Mese Block/ms

From Minetest Wiki
Jump to navigation Jump to search
The printable version is no longer supported and may have rendering errors. Please update your browser bookmarks and please use the default browser print function instead.
Languages Bahasa: English • Deutsch • français • Bahasa Melayu
Bongkah Mese
Mese Block.png
Sebuah blok dalam Minetest Game
Jenis Bongkah Pepejal
Menjatuhkan Diri Sendiri
Ikut Fizik Tidak
Bercahaya Ya (3)
Boleh Dibakar Tidak
Blok Dijana Ya
Boleh Diperbaharui Tidak
Boleh Ditindan Ya (99)
Rentetan Item default:mese

Bongkah Mese (bacaan: mésé; AFA: [ˈmɛˌsɛ]) (BI: Mese Block) ialah bijih dan blok yang paling susah dijumpai dalam Minetest Game. Bongkah mese mula dijumpai sangat dalam di bawah tanah, bermula dari kedalaman Y=-1024. Bongkah mese lebih susah dijumpai berbanding bijih intan. Bongkah mese muncul dalam gugusan bertiga, gugusan bijih mese lebih mudah dijumpai berbanding gugusan bongkah mese. Sebuah bongkah mese boleh mencipta sembilan kristal mese. Anda perlukan sekurang-kurangnya beliung keluli (atau yang lebih baik) untuk menggalinya.

Sebagai bahan pertukangan

Nama Bahan-Bahan Input → Output Perincian
Kristal Mese Bongkah Mese
Mese Block.png
Mese Crystal.png
9
Diperlukan untuk mencipta alat-alatan yang lain, untuk membuat Serpihan Mese dan mencipta Lampu Mese.

Pertukangan

Bahan-Bahan Input → Output
Kristal Mese
Mese Crystal.png
Mese Crystal.png
Mese Crystal.png
Mese Crystal.png
Mese Crystal.png
Mese Crystal.png
Mese Crystal.png
Mese Crystal.png
Mese Crystal.png
Mese Block.png

Sejarah

Terjemahan petikan daripada celeron55:

Asal-usul nama bongkah tersebut hanyalah secara suka-suka sahaja. Pada hari-hari awal permainan, saya [celeron55] perlu menambah sesuatu yang boleh digali dari bawah tanah dan akhirnya mencipta bongkah mengarut yang lucu ini tetapi tidak membuangnya daripada permainan sejak waktu itu.
Mese sebenarnya membawa maksud perisian "msn messenger" di Finland dan ianya digunakan sebagai perkataan mengarut (bunyinya mengarut) dalam komuniti pengaturcaraan ohjelmointiputka. Selain itu, mese juga dianggap sebagai kaca mata dalam emotikon, 8) dan 8D dipanggil "kaca mata mese".  

Bongkah mese ialah salah satu bongkah tertua dalam Minetest. Ia telah wujud sejak Minetest versi 0.0.1! Dalam versi-versi awal, bongkah mese lebih mudah dijumpai secara amnya. Bongkah-bongkah ini mula dijana pada kedudukan lebih cetek dan menjadi lebih mudah dijumpai apabila turun lebih dalam di bawah tanah, ciri ini membuatkannya unik. Berhampiran lantai dunia, anda mempunyai peluang yang tinggi untuk menjumpai gua penuh dengan bongkah mese. Satu-satunya kegunaan bongkah mese pada waktu itu adalah untuk mencipta beliung mese menggunakan 3 bongkah mese dan 2 serpihan kayu. Beliung mese ketika itu ialah alatan terbaik dan berkuasa tahap dewa, kerana ia mampu memecahkan sebarang blok dengan laju. Tidak ada item mese yang lain.

Kemudian, apabila pembuatan mods menjadi realiti dalam Minetest, dan kebanyakan logik permainan dipindahkan ke dalam Minetest Game, mese telah mengalami banyak perubahan: Lebih banyak item berkaitan mese ditambah kepada Minetest Game, dan beliung mese yang berkuasa tahap dewa telah diubah menjadi lebih logik dan kini dicipta dengan kristal mese menggantikan bongkah mese.

Penjanaan bongkah mese juga berubah: Bongkah mese sekarang dijana sangat dalam dan sangat jarang. Mereka juga dijana seperti bijih-bijih lain dan tidak menjadi lebih mudah dijumpai ketika menggali terus ke bawah lebih dalam.

Tekstur bongkah mese telah berubah beberapa kali:

  • Tekstur pertama bongkah mese digunakan sehingga versi 0.4_20120408.
  • Rupa bongkah mese pada versi 0.4_20120408 sehingga versi 0.4_20120603.
  • Rupa bongkah mese pada versi 0.4_20121214 sehingga versi 0.4_20160530.

Lihat juga