Server/ms

From Minetest Wiki
Jump to: navigation, search
Languages Bahasa: English • Deutsch • español • français • italiano • Bahasa Melayu • português do Brasil • русский


Pelayan (BI: server) Minetest membolehkan pemain untuk bermain dalam talian bersama orang lain. Pelayan boleh dijalankan daripada pelayan khusus (BI: dedicated server), daripada Pelayan Persendirian Maya (VPS) atau daripada komputer di rumah.

Ini bukannya senarai pelayan, sila lihat Senarai Pelayan Minetest atau seksyen Pelayan (Servers) dalam Forum Minetest untuk senarai pelayan.

Contents

Mendapatkan akses kepada pelayan

Mencari pelayan

Senarai pelayan dalam Minetest 0.4.14

Untuk membolehkan anda bermain di atas pelayan, anda perlu tahu alamat dan nombor port pelayan yang ingin dimain. Terdapat banyak cara untuk mencari alamat-alamat tersebut:

  • Senarai pelayan dalam Minetest: Cara paling mudah adalah dengan mendapatkan senarai pelayan di dalam Minetest itu sendiri. Anda boleh mencari senarai dekat menu utama, di bawah tab “Client” atau “Klien”
  • Senarai pelayan dekat laman Web: http://www.minetest.net/servers/ mempunyai senarai yang sama seperti yang disenaraikan dalam Minetest, tetapi boleh dibaca di dalam pelayar Web
  • Forum Minetest: Terdapat subforum yang dipanggil “Servers” (Pelayan) yang dicipta khusus untuk pelayan-pelayan
  • Rakan-rakan: Jika anda kenal rakan yang mengehos pelayan Minetest, mintalah alamat dan nombor port daripadanya

Menyambung kepada pelayan

Jika anda telah mendapatkan alamat dan nombor port, anda hanya perlu masukkan nilai-nilai tersebut ke dalam bidang yang sepatutnya di dalam tab “Client” atau “Klien” dekat menu utama dan klik pada “connect” atau “sambung”, atau tekan kekunci Enter. Sekiranya anda menggunakan senarai dalam permainan, Minetest akan memasukkan nilai-nilai yang sepatutnya ke dalam bidang yang berkaitan secara automatiknya ketika anda mengklik nama pelayan tersebut.

Anda juga perlu memilih nama pemain. Nama pemain unik dalam setiap pelayan, ini bermakna anda tidak boleh menggunakan nama yang telah digunakan oleh orang lain dekat pelayan yang sama, namun anda boleh menggunakan nama yang sama untuk semua pelayan yang anda sambung selagi mana nama tersebut belum digunakan oleh orang lain. Anda boleh memilih kata laluan, tetapi ada sebilangan kecil pelayan yang tidak perlukan kata laluan.

Pendaftaran akaun

Pendaftaran akaun dalam Minetest tidak pernah dinyatakan secara betul-betul dan ianya berlaku di bahagian latar. Dalam sebuah akaun pemain, semua maklumat berkaitan watak pemain anda, seperti tahap kesihatan, item yang ada, nama, dll. disimpan dekat pelayan. Akaun pemain hanya sah untuk sesebuah pelayan, jadi anda boleh juga menggunakan nama pemain yang berbeza di pelayan-pelayang yang berbeza.

MUSTAHAK: Akaun dicipta sebaik sahaja anda menyambung ke pelayan dengan jayanya buat kali pertama. Tiada sebarang pemberitahuan akan dibuat.

Mula-mula, pilih nama pemain (yang hanya sah untuk sesebuah pelayan):

  • Aksara yang dibenarkan ialah a-z, A-Z, 0-9, tanda sempang (“-”) dan garis bawah (“_”)
  • Nama mestilah lain daripada “singleplayer”
  • Nama mestilah panjang 1 hingga 20 aksara sahaja

Kemudian, anda boleh pilih kata laluan untuk nama pemain dekat pelayan tersebut. Kata laluan ini boleh dibiarkan kosong, tetapi kebanyakan pelayan tidak benarkan kata laluan kosong jadi bersedialah untuk ditendang daripada sambungan. Anda juga perlu tahu bahawa sesiapa pun boleh bersambung kepada pelayan menggunakan nama pemain anda sekiranya anda tidak meletakkan sebarang kata laluan.

MUSTAHAK: Ingat dan periksa kata laluan paling kurang tiga kali sebelum anda cuba untuk menyambung pelayan buat kali pertama. Minetest tidak akan minta anda untuk memasukkan kata laluan lagi sekali. Jika anda tersalah pada kali pertama dan tidak sedar, secara logiknya anda akan gagal dalam percubaan log masuk seterusnya kerana kemungkinan besar anda tidak akan ingat kesalahan ketika menaip kata laluan buat kali pertama. Banyak nama pemain telah hangus disebabkan kecuaian ini.

Amaran: Tidak ada mekanisma automatik untuk mendapatkan semula kata laluan yang terlupa. Jika anda terlupa kata laluan, perkara mungkin menjadi sukar. Anda boleh cuba untuk hubungi pengendali pelayan yang berkaitan, tetapi tiada jaminan yang mereka akan bantu anda. Terdapat beberapa pelayan yang memberikan nombor atau kata pengenalan untuk disimpan dan digunakan apabila terlupa kata laluan, jika pelayan yang anda sambungkan mempunyai ciri ini, sila pastikan anda simpan nombor atau kata pengenalan tersebut.

Setelah memilih nama dan kata laluan, tekan butang “Connect” atau “Sambung”.

Log masuk

Untuk log masuk semula ke dalam pelayan yang pernah anda main, gunakan maklumat yang sama seperti sebelum ini untuk log masuk.

Bermain dekat pelayan

Di kawasan permulaan Switchboard PVP kendalian yngwie123
Bermain dekat Just Test Tribute
Bermain dalam pelayan yang huru-hara

Asas

Secara teorinya, cara main dekat pelayan pemain ramai ini sama seperti permainan pemain perseorangan. Cara aturan permainannya sama. Sila lihat halaman mula main untuk konsep berkaitan cara main.

Secara amalinya, setiap pelayan itu berbeza. Mereka boleh mengehos permainan asas Minetest Game, atau mereka juga boleh mengehos Minetest Game dengan pelbagai mods yang gila-gila terpasang siap, malah mereka juga boleh mengehos permainan yang berbeza daripada lumrah permainan. Bersiap sedialah untuk terperanjat! :D

Selain itu, pelayan yang berbeza selalunya diuruskan oleh orang yang berbeza, mereka juga mungkin ada atau mungkin tiada peraturan, dan mungkin menguatkuasa atau tidak menguatkuasakan peraturan mereka.

Perkara berguna yang perlu diketahui

Dalam pelayan pemain ramai, perkara-perkara ini menjadi lebih penting:

  • Sembang: belajar cara untuk berkomunikasi dengan pemain yang lain
  • Keistimewaan: belajar apa yang anda boleh dan tidak boleh lakukan dalam pelayan
  • Perintah pelayan: belajar cara untuk menggunakan perintah pelayan. Kadang-kala ianya sangat berguna untuk pemain; contohnya, anda boleh membuang item yang dipegang, meneleportasi (jika dibenarkan), dan banyak lagi
    • Ketahui lebih lanjut berkaitan pelayan dengan perintah seperti “/mods”, “/privs”, “/status”.
  • Mods yang terpasang dekat pelayan
    • Ambil kisah tentang mob, PvP (permainan berlawan antara pemain “player-vs-player”), dan peraturan pelayan
  • Tetapan khusus pelayan atau klien yang mungkin membawa kesan kepada cara main
  • Apabila anda menekan kekunci Esc, permainan tidak akan dijeda sepeti di dalam mod pemain perseorangan

Namun begitu, anda perlu tahu bahawa secara umumnya, anda boleh menyambung kepada kesemua pelayan yang ada, tak kiralah berapa banyak mods yang mereka pasang atau permainan manakah yang mereka gunakan. Anda tidak perlu tatarajah tambahan atau muat turun manual. Semua data yang diperlukan akan dimuat turun secara automatik untuk anda.

Perosakan dan pelindungan

“Perosakan” (BI: Griefing), dan juga “pelindungan” (BI: protection) ialah dua perkataan yang anda akan baca dengan kerap ketika bermain dalam pelayan.

Perosakan” merujuk kepada perbuatan memusnahkan, merosakkan atau melakumusnahkan sesebuah bangunan yang dibina oleh pemain lain tanpa kerelaan mereka. Ada sesetengah pelayan yang melarang perosakan, namun ada pelayan yang membenarkannya.

Mods pelindungan menjadi kebiasaan dipasang dekat pelayan. Mods pelindungan ialah mods yang memberikan hak milik untuk sesetengah bahagian dunia kepada pemain. Hanya pemilik bahagian tersebut boleh menambah atau membuang blok di kawasan milikannya. Pelindungan ini secara asasnya digunakan untuk menghalang perosakan.

Menguruskan sesebuah pelayan

Menetapkan Pelayan

  • Menetapkan pelayan supaya orang lain boleh menyambung kepadanya melalui Internet akan memakan masa, dan memerlukan sedikit pengetahuan teknikal.
  • Komputer riba (notebook) dan komputer buku (netbook) selalunya tidak sesuai untuk dijadikan pelayan yang bagus kerana kebiasaannya mereka mempunyai perkakasan ynag berhujung rendah.
  • Jangan cuba untuk mengehos pelayan yang agak besar (melebihi beberapa orang) melalui rangkaian wayarles, sebaliknya gunakan rangkaian berwayar.

Untuk maklumat lanjut, sila lihat halaman menetapkan pelayan, atau perbincangan berkaitan pelayan dalam bahasa Inggeris untuk penjelasan berkaitan penetapan pelayan anda sendiri.

Tatarajah Pelayan

Untuk melihat penjelasan lanjut mengenai fail tatarajah, sila lihat halaman minetest.conf.

Anda juga berkemungkinan ingin menggunakan bahagian belakang pangkalan data yang berbeza untuk dunia anda.

Perintah Pelayan

Sila lihat halaman perintah pelayan untuk senarai perintah yang berguna.

Lihat juga halaman rentetan item untuk rentetan-rentetan item yang diperlukan untuk menggunakan perintah /give dan /giveme.

Sistem Keistimewaan

Sila lihat halaman keistimewaan untuk maklumat lanjut berkaitan sistem keistimewaan.

Lihat juga