisal biru menjadi arak Mexico dan madu menjadi mid.

Cucina Vegana [cucina_vegana] oleh Clyde

Masakan Vegetarian - Mods ini menambah asparagus, soya, parsli, salad, kucai, rosemary, bunga matahari dan kolrabi untuk dapur vegetarian dalam Minetest. Ia juga menambah Minyak yang boleh digunakan sebagai bahan api dan menyokong mods farming_redo dan mobs atau Animalmaterials yang membuka resipi tambahan untuk Susu, Daging Soya dan Ayam Soya.

Endless Apples [endless_apples] oleh Shara

Epal Tanpa Had - Sebuah mods ringkas yang menyebabkan epal lalai untuk tumbuh semula atas pokok.

nettle [ortie] oleh club Graines2Tech de la Vallée de Villé

Netel - Mods ini menambah netel yang boleh dibuat sup. Ambil perhatian, sila masak sebelum makan!

Seafood and Sushi +Pearls [seafood] oleh DancingWombat

Makanan laut dan Sushi +Mutiara - selain daripada banyak benda berkaitan laut, mods ini juga menambah padi.


Pokok

Alternative Trunks [altertrunks] oleh Mossmanikin

Batang Pokok Alternatif - "Sebuah mods yang menukar batang pokok kubik menjadi bentuk seperti silinder dengan cara yang tak invasif. (Jika anda melumpuhkan mods ini, anda akan dapat batang pokok kubik yang biasa dalam peta anda dan tidak ada tekstur nod tidak diketahui di atasnya.)"

Big Trees [big_trees] oleh duane

Pokok Besar - Mods ini membiakkan pokok yang besar, beratus meter tingginya.

Christmas Tree [christmastree] oleh ExeterDad

Pokok Krismas - Menambah pokok hiasan dan jejaring lingkaran bunga.

Conifers [conifers] oleh cisoun

Konifer - "Penat melihat pokok yang sama?

Dapatkan mods ini untuk meletakkan pokok konifer yang baru pada peta anda!

Mengandungi dua jenis pokok dengan dua jenis daun untuk mempelbagaikan landskap anda."

FakeTrees [faketrees] oleh Kociak

PokokTiruan - Menambah nod-nod untuk membina pokok.

Fruits on trees [fruitontrees] oleh ericksmerick

Buah-buahan atas pokok - Mungkin ketinggalan zaman.

Giant Xmas Tree [xmas] oleh crazyginger72

Pokok Krismas Gergasi - Menambah pokok krismas yang sangat besar.

Glowing Biomes [GlowTest] oleh fishyWET

Biom Bercahaya - Menambah pokok-pokok yang bercahaya dan beberapa mob yang membiak di situ.

Growing Trees [growing_trees] oleh Sapier

Pokok Membesar - 2012-2017!

Hard Trees [hardtrees] oleh octacian

Pokok Keras - Mods ini membuang keupayaan untuk mengambil batang pokok dengan tangan, ini bermakna anda betul-betul perlukan alatan seperti kapak untuk menebang pokok apabila memasang mods ini.

Integral Trees [integral] oleh duane

Pokok Kamiran - Menambah struktur pokok berbentuk kamiran ke atas langit berdasarkan novel cereka sains bertajuk The Integral Trees.

Jungle Trees [jungletree] oleh Bas080

Pokok Hutan - Menambah pokok hutan

L-System Tree Utility [ltool] oleh Wuzzy

Utiliti Pokok Sistem-L - Sebuah alatan untuk mereka pokok sistem-L di dalam Minetest.

MB Trees [mb_trees] oleh burli

Pokok MB - Sebuah pek mods yang menambah beberapa pokok.

Mineral Trees [mineraltrees] oleh Gravelpunch

Pokok Galian - Mineral Trees ialah mods untuk Minetest direka untuk membuatkan semua bijih dalam Minetest lalai boleh diperbaharui dan tanpa had.

Mini Trees [minitrees] oleh 12Me21

Pokok Mini - Mods ini menambah pokok mini, beliung daun, beliung pokok mini dan kristal mese 3D yang bercahaya sangat terang.

More Trees! [moretrees] oleh Vanessa E

Lebih Banyak Pokok! - Mods ini menambah banyak jenis pokok yang baru ke dalam permainan. Bergantung kepada [biome_lib]

nodebox_trees [nodebox_trees] oleh D00Med

Pokok Kotak Nod - Mods ini menggantikan batang pokok asal dengan kotak nod, dan menggantikan daun dengan model.

OreWood [orewood] oleh desvox

Kayu Bijih - Dapatkan bijih daripada pokok! Menambah penjanaan bijih kepada batang pokok, dan anda boleh gunakan batang kayu untuk menanam tumbuhan.

Perlin Jungletrees Ongen [jungletree] oleh paramat

Penjana Pokok Hutan Perlin - dicabangkan daripada mods jungletrees oleh bas080

Perlin conifers ongen [conifers] oleh paramat

Penjana Pokok Konifer Perlin

Real Trees [real_trees] oleh yzelast

Pokok Sebenar - Menambah tahap tumbesaran kepada pokok-pokok dalam Minetest agar anak pokok tidak terus membesar menjadi pokok matang sekelip mata.

Red Trees [redtrees] oleh Glory!

Pokok Merah - Menambah pokok merah dan pokok sakura pink.

rnd_trees [rnd_trees] oleh rnd

Pokok rnd - Bermula denga sekeping kayu yang hidup. Berikannya tenaga kehidupan dan biarkannya membesar.

Round Trunks [round_trunks] oleh HybridDog

Batang Bulat - Batang pokok dan kaktus asas berbentuk bulat

Round Tree Trunks [round_trunks] oleh Hamlet

Batang Pokok Bulat - diportkan daripada "RealTest"

Tiny Trees [trees] oleh Bas080

Pokok Kecil - Pokok yang lebih besar tetapi kecil berbanding pokok dalam mods moretrees

THE TREEPACK! [treepack] oleh azekill_DIABLO

PEK POKOK! - Sebuah pek mods yang mengubah perlakuan pokok.


Tumbuhan-tumbuhan lain

Bamboo [bamboo] oleh Bas080

Buluh - kali terakhir dikemaskini pada 2013?

Bamboo [bamboo] oleh Krock

Buluh - menambah tumbuhan buluh dan bahan binaan.

Berry Bushes [bushes] oleh jordan4ibanez

Pokok rimbun beri - menambah pokok rimbun beri yang bersegi empat.

Flowers [flowers] oleh ironzorg

Bunga - 2011-12, Mods Lama ! Kemungkinan ketinggalan zaman.
menambah ros, dandelion kuning, dandelion putih, tulip, violet dan teratai. Sekarang semuanya telah dimasukkan ke dalam Minetest Game.

More Flowers [moreflowers] oleh sys4

Lebih Banyak Bunga - Mods ini bergantung kepada dan menyambung mods bunga flowers dari MT Game dengan menambah lebih banyak bunga. Ia juga mempunyai teosinte, lobak merah liar dan cara untuk meletakkan bunga ke dalam pasu.

Moon Flower [moonflower] oleh MirceaKitsune

Bunga Bulan - "Ia membuka dan mengeluarkan cahaya apabila berada di bawah pengaruh bulan."

Decoplants [decoplants] oleh Josh

Tumbuhan Hiasan - Mods Lama ! Pautan muat turun sudah tidak berfungsi. Kemungkinan ketinggalan zaman.
"Mods ini memperkenalkan 12 tumbuhan hiasan kepada minetest, semua tumbuhan hiasan ini boleh dicipta dengan meletakkan 8 daun di mengisi sekeliling grid pertukangan dan letakkan mana-mana pewarna di grid tengah untuk mencipta tumbuhan hiasan dengan warna tersebut"

Tulips [tulips] oleh bas080

Tulip - Mods Lama ! Kemungkinan ketinggalan zaman.
menggunakan skema warna yang menarik.

Shrubs [shrub] oleh SegFault22

Pokok renek - Mods Lama ! Kemungkinan ketinggalan zaman.
Berikan air kepada pokok renek kering untuk membuatkan mereka segar semula!

Cactus Mod [cactusmod] oleh xyz

Mods Kaktus - Kaktus menyakitkan, tetapi kadang-kala menjatuhkan buah-buahan.

Carnivore plant [CARNIVORE PLANT] oleh ulla/IIIullaIII

Tumbuhan Karnivor

Rockweed [rockweed] oleh lister

Rumpai Batu - Ia sejenis tumbuhan membatu berbongkah yang tumbuh dalam gua gelap. Ia boleh dibatukan untuk tumbuh dalam bentuk yang diinginkan seperti tiang, dinding atau benda lain.


Alatan

Farming_NG [farming_nextgen] oleh Gundul

Perladangan Generasi Baru - Menambah alatan penabur benih dan penuai.

Vines and Rope [vines] oleh Bas080

Pokok Menjalar dan Tali - "Sekarang, dengan mods pokok menjalar yang baru, anda boleh memanjat keluar daripada bangunan. Jatuh dalam gua? Biarkan rakan seperjuangan anda baling tali kepada anda. Bekerja untuk projek berkedudukan tinggi? Gunakan tali untuk turun dan naik. Membuat peta penuh cabaran? Buatkan tahap cabaran anda boleh direntasi dan lebih dinamik."

Plant Trimmer [plant_trimmer] oleh Ragnarok

Pemangkas Tumbuhan - Hentikan pertumbuhan tumbuhan seperti papirus dengan meletakkan nod pemangkas tumbuhan yang hampir tidak kelihatan di atas mereka.

Antipest [antipest] oleh Gundul

Antiperosak - hapuskan mereka bunga matahari

TreeCapitator [treecapitator] oleh Hybrid Dog

Penumbang Pokok

Treecapitator [treecapitator] oleh jordan4ibanez

Penumbang Pokok

Timber! [minetest-timber] oleh cy

Pembalakan!

Lumberjack [lumberjack] oleh joe7575

Pembalak


Memelihara landskap

Desire path [paths] oleh Casimir

Laluan Keinginan - "Inilah mods kotoran tanpa kotoran. Hanya mengandungi bahagian membuat laluan. Rumput bertukar menjadi tanah. Sesetengah nod (pasir, pasir gurun, kelikir, tanah, rumput, batu buntar, batu buntar berlumut) bertukar sesama sendiri, bergantung kepada apa yang anda pernah lalui sebelumnya."

Clay generation [claygen] oleh Topywo

Penjanaan Tanah Liat - "Membuatkan tanah liat boleh diperbaharui tanpa menghilangkan bahan-bahan."


Kemandirian

[Modpack]Survival ModPack [survival] oleh kaeza

[Pek Mods] Pek Mods Kemandirian - "Mods ini menambah bahaya baru kepada aspek kemandirian permainan.

Waktu ini, pek mods ini menambah lapar, dahaga, dan lemas, beserta sut bahaya. Ianya dirancang untuk menambah stamina (kepenatan), dan suhu pada masa akan datang."