Kelp/ms

From Minetest Wiki
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • Deutsch • Bahasa Melayu
Kelpa
Kelp.png
Sebuah blok dalam Minetest Game
Jenis Tumbuhan Berakar
Menjatuhkan Diri Sendiri
Ikut Fizik Tidak
Bercahaya Tidak
Boleh Dibakar Tidak
Blok Dijana Ya (kecuali dalam janapeta v6)
Boleh Diperbaharui Tidak
Boleh Ditindan Ya (99)
Rentetan Item default:sand_with_kelp

Kelpa (BIKelp) ialah tumbuhan berakar yang hanya tumbuh dalam air atau blok berupa air di atas blok berupa pasir yang tidak akan jatuh. Tumbuhan kelpa mempunyai ketinggian rawak yang merangkumi beberapa blok.

Pertumbuhan semulajadi

Ia tumbuh secara semulajadi di lautan tenang dan sejuk di atas pasir biasa di air cetek dalam iklim tenang dan sejuk.

Blok ini tidak dijana dalam penjana peta v6.

Kegunaan

Untuk mengambil kelpa, anda boleh halakan kepada tumbuhan itu sendiri ataupun blok berupa pasir di bawahnya dan tebas menggunakan pedang (lebih laju) atau gunakan tangan anda.

Untuk meletakkan kelpa, anda mesti letakkan ia di bawah lajuran blok berupa air (cth. dalam tasik atau lautan) pada kedalaman sekurang-kurangnya 4 blok. Peletakan mungkin gagal pada kedalaman yang cetek kerana kelpa mungkin cuba untuk “tumbuh” lebih tinggi dan gagal. Dalam kes tersebut, cuba lagi sehingga ia berjaya diletakkan.

Kepelikan

Walaupun blok bawahnya kelihatan seperti pasir, ia sebenarnya blok yang berlainan. Tidak seperti pasir sebenar, ia tidak jatuh dan berkongsi ciri perlombongan dengan kelpa. Malahan, kelpa dan “pasir palsu” tersebut ialah satu unit.