Help:Contents/ms

From Minetest Wiki
< Help:Contents
Revision as of 12:34, 6 February 2018 by Muhdnurhidayat (talk | contribs) (Change unusual word 'bidur' to more commonly used 'papak')
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • Deutsch • français • Bahasa Melayu

Peraturan wiki

  • Semua artikel di wiki mestilah berkaitan dengan Minetest.
  • Wiki ini bukan tempat untuk menyimpan kandungan atau imej peribadi…

Garis panduan mods dan permainan langganan

  • Kandungan daripada mods selain daripada mods berasal dari Minetest Game dibenarkan, namun mestilah dinyatakan dengan jelas bahawa item tersebut bukannya datang dari Minetest Game serta dinyatakan dari mods yang manakah ia datang.
    • Jika ingin mencipta kandungan mods dalam wiki ini, anda mestilah mencipta subhalaman khusus dalam bahasa Inggeris di bawah halaman “Mods” (cth. “Mods/More Blocks/Stone Tile”). Halaman tersebut perlu menyenaraikan blok, item, perintah, dll. yang ada dalam mods tersebut, menggunakan bahasa Inggeris.
    • Terjemahan bagi mods pula mestilah dicipta di subhalaman daripada halaman mods tersebut (contohnya untuk mods sebelum ini, cipta halaman “Mods/More Blocks/Stone Tile/ms” untuk terjemahan bahasa Melayu).
    • Sekiranya mods tersebut juga wujud sebagai sebahagian daripada permainan langganan, maka subhalaman mods masih perlu diwujudkan di bawah halaman “Mods”.
    • Sekiranya mods tersebut hanya wujud di dalam permainan langganan dan tidak pernah diedarkan sebagai mods yang berasingan, maka subhalaman mods tersebut perlu diwujudkan di bawah halaman “Subgames” (cth. “Subgames/Carbone/Commands”).

Menyumbang

  • Bantu kami tambah baik wiki ini. Minta untuk dibuatkan akaun anda di aliran forum ini.
  • Lihatlah halaman apa perlu dibuat untuk senarai perkara yang perlu dilaksanakan.
  • Jika anda tahu bahasa-bahasa yang lain, anda boleh bantu menterjemah halaman bahasa.
  • Jika anda ingin membantu terjemahan bahasa Melayu, sila lihat nota terjemahan terlebih dahulu agar istilah yang digunapakai konsisten.
  • Jika anda mempunyai kemahiran teknikal, anda juga boleh menyumbang kepada wiki pembangunan tetapi ianya hanya wujud dalam bahasa Inggeris.

Gaya

Penamaan imej untuk mods

Anda disyorkan untuk menamakan imej untuk item, blok, mob, dll. seperti ini: Nama Item (Nama Mods).png, Nama Blok (Nama Mods).png, dll. Contohnya, Protection (Protector).png di mana “Protection” ialah nama blok dan “Protector” ialah nama mods.

Blok

Item

  • Item (cth. Apple.png) dipaparkan dekat wiki sebagai imej 2D dan mempunyai saiz daripada 20² sehingga 160² piksel.
  • Anda disyorkan untuk mencipta versi 160² yang unik. Jika anda menggunakan imej 16², pelayar akan menyesuai-naikkan imej menggunakan sisipan dan hasilnya akan kelihatan tidak begitu elok.
  • Cipta imej dengan mengekstrak versi 16² yang ada dekat repositori GitHub lalu sesuaikan mereka kepada saiz 160². Jangan gunakan sebarang sisipan, atau jiran terdekat, agar rupa yang dipikselkan dapat dikekalkan. Untuk tugas ini, anda boleh gunakan salah satu daripada atur cara berikut:

Tangkapan layar

Sila gunakan format PNG untuk tangkapan layar, dan bukannya format JPEG (Format JPEG memberikan pemampatan hilang).

Cipta gambar mob lutsinar

Blender

  • Pindah ke paparan 3D asal.
  • Pergi ke mod objek ("Object Mode"), klik-kanan tulang jika ada, dan tekan kekunci M untuk pindahkannya ke lapisan yang lain.
  • Pergi ke bawah tab kamera ("Camera"), kembangkan pembayang ("Shading"), dan tukarkan alfa ("Alpha") daripada langit ("Sky") kepada lutsinar ("Transparent").
  • Tekan Shift + C untuk set semula kamera dan menerjemahkan gambar.

Dalam permainan

  • Gunakan mods skrin hijau (Green Screen) untuk membuat dinding blok skrin putih.
  • Masukkan kod ini ke dalam fail init.lua di dalam mods mob, tukarkan namamods kepada nama mods sebenar, dan tukarkan tulisan perihal kepada tulisan yang sepatutnya berkaitan mob yang anda ingin ambil gambarnya.
minetest.register_node("namamobs:character_statue", {
   description = 'Character Statue',
   drawtype = 'mesh',
   mesh = 'character.b3d',
   tiles = {'character.png'},
   inventory_image = 'character.png',
   groups = {not_in_creative_inventory=0},
   paramtype = 'light',
   paramtype2 = 'facedir',
   groups = {cracky=3, stone=1},
   selection_box = {
      type = 'fixed',
      fixed = {-1, -0.5, -1, 1, 3, 1}, -- Right, Bottom, Back, Left, Top, Front
   },
   collision_box = {
      type = 'fixed',
      fixed = {-1, -0.5, -1, 1, 3, 1}, -- Right, Bottom, Back, Left, Top, Front
   },
})

ATAU

  • Tukarkan halaju pergerakan mob dalam kod Lua kepada 0.0000001, ini akan membuatkan mob itu berhenti bergerak.
  • Lumpuhkan Boleh Cedera (Damage), lahirkan mob menggunakan telurnya, dan buat tangkapan skrin menggunakan kekunci F12.

GIMP (membuatkan latar gambar menjadi lutsinar)

  • Tekan Shift + O untuk mengaktifkan pemungut warna ("color picker") dan klik pada latar belakang.
  • Kemudian di bawah Lapisan (Layer) → Kelutsinaran (Transparency) → Warnakan ke Alfa (Color to Alpha), pilih warna yang betul, dan klik OK. Sekarang latar gambar menjadi lutsinar.