Installing Mods/ms

From Minetest Wiki
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • Deutsch • français • italiano • Bahasa Melayu

Pertimbangan keselamatan

Sebelum memasang mana-mana mods, sila pastikan anda menerimanya daripada sumber yang anda percayai. Kod berbahaya boleh merosakkan komputer anda, mengancam privasi anda atau menyebabkan komputer anda turut serta dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Memasang mods

Selepas memuat turun sebuah mods (cth. dari forum Penerbitan Mods ), anda selalunya dapat arkib Zip. Untuk menjalankan mods tersebut, anda perlu mengekstraknya daripada arkib Zip ke dalam folder di mana Minetest mencari mods untuk dijalankan. Ini bergantung kepada versi Minetest yang mana yang anda pasang.

Anda perlu menukar nama folder yang telah diekstrak kepada nama mods yang “teknikal” (cth. tukar nama PilzAdam-carts-70cc4f4 kepada carts). Anda selalunya boleh jumpa nama mods di dalam tajuk topik forum — Ianya nama terakhir dalam kurungan petak dekat tajuk topik. Contohnya, jika tajuknya [Mod] Gelak Sakan Nampak [1.0] [gelaklagi], maka foldernya mestilah dinamakan gelaklagi.

Jika direktori yang dinyatakan di bahagian bawah tidak wujud, cipta ia secara manual.

Memasang pek mods

Sebuah pek mods dipasang dengan cara yang sama dengan mods, tetapi selalunya anda tidak perlu menukar nama direktori pek mod tersebut. Cuma pastikan nama folder tersebut tidak sama dengan nama mods atau pek mods lain yang dipasang.

Direktori pemasangan

Setakat versi 0.4.7, mods dipasang secara menyeluruh dan ia boleh dibolehkan mengikut dunia.

Tempat biasa untuk pasangkan mods ialah dekat $path_user/mods/. Ini bersamaan dengan tempat-pasang-minetest/mods/ dalam terbitan Windows rasmi dan terbitan GNU/Linux yang membolehkan tetapan RUN_IN_PLACE serta ~/.minetest/mods/ dalam versi Minetest dipasang secara menyeluruh.

  • Berikut ditunjukkan lokasi folder mods di dalam struktur folder pemasangan run-in-place Minetest, termasuk beberapa folder yang Minetest tambah selepas bermain sekejap sebagai klien dan pelayan, dan juga posisi (…) di mana kandungan buat sendiri boleh dimasukkan. Folder tidak berkaitan tidak dikembangkan.
minetest/
├── bin/
├── builtin/
├── cache/
├── client/
├── doc/
├── fonts/
├── games/
│   ├── minetest_game/
│   ├── minimal/
│   └── … (subpermainan lain yang dipasang)
├── locale/
├── mods/
│   └── … (mods dan pek mods tambahan yang dipasang)
├── textures/
│   ├── base/
│   │   └── pack/
│   └── … (pek tekstur tambahan yang dipasang)
└── worlds/
    └── … (dunia yang disimpan. Ada dunia dengan mods eksklusif)

Selepas mengekstrak mods ke dalam folder yang dinyatakan, anda perlu membolehkannya untuk dunia anda. Ini boleh dilakukan melalui antaramuka pengguna grafikal (GUI) dengan menekan butang “Konfigurasi” atau “Configure” dalam menu pemilihan dunia, atau dengan menambah baris load_mod_<nama-mods> = true di dalam fail world.mt yang wujud dalam direktori dunia.

Ambil perhatian bahawa mods yang baru dipasang dilumpuhkan untuk semua dunia pada asalnya, anda perlu membolehkan mereka secara manual.

Direktori tambahan untuk pemasangan (semua versi Minetest)

Tempat lain untuk pasang mods ialah direktori-dunia/worldmods/, $path_share/mods/ dan $<path_user, path_share>/games/<gameid>/mods/.

Ambil perhatian bahawa pengguna sepatutnya pasangkan mods dalam direktori pemasangan yang biasa dan bukannya dalam direktori tambahan. Juga ambil perhatian bahawa salinan mods yang sama dekat tempat berbeza mampu mencipta konflik di antara mods.


Perbezaan antara tiga jenis tempat di mana mods boleh disimpan:

  • dalam folder /game/<nama-subpermainan>/mods seperti di dalam folder "Minetest Game", ianya boleh berada dekat <sesuatu-tempat>/minetest/games/minetest_game/mods atau <tempat-lain>/minetest(atau "titik"minetest)/games/minetest_game/mods.

Mana-mana mods di dalam folder subpermainan dianggap sebagai mods yang direka untuk subpermainan tersebut dan mereka tidak boleh dilumpuhkan. Mods-mods ini digunakan untuk kesemua peta yang dicipta dengan subpermainan ini tetapi tidak digunakan dekat peta yang dicipta oleh subpermainan yang lain (walaupun banyak subpermainan mempunyai mods yang sama)

  • dalam foler /mods yang selari secara teknikalnya kepada folder /bin di mana atur cara pelaksanaan berada.

Dalam pemasangan berbeza, ia boleh berada di lokasi minetest yang berbeza seperti folder berkongsi, sistem/permainan, pengguna atau folder tersembunyi. Hanya mods dekat tempat ini boleh dilumpuhkan/dibolehkan. Mods dalam folder ini boleh dijalankan dengan mana-mana peta yang dicipta oleh mana-mana subpermainan. Tempat inilah yang paling mudah untuk menyebabkan konflik mods yang mungkin mampu meruntuhkan minetest.

  • dalam folder /worlds/<nama-dunia>/worldmods di dalam subfolder peta yang spesifik yang mengandungi data peta. Mods dalam folder worldmods tidak boleh dilumpuhkan dan akan hanya dijalankan apabila peta ini dimuatkan. Mereka tidak boleh diakses daripada mana-mana peta yang lain.

Contoh struktur

Dalam contoh ini, mods “carts” dan “tnt”, serta pek mods “mesecons” dipasangkan:

    mods/
    ├── carts/
    │   ├── init.lua
    │   ├── functions.lua
    │   ├── depends.txt
    │   ├── README.txt
    │   ├── textures/
    │   │   ├── carts_top.png
    │   │   └── …
    │   └── models/
    │       ├── cart.x
    │       └── …
    ├── tnt/
    │   ├── init.lua
    │   ├── depends.txt
    │   ├── README.txt
    │   ├── textures/
    │   │   ├── tnt_side.png
    │   │   └── …
    │   └── sounds/
    │       ├── tnt_explode.ogg
    │       └── …
    └── mesecons/
        ├── modpack.txt
        ├── mesecons/
        │   ├── init.lua
        │   └── …
        ├── mesecons_alias/
        │   ├── init.lua
        │   └── …
        ├── mesecons_blinkyplant/
        │   ├── init.lua
        │   └── …
        ├── mesecons_button/
        │   ├── init.lua
        │   └── …
        ├── …