Water/ms

From Minetest Wiki
Jump to navigation Jump to search
The printable version is no longer supported and may have rendering errors. Please update your browser bookmarks and please use the default browser print function instead.
Languages Bahasa: English • Deutsch • français • Bahasa Melayu
Air
Water.png
Sebuah blok dalam Minetest Game
Jenis Cecair
Menjatuhkan Tiada apa-apa
Ikut Fizik Tidak
Bercahaya Tidak
Boleh Dibakar Tidak
Blok Dijana Ya
Boleh Diperbaharui Ya
Boleh Ditindan Ya (99)
Rentetan Item default:water_source

Air (BI: Water) ialah blok cecair yang boleh diperbaharui dan hanya boleh diletakkan oleh pemain menggunakan baldi (atau sebagai blok sumber dalam mod kreatif).

Air merupakan blok utama yang digunakan dalam penciptaan laut, air juga kadang-kadang wujud di dalam gua.

Pemain boleh berenang dalam air dan ini membolehkan pemain menggunakannya sebagai lif untuk bergerak ke atas dan bawah. Mob dan pemain boleh lemas di dalamnya; kelemasan menyebabkan tahap kesihatan kurang sebanyak Half heart.png setiap saat. Sekiranya air menyentuh sumber lava dari mana-mana arah (walaupun secara pepenjuru atau dekat bucu), lava tersebut berubah menjadi obsidia. Namun jika air menyentuh blok lava mengalir, aliran lava tersebut berubah menjadi batu.

Air boleh mengalir dalam sesuatu jarak sehingga 8 blok jauhnya. Air sungai pula cecair lain yang serupa dengan air, tetapi perbezaan utamanya air sungai hanya boleh mengalir sehingga 2 blok jauhnya.

Boleh baharu

Air boleh diperbaharui, sila lihat Penciptaan Sumber Cecair untuk belajar cara memperbaharuinya.

Lihat juga