Item stack/ms

From Minetest Wiki
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • Deutsch • français • Bahasa Melayu

Tindanan item (BIitem stack) merupakan koleksi pelbagai item daripada jenis yang sama. Semua jenis item mempunyai had tindanan, ianya mustahil untuk menindan mana-mana item melebihi had tindanan.

Kemunculan

Tindanan item boleh disimpan di dalam inventori dan boleh juga muncul dalam dunia itu sendiri.

Dalam inventori

Dalam inventori, tindanan item dilambangkan dengan sebuah ikon dan ada kalanya mempunyai nombor. Nombor tersebut menunjukkan saiz tindanan item. Sekiranya tiada nombor, saiznya ialah 1. Sila rujuk kawalan inventori untuk arahan penggunaan tindanan item di dalam inventori.

Dalam dunia

Tindanan item yang dijatuhkan
Item entity.png
Sebuah objek dalam Minetest
Mata Kesihatan
Perlanggaran Objek Tidak
Perlanggaran Blok Ya
Rentetan Entiti __builtin:item
Beberapa tindanan item yang dijatuhkan

Tindanan item muncul dalam dunia sebagai objek. Mereka dilambangkan sebagai simbol sesuatu. Untuk blok, simbolnya ialah item versi-mini yang berputar. Benda lain diwakilkan dengan ikon inventori mereka.

Dalam dunia, sebarang item yang dijatuhkan akan muncul sebagai satu objek walaupun tindanannya bersaiz 99. Namun tindanan item dengan saiz tindanan yang lebih besar akan kelihatan lebih besar daripada tindanan item dengan saiz tindanan yang lebih kecil.

Sebuah tindanan item boleh dikutip dengan mengetuk ia.

Tindanan item bergantung kepada graviti. Jika banyak tindanan item daripada jenis item yang sama jatuh ke kedudukan blok yang sama, mereka akan bergabung menjadi satu objek selagi mana had tindanan belum sampai. Tindanan item yang dijatuhkan mempunyai jangka hayat. Jika mereka kekal dalam dunia terlalu lama, mereka akan hilang. Jangka hayat boleh diubah melalui fail minetest.conf menggunakan nilai item_entity_ttl.

Tindanan item yang dijatuhkan boleh muncul untuk pelbagai sebab termasuklah:

  • Seseorang pemain menjatuhkan mereka (aduh!)
  • Seseorang pemain menggali blok tetapi tidak ada ruang dalam inventorinya
  • Sesetengah mob mati
  • (acara lain juga boleh jadi)

Tindanan item dalam Minetest Game

Semua alatan dan senjata mempunyai had tindanan bersaiz 1. Semua item yang lain mempunyai had tindanan bersaiz 99.

Tindanan item yang dijatuhkan yang bersifat mudah terbakar akan musnah menjadi kepulan asap sekiranya mereka dibiarkan di dalam lava atau api terlalu lama. Item yang bersifat tidak mudah terbakar pula akan selamat.

Tindanan item dalam subpermainan lain

Permainan-permainan lain boleh menetapkan had tindanan secara bebas untuk semua item.

Kebanyakannya juga mengubah secara sepenuhnya perlakuan tindanan item yang dijatuhkan. Beberapa perubahan umum termasuklah:

  • Magnet item (item magnet): Apabila pemain berdiri dekat dengan item yang dijatuhkan, ia tertarik kepada anda seperti magnet dan item tersebut akan dikutip secara automatik. Tidak perlu mengetuk untuk mengutip item
  • Arus air (water flow): Item-item yang dijatuhkan akan bergerak mengikut arus air
  • Pemusnahan (destruction): Semua item akan musnah sekiranya mereka tersentuh lava atau api