Building/ms

From Minetest Wiki
< Building
Revision as of 11:28, 6 February 2018 by Muhdnurhidayat (talk | contribs) (Change unusual word 'bidur' to more commonly used 'papak')
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • Deutsch • français • Bahasa Melayu


Pembinaan (BIBuilding) —juga dipanggil sebagai Peletakan (BIPlacing)— ialah aktiviti meletakkan blok dekat dengan blok yang lain. Ianya salah satu perkara asas yang anda boleh buat dalam Minetest.

Pembinaan memerlukan keistimewaan “tindak” (BI“interact”) yang diberikan sebagai keistimewaan asas.

Untuk membina, seseorang itu mestilah menggunakan sesuatu yang boleh digunakan untuk membina (dan bukannya item pertukangan), tuding ke arah sesuatu yang boleh dibina di atasnya dan tekan butang membina (pada asalnya, butang tetikus kanan). Kebanyakan blok boleh digunakan untuk membina. Tidak seperti perlombongan, pembinaan akan sentiasa dilakukan dengan segera. Pada blok yang boleh bertindak balas dengan klik-kanan (cth. Peti, Relau, Papan Tanda, dll.), anda perlu menekan Kekunci Selinap+Klik-kanan.

Minetest Game

Dengan meletakkan sebuah papak di atas papak lain dengan bahan yang sama, sebuah blok penuh dengan bahan yang sama akan tercipta. Tidak mustahil untuk membina ke dalam sesetengah nod sambil memusnahkan nod tersebut. Udara memang sentiasa boleh digantikan dengan blok, sama juga dengan cecair seperti air. Banyak tumbuh-tumbuhan seperti rumput boleh dibina ke dalamnya.

Untuk Kayu Pokok, Kayu Akasia, dll. serta Kaktus, arah pandang awal akan mengikut permukaan blok yang mana anda bina ke atasnya. Cth. jika anda meletakkan kayu pokok di atas lantai, ia akan berdiri tegak, namun jika anda letakkannya di bahagian sisi blok, ia akan menjadi melintang. Dengan menekan kekunci Selinap sambil membina, anda boleh menterbalikkan perlakuan peletakan: Meletak blok secara menegak memusingkannya menjadi melintang dan sebaliknya.