Texture Packs/ms

From Minetest Wiki
Jump to: navigation, search
Languages Bahasa: English • Deutsch • français • italiano • 日本語 • Bahasa Melayu • português do Brasil
Pek tekstur asal (kiri), lwn HDX-256 (kanan).

Sebuah pek tekstur (BI: texture pack)) ialah koleksi fail-fail yang digunakan untuk mengubah tekstur-tekstur blok, item, mob dan juga antaramuka pengguna grafik (GUI). Resolusi natif untuk tekstur Minetest ialah 16 × 16 piksel.

Semua versi Minetest menyokong tekstur langganan dengan penggunaan perintah texture_path. Folder /textures/all/ telah ditambah pada versi 0.4.dev-20120408 (18d8e3ac). Dan tab Pek tekstur dekat menu utama telah ditambah pada versi 0.4.8-dev (38315341).

Pemasangan

Dalam mana-mana versi Minetest, cara paling mudah untuk memasang pek tekstur adalah dengan cara betikut:

  1. Muat turun pek tekstur.
  2. Jika ia dimampatkan, ekstrak folder pek tekstur (menggunakan atur cara seperti 7-Zip) ke dalam direktori textures di dalam direktori Minetest anda.
  3. Pilih pek tekstur daripada tab Pek tekstur dalam menu utama.

Untuk melihat suruhan lebih mendalam dengan maklumat versi yang tertentu, sila lihat tutorial Memasang Pek Tekstur.

Mencari Pek Tekstur

Pek tekstur kini boleh dijumpai di beberapa tempat:

Penghasilan Pek Tekstur

Untuk menghasilkan pek tekstur sendiri, anda mesti menyunting fail-fail asal. Jika anda ada pengalaman menggunakan penyunting imej maka cara untuk menghasilkan pek tekstur anda sendiri agak jelas dan mudah.

  1. Cari tekstur asal.
  2. Cipta folder baru untuk diletakkan pek tekstur anda yang baru.
  3. Gunakan atur cara penyunting imej yang anda suka – GIMP bersumber terbuka/bebas dan berfungsi dengan baik – dan cipta fail PNG untuk setiap tekstur yang anda ingin mengubah. Sebarang penyunting imej yang menyokong kelutsinaran – juga dipanggil “alfa” – boleh digunakan.
  4. Tekstur boleh dihasilkan dalam sebarang saiz, tetapi imej segi empat sama dengan panjang setiap sisi berkuasa 2 (16 × 16, 32 × 32, 64 ×64, 128 × 128, …) disyorkan agar kelihatan elok dari segi visual dan konsisten.
  5. Mampatkan folder tersebut — bukan sahaja mampatkan fail-fail di dalamnya – ke dalam arkib .zip dan muat naik arkib tersebut (Mediafire dan Dropbox pilihan yang popular), dan umumkannya ke dalam forum Pek Tekstur ("Texture Packs").

Untuk melihat suruhan lebih mendalam, sila lihat tutorial Mencipta pek tekstur.