Leaves/ms

From Minetest Wiki
< Leaves
Revision as of 09:05, 19 October 2017 by Muhdnurhidayat (talk | contribs) (Update translation following recent change - renewable)
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • Deutsch • français • Bahasa Melayu
Daun Pokok, Daun Pokok Hutan, Daun Pain, Daun Akasia, Daun Aspen
Leaves.png
Jungle Leaves.png
Pine Needles.png
Acacia Leaves.png
Aspen Leaves.png
Sebuah blok dalam Minetest Game
Jenis Bongkah Pepejal
Menjatuhkan lihat jadual
Ikut Fizik Tidak
Bercahaya Tidak
Boleh Dibakar Ya
Blok Dijana lihat jadual
Boleh Diperbaharui Ya
Boleh Ditindan Ya (99)
Rentetan Item lihat jadual

Beberapa jenis daun boleh dijumpai di atas pokok. Terdapat lima jenis daun: Daun Pokok (BI: Leaves), Daun Pokok Hutan (BI: Jungle Leaves), Daun Pain (BI: Pine Needles), Daun Akasia (BI: Acacia Leaves) dan Daun Aspen (BI: Aspen Leaves).

Apabila ditebas, mereka mempunyai 5% peluang untuk menjatuhkan jenis-jenis anak pokok yang tertentu. Mereka boleh ditebas menggunakan pedang atau dengan tangan.

Mereka juga akan reput (dengan peluang yang sama untuk menjatuhkan anak pokok) sekiranya tiada blok-blok kayu pokok, kayu pokok hutan, kayu pain, kayu akasia atau kayu aspen dalam lingkungan 4 blok daripada daun-daun tersebut, tanpa mengira blok kayu yang mana satu. Ia tidak reput walaupun jenis daun berbeza daripada jenis kayu. Blok-blok daun yang diletakkan oleh pemain sendiri tidak akan mereput.

Semua jenis daun itu lutsinar sekiranya tetapan “Pokok beragam” (BI: Fancy trees) dibolehkan, jika tidak mereka akan menjadi legap.

Jenis-jenis

Jenis daun Menjatuhkan Dijana? Rentetan item
Leaves.png Daun Pokok

Daun Pokok (95%) Anak Pokok (5%)

Ya default:leaves
Jungle Leaves.png Daun Pokok Hutan

Daun Pokok Hutan (95%) Anak Pokok Hutan (5%)

Ya default:jungleleaves
Pine Needles.png Daun Pain

Daun Pain (95%) Anak Pokok Pain (5%)

Ya default:pine_needles
Acacia Leaves.png Daun Akasia

Daun Akasia (95%) Anak Pokok Akasia (5%)

Ya, kecuali dalam janapeta v6 default:acacia_leaves
Aspen Leaves.png Daun Aspen

Daun Aspen (95%) Anak Pokok Aspen (5%)

Ya, kecuali dalam janapeta v6 default:aspen_leaves

Boleh baharu

Semua daun tumbuh daripada anak pokok mengikut spesies masing-masing.

Lihat juga