Template:Languages/doc/ms

From Minetest Wiki
Jump to navigation Jump to search
Ini sublaman pendokumenan untuk Template:Languages.
Ia mempunyai maklumat yang berguna, kategori-kategori dan kandungan lain yang bukan sebahagian daripada halaman template yang asal.
Languages Bahasa: English • Bahasa Melayu
Lua logo.png Templat ini menggunakan Module:Languages, dengan data disimpan dekat Module:Languages/headers.
Sila lihat Wikipedia:Lua dan mw:Extension:Scribunto (bahasa Inggeris) untuk maklumat lanjut.

Sintaks

{{Languages|PageName|nocat=1}}
  • PageName (pilihan) - nama halaman untuk dipaparkan pautan bahasa. Jika tidak ditulis, halaman bahasa Inggeris bagi halaman semasa akan digunakan. Parameter ini selalunya boleh diabaikan, kerana ia hanya diperlukan sekiranya anda ingin menambah pautan bahasa ke halaman yang lain daripada halaman anda letakkan templat. Sekiranya parameter digunakan pada subhalaman, sila pastikan anda menulis nama akar dan bukannya nama penuh subhalaman tersebut (cth. dekat terjemahan Perancis Main Page/fr, anda perlu gunakan {{Languages|Main Page}} dan bukannya {{Languages|Main Page/fr}}).
  • nocat=1 (pilihan) - menghalang halaman yang menggunakan templat ini daripada dimasukkan ke Kategori:Halaman multibahasa.

Kegunaan

Templat ini hanya patut diletakkan pada halaman yang wujud lebih daripada satu bahasa, dan ia patut diletakkan dekat kedudukan yang sama pada setiap terjemahan halaman.

Halaman versi bahasa Inggeris akan sentiasa menjadi versi yang utama, dengan bahasa-bahasa lain menjadi subhalaman dan dinamakan mengikut kod bahasa masing-masing (lihat di bawah).

Contohnya dekat halaman utama Main Page, anda perlu memasukkan {{Languages}} dekat halaman utama Main Page itu sendiri, dan masukkan kod templat tersebut dalam kesemua subhalaman terjemahan. Templat tersebut akan mencipta pautan kepada semua subhalaman terjemahan yang ada secara automatiknya, cth. Main Page/ja, Main Page/fr, serta ia mengabaikan bahasa bagi terjemahan yang belum wujud.