Red Mushroom/ms

From Minetest Wiki
< Red Mushroom
Revision as of 08:43, 7 September 2017 by Muhdnurhidayat (talk | contribs) (Update translation following recent change)
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • Deutsch • français • Bahasa Melayu


Cendawan Merah
Red Mushroom.png
Sebuah blok dalam Minetest Game
Jenis Tumbuh-tumbuhan
Menjatuhkan Diri Sendiri
Ikut Fizik Tidak
Bercahaya Tidak
Boleh Dibakar Ya
Blok Dijana Ya
Boleh Diperbaharui Ya
Boleh Ditindan Ya (99)
Rentetan Item flowers:mushroom_red

Cendawan Merah (BI: Red Mushroom) ialah kulat beracun yang tumbuh dalam hutan-hutan.

Dalam kebanyakan penjana peta, ia boleh dijumpai dalam kawasan hutan daun luruh dan hutan konifer (→Biom) di atas blok tanah berumput. Mereka juga jarang-jarang dijumpai di atas kayu balak pain dan aspen yang tumbang. Dalam janapeta v6, cendawan merah hanya tumbuh di sebelah kayu pokok di atas tanah berumput.

Cendawan merah akan merebak secara perlahan di atas tanah, tanah berumput, dll. dan di atas bongkah “batang” pokok (Kayu Pokok, Kayu Pokok Hutan, dll.) yang berada di tempat yang gelap, tetapi mereka akan mati sekiranya dibiarkan terkena cahaya matahari.

Cendawan merah boleh dikutip dengan tangan. Hati-hati, cendawan merah beracun dan akan meracuni anda dengan mengurangkan tahap kesihatan sebanyak Heart.pngHeart.pngHalf heart.png apabila dimakan. Cendawan merah boleh diletakkan dengan klik kanan, sama seperti nod-nod boleh letak yang lain.

Lihat juga