Programs and Editors/ms

From Minetest Wiki
< Programs and Editors
Revision as of 04:35, 16 June 2018 by Muhdnurhidayat (talk | contribs) (→‎Pelayan: fix wrong template)
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • Deutsch • 日本語 • Bahasa Melayu

Ini senarai perisian tidak rasmi yang berkaitan dengan Minetest.

Ini bukan senarai menyeluruh, lihat lebih lagi di bebenang bahasa Inggeris untuk Projek Berkaitan Minetest (Minetest-related projects) di forum.

Pemetaan

Nama Keterangan Maklumat / Laman Web Pencipta
Screenshot minetestmapper.png Minetest Mapper
(Pemeta Minetest)
Mencipta imej peta 2D daripada dunia yang telah wujud. Satu blok bersamaan satu piksel.

Terdapat juga GUI Minetest Mapper (bahasa Inggeris).

wiki pelbagai penyumbang
ScreenshotThumb Amidstest.jpg Amidstest Mencipta peta biom tanpa mencipta dunia yang sebenar. Alatan ini hanya memerlukan jenis dunia, profil biom dan benih peta. Juga boleh lihat biom sebagai rajah Voronoi. forum Dr.Frankenstone
MTSatellite
(Satelit MT)
Sistem pemetaan web masa nyata. Main dalam dunia anda dan kongsikan petanya dalam web, secara langsung. forum s-l-teichmann


Suntingan dunia

Nama Keterangan Maklumat / Laman Web Pencipta
150px WorldEdit
(SuntingDunia)
Alatan dan perintah untuk menyunting dunia.

(Secara teknikalnya ini ialah pek mods, dan digunakan dalam enjin permainan)

wiki pelbagai penyumbang
Geo mapgen
(Janapeta geo)
Menjana dunia daripada data topografi dunia nyata. Membaca data litupan daratan GeoTiff dan model pelan tegak digital seperti yang disediakan oleh SRTM (bahasa Inggeris). forum Gael de Sailly
Real Terrain
(Rupa Bumi Sebenar)
Menggunakan fail imej sebagai peta ketinggian dan peta biom untuk menjana dunia. forum bobomb
mtmapprune Membersihkan fail map.sqlite untuk dunia dan memadam blok-blok di luar julat yang dinyatakan. forum sofar


Menukar data daripada Minecraft

Nama Keterangan Maklumat / Laman Web Pencipta
mcimport Penukar dunia untuk keseluruhan peta Minecraft (fail simpanan permainan), dan mengeluarkan sebuah dunia Minetest yang baru dan berfungsi. Untuk GNU/Linux. forum pelbagai penyumbang
mcresconvert Menukar pek sumber dan pek tekstur Minecraft kepada pek tekstur Minetest forum pelbagai penyumbang

Twoelk jugs menulis penukar-penukar lain untuk mengimport data Minecraft ke Minetest (bahasa Inggeris).

Pelayan

Nama Keterangan Maklumat / Laman Web Pencipta
mtmediasrv Minetest Remote Media Server (Pelayan Media Jarak Jauh Minetest): Mengagihkan media Minetest (tekstur, model, bunyi) kepada klien Minetest untuk pemilik pelayan ramai pemain yang inginkan media mereka dihoskan di URL pelayan media mudah alih. forum sofar


Pembangunan

Lihat Development Tools (bahasa Inggeris) dalam Wiki Pembangun Minetest.

Lihat Juga