Ores/ms

From Minetest Wiki
Jump to: navigation, search
Languages Bahasa: English • Deutsch • français • 日本語 • Bahasa Melayu

Halaman ini ialah gambaran keseluruhan bijih-bijih yang boleh dijumpai dalam Minetest Game. Artikel ini tepat untuk versi 0.4.16. Versi-versi yang lain mungkin berbeza maklumatnya!

Contents

Fakta umum

Semua bijih dijana dengan menggantikan batu pada ketinggian tertentu dan ia sentiasa terbentuk dalam gugusan.

Bijih bawah tanah

Penjanaan bijih di bawah tanah mudah sahaja: Semakin dalam ke bawah anda masuk, semakin banyak anda boleh jumpa. Bijih dijana bermula dari ketinggian Y = 64 dan ke bawah, bermula dengan bijih arang batu dan lebih banyak bijih yang lebih berharga apabila turun semakin dalam. Pada kedalaman Y = -1024 dan ke bawah, semua bijih boleh dijumpai pada kemungkinan maksimum. Semua bijih (kecuali bongkah mese) dijana dalam 2 variasi: gugusan kecil dan gugusan besar. Variasi gugusan kecil mempunyai jumlah bijih yang sedikit, jarang dijumpai dan selalunya di kawasan yang lebih tinggi; manakala variasi gugusan besar selalunya mempunyai jumlah bijih yang lebih banyak, lebih kerap dijumpai dan selalunya di kawasan yang lebih dalam.

Bijih langit

Semua bijih juga boleh dijana dengan jumlah yang banyak pada ketinggian Y=1025 dan ke atas (iaitu tinggi di atas langit), selagi mana wujudnya batu. Tidak seperti penjanaan bijih bawah tanah, bijih langit tidak menjadi lebih mudah dijumpai apabila anda naik lebih atas kerana semua bijih sudah pun mudah dijumpai mulai ketinggian Y=1025.

Ambil perhatian bahawa bijih masih memerlukan batu sebelum ia dijana. Ini bermakna anda tidak akan jumpa sebarang bijih langit dalam penjana peta v5, v6, v7, valleys dan flat sekiranya tidak mengubah tetapan asal kerana tiada batu yang dijana terlalu tinggi. Namun jika anda gunakan tetapan penjana peta sendiri, penjana peta yang dibuat mods khas atau penjana peta fractals yang menjana batu pada ketinggian melampau ini, anda akan jumpa banyak bijih pada ketinggian tersebut.

Zon bebas bijih

Tiada bijih akan dijana bermula pada ketinggian Y = 65 sehinggalah Y = 1024.

Gambaran keseluruhan bijih

Nota: Semua nombor jumlah disenarai merujuk kepada Minetest Game 0.4.16 dan ia mungkin berbeza untuk versi yang lain.

Jenis bijih Menjatuhkan Alat paling asas diperlukan untuk menggalinya Jumlah bijih dalam gugusan[1] Gugusan kecil mulai Y ≤ Gugusan besar mulai Y ≤ Atas langit mulai Y ≥ Peluang gugusan kecil[2] Peluang gugusan besar[3]
Coal Ore.png Bijih Batu Arang Coal.png 1 Longgokan Batu Arang Wooden Pickaxe.png Beliung Kayu 8-27 64 0 1025 0.195% 0.007%
Iron Ore.png Bijih Besi Iron Lump.png 1 Longgokan Besi Stonepick.png Beliung Batu 5-27 0 −64 1025 0.291% 0.007%
Copper Ore.png Bijih Tembaga Copper Lump.png 1 Longgokan Tembaga Stonepick.png Beliung Batu 4-5 −16 −64 1025 0.057% 0.137%
Tin ore.png Bijih Timah Tin Lump.png 1 Longgokan Timah Stonepick.png Beliung Batu 4-5 −32 −128 1025 0.046% 0.100%
Gold Ore.png Bijih Emas Gold Lump.png 1 Longgokan Emas Stonepick.png Beliung Batu 3-5 −64 −256 1025 0.045% 0.029%
Mese Ore.png Bijih Mese Mese Crystal.png 1 Kristal Mese Steel Pickaxe.png Beliung Keluli 3-5 −64 −256 1025 0.036% 0.017%
Diamond Ore.png Bijih Intan Diamond.png 1 Berlian Steel Pickaxe.png Beliung Keluli 4 −128 −256 1025 0.029% 0.020%
Mese Block.png Bongkah Mese Mese Block.png 1 Bongkah Mese Steel Pickaxe.png Beliung Keluli 3 −1024 Tiada 1025 0.002% Tiada
  1. Ini ialah jumlah bijih tipikal. Ia boleh menjadi kurang sekiranya struktur lain (seperti kurungan bawah tanah) dijana dekat dengan bijih dan memusnahkan bijih. Ia juga boleh menjadi banyak sekiranya dua atau lebih gugusan dijana dekat dengan satu sama lain
  2. Peluang untuk menjana gugusan kecil di bawah tanah bagi jumlah batu pada sesuatu masa
  3. Peluang untuk menjana gugusan besar di bawah tanah bagi jumlah batu pada sesuatu masa