Itemstrings/ms

From Minetest Wiki
< Itemstrings
Revision as of 11:08, 1 June 2017 by Muhdnurhidayat (talk | contribs) (Added Malay translation)
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • Deutsch • français • italiano • Bahasa Melayu

Rentetan Item (BI: Itemstrings) itu nama dalaman untuk item, blok, nod (semua benda yang boleh disimpan di dalam inventori).

Sintaks

Rentetan item yang biasa mempunyai nama mods yang membekalkan item tersebut diikuti oleh tanda titik bertindih “:” dan diikuti pula nama item. Kesemua rentetan item sensitif terhadap huruf yang digunapakai.

<nama_mod>:<nama_item>

Contohnya:

  • default:torchObor atau nama asalnya torch (daripada mods “default”)
  • default:dirtTanah atau nama asalnya dirt (daripada mods “default”)
  • farming:breadRoti atau nama asalnya bread (daripada mods “farming”)
  • wool:orangeBulu biri-biri berwarna jingga atau nama warna asalnya orange (daripada mods “wool”)
  • screwdriver:screwdriverPemutar skru atau nama asalnya screwdriver (daripada mods “screwdriver”)

Terdapat juga rentetan item yang tidak mengikut peraturan sintaks, lihat #Rentetan item istimewa.

Kegunaan

Rentetan item boleh digunakan sebagai argumen-argumen yang digunakan untuk perintah pelayan /give dan /giveme.

Contohnya: /giveme default:torch — memberikan diri sendiri sebatang obor.

Rentetan item istimewa

Terdapat rentetan item yang tidak mengikut peraturan sintaks yang biasa digunakan. Rentetan-rentetan item ini akan sentiasa wujud, tanpa mengira mods mana yang diaktifkan:

  • air — digunakan untuk Udara (bukannya air)
  • ignore — sila lihat Abai
  • unknown — digunakan untuk mewakili item tidak diketahui (disebabkan oleh ralat dll.)

Lihat juga