Installing Client-Side Mods/ms

From Minetest Wiki
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • Bahasa Melayu

Pertimbangan keselamatan

Sebelum memasang mana-mana mods pihak klien, sila pastikan anda menerimanya daripada sumber yang anda percayai. Kod berbahaya boleh merosakkan komputer anda, mengancam privasi anda atau menyebabkan komputer anda turut serta dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Memasang mods

Selepas memuat turun sebuah mods pihak klien (cth. dari forum pembuatan mods pihak klien ), anda selalunya dapat arkib Zip. Untuk menjalankan mods tersebut, anda perlu mengekstraknya daripada arkib Zip ke dalam folder di mana Minetest mencari mods pihak klien untuk dijalankan. Ini bergantung kepada versi Minetest yang mana yang anda pasang.

Anda perlu menukar nama folder yang telah diekstrak kepada nama mods yang “teknikal” (cth. tukar nama <codecolour_chat-master kepada colour_chat). Anda selalunya boleh jumpa nama mods di dalam tajuk topik forum — Ianya nama terakhir dalam kurungan petak dekat tajuk topik. Contohnya, jika tajuknya [clientmod] Gelak Sakan Nampak [1.0] [gelaklagi], maka foldernya mestilah dinamakan gelaklagi.

Jika direktori yang dinyatakan di bahagian bawah tidak wujud, cipta ia secara manual.

Direktori pemasangan

Tempat biasa untuk pasangkan mods pihak klien ialah dekat $path_user/clientmods/. Ini bersamaan dengan tempat-pasang-minetest/clientmods/ dalam terbitan Windows rasmi dan terbitan GNU/Linux yang membolehkan tetapan RUN_IN_PLACE serta ~/.minetest/clientmods/ dalam versi Minetest dipasang secara menyeluruh.

  • Berikut ditunjukkan lokasi folder clientmods di dalam struktur folder pemasangan run-in-place Minetest, termasuk beberapa folder yang Minetest tambah selepas bermain sekejap sebagai klien dan pelayan, dan juga posisi (…) di mana kandungan buat sendiri boleh dimasukkan. Folder tidak berkaitan tidak dikembangkan.
minetest/
├── bin/
├── builtin/
├── cache/
├── client/
├── clientmods/
│   └── … (mods pihak klien tambahan yang dipasang)
├── doc/
├── fonts/
├── games/
│   ├── minetest_game/
│   ├── minimal/
│   └── … (subpermainan lain yang dipasang)
├── locale/
├── mods/
│   └── … (mods dan pek mods tambahan yang dipasang)
├── textures/
│   ├── base/
│   │   └── pack/
│   └── … (pek tekstur tambahan yang dipasang)
└── worlds/
    └── … (dunia yang disimpan. Ada dunia dengan mods eksklusif)

Selepas mengekstrak mods pihak klien ke dalam folder yang dinyatakan, anda perlu memberitahu ia untuk dimuatkan. Ini boleh dilakukan dengan menambah baris load_mod_<nama-mods-pihak-klien> = true ke dalam fail mods.conf di dalam direktori clientmods. Kemudian, anda perlu pastikan mods pihak klien dibolehkan. Untuk membolehkannya, tekan pada “Tetapan Lanjutan” atau “Advanced Settings” di dalam tab “Tetapan” atau “Settings” dekat Menu Utama. Dalam petak carian, tulis mods klien atau client modding dan tekan “Cari” atau “Search”. Jika tetapan tadi dilumpuhkan, dwiklik atau tekan “Edit” dan gunakan menu terturun untuk membolehkannya.

Ambil perhatian bahawa mods pihak klien dibolehkan untuk semua dunia dan pelayan sekiranya anda telah memasang dan memuatkan mods tersebut.

Contoh struktur

Dalam contoh ini, mods pihak klien “colour_chat”, “csm_who_plus”, dan “debugger” dipasangkan:

    clientmods/
    ├── colour_chat/
    │   ├── init.lua
    │   └── README.md
    ├── csm_who_plus/
    │   ├── init.lua
    │   ├── LICENSE.md
    │   ├── README.md
    │   ├── screenshot.png
    │   └── screenshot2.png
    ├── debugger/
    │   ├── doc/
    │   │   ├── screenshots
    │   │   │   └── …
    │   │   └── form_editor.md
    │   ├── textures/
    │   │   └── debugger_form_editor.png
    │   ├── init.lua
    │   ├── LICENSE
    │   └── README.md
    └── mods.conf