Nyan Cat/ms

From Minetest Wiki
< Nyan Cat
Revision as of 17:32, 12 August 2017 by Muhdnurhidayat (talk | contribs) (furnace waste)
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • Bahasa Melayu
Mbox warning.png Ciri ini telah dibuang
Artikel ini menerangkan ciri-ciri yang telah dibuang dan kini ianya bukan sebahagian daripada permainan.
Nyan Cat
Nyan Cat.png
Sebuah blok dalam Minetest Game
Jenis Bongkah Pepejal
Menjatuhkan Diri Sendiri
Ikut Fizik Tidak
Bercahaya Ya (14)
Boleh Dibakar Tidak
Blok Dijana Ya
Boleh Diperbaharui Tidak
Boleh Ditindan Ya (99)
Rentetan Item default:nyancat

Nyan Cat dahulunya blok lucu yang teramat jarang dijumpai. Blok ini lebih susah dijumpai berbanding bongkah mese, itu bermakna Nyan Cat dahulunya blok paling susah dijumpai dalam Minetest Game. Nyan cat boleh muncul di mana-mana sahaja secara teorinya (termasuk bawah tanah), jadi ianya bergantung kepada nasib untuk menjumpai nyan cat. Pemain-pemain pernah melaporkan ianya mengambil masa beberapa bulan atau bertahun-tahun bermain sebelum mereka jumpa nyan cat.

Nyan cat sentiasa muncul di depan barisan Pelangi Nyan Cat. Blok-blok ini tidak boleh dicipta, dan mereka muncul bersendirian, tidak wujud dalam kumpulan. Mereka boleh digali menggunakan beliung batu (atau yang lebih baik).

Nyan cat tidak ada tujuan sebenar selain daripada hiasan dan juga untuk menunjuk-nunjuk (“Tengok apa yang saya jumpa!”) dan boleh dianggap sebagai telur easter kecil atau blok “jenaka” dalam Minetest Game dan tidak perlu diambil secara serius. . Nyan cat juga dahulunya boleh digunakan sebagai bahan api relau, tetapi ianya dimusnahkan dengan segera dengan masa pembakaran hanya 1 saat.

Nyan cat telah dibuang dalam Minetest Game versi 0.4.16. https://forum.minetest.net/viewtopic.php?f=18&t=17101

Memperkenal semula nyan cat

Nyan cat pernah menjadi sebahagian daripada Minetest Game untuk jangka masa yang lama, jika anda ingin mendapatkan mereka semula, anda boleh salin direktori “mods/nyancat” daripada Minetest Game versi 0.4.15.

Terdapat juga mods yang menambah semula blok ini kepada Minetest Game:

  • [1] (Nyan Cat dan PB&J Pup)

Tangkapan layar

Tangkapan layar nyan cat boleh dilihat di sini.

Lihat juga