Difference between revisions of "Help:Translation Notes/ms"

From Minetest Wiki
Jump to navigation Jump to search
(→‎Istilah untuk Item: Add note on Malay word ''air'' which means ''water'' to avoid confuse with English word ''air''.)
(→‎Istilah untuk item: Add note to translate "gravel" as "kelikir" and not "kerikil" even though both has same meaning "gravel" as there's differences between the Malay words that's not noticed in English)
Line 73: Line 73:
 
# Untuk perkataan ''orange'', gunakan ''jingga'' sekiranya ia merujuk kepada warna dan gunakan ''oren'' sekiranya ia merujuk kepada buah. Untuk benda yang lain daripada warna dan buah, gunakan akal fikiran untuk tetapkan sama ada ia lebih dekat kepada warna ataupun dekat kepada buah.
 
# Untuk perkataan ''orange'', gunakan ''jingga'' sekiranya ia merujuk kepada warna dan gunakan ''oren'' sekiranya ia merujuk kepada buah. Untuk benda yang lain daripada warna dan buah, gunakan akal fikiran untuk tetapkan sama ada ia lebih dekat kepada warna ataupun dekat kepada buah.
 
# Jangan keliru di antara perkataan bahasa Inggeris ''air'' yang bermaksud ''udara'' dengan perkataan bahasa Melayu ''air''. ''Air'' dalam bahasa Inggerisnya ditulis sebagai ''water''.
 
# Jangan keliru di antara perkataan bahasa Inggeris ''air'' yang bermaksud ''udara'' dengan perkataan bahasa Melayu ''air''. ''Air'' dalam bahasa Inggerisnya ditulis sebagai ''water''.
 +
# Jangan keliru di antara ''kelikir'' dan ''kerikil''. Blok ''gravel'' adalah ditulis sebagai ''kelikir'' walaupun ''kerikil'' juga terjemahan untuk ''gravel'', hal ini kerana sifat blok ''gravel'' di dalam Minetest itu lebih kepada ''kelikir'' (sejenis pasir berbatu, digali guna penyodok) dan bukannya ''kerikil'' (sejenis batu berpasir, digali guna beliung).
  
 
[[Category:Malay]]
 
[[Category:Malay]]

Revision as of 10:56, 19 May 2017

Languages Bahasa: English • Deutsch • français • Bahasa Melayu • polski

This page contains information for Malay translators.

Pemiawaian istilah asas

Sila pastikan istilah-istilah berikut digunapakai. Senarai penuh boleh dilihat di dalam glosari Weblate Minetest.

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Keterangan
client klien
server pelayan Ini adalah istilah rasmi bahasa Melayu dan digunapakai dalam Kamus Dewan, Kamus Komputer dan buku-buku berkaitan komputer dalam bahasa Melayu
map peta
map generator penjana peta
mapgen penjana peta Istilah Inggeris mapgen hanyalah kependekan untuk map generator oleh itu guna terjemahan untuk istilah asal.
mode mod
mod / mods mods Istilah Inggeris tunggal mod atau jamaknya mods adalah kependekan untuk modifications (modifikasi). Untuk terjemahan, gunakan mods sebagai singkatan modifikasi supaya tidak keliru dengan perkataan Melayu mod yang membawa maksud Inggeris mode. Untuk kata jamak Melayu, gunakan kata ganda mods-mods.
flags bendera Istilah rasmi bahasa Melayu dalam bidang komputer dan teknologi.
node nod Istilah rasmi bahasa Melayu dalam bidang komputer dan teknologi.
block blok Digunakan untuk istilah teknikal yang tidak merujuk kepada barangan sebenar, contohnya: Kelegapan blok, Bentuk blok
bongkah Digunakan untuk barangan sebenar, contohnya: Bongkah Gangsa, Bongkah Arang
game permainan Istilah rasmi bahasa Melayu dalam bidang komputer dan teknologi.
subgame subpermainan Awalan sub- digabungkan dengan permainan, ini istilah di dalam enjin permainan dan resam ini mesti diikut.
spawn lahir Digunakan untuk perbuatan mewujudkan sesuatu, contohnya, spawn egg menjadi telur kelahiran, spawn an animal menjadi lahirkan haiwan.
permulaan Digunakan untuk titik atau kawasan seseorang itu dilahirkan ke dunia atau dilahirkan ke sesuatu tempat, contohnya, spawn area menjadi kawasan permulaan, city spawn menjadi permulaan bandar.
respawn lahir semula
noclip ketidakketipan Istilah rasmi untuk clip adalah ketip dalam bidang komputer dan teknologi, tidakketip adalah perkataan rekaan untuk noclip, kapitan ke…an ditambah untuk menunjukkan perihal tidakketip.
deprecated terkecam Tiada istilah rasmi dalam bidang komputer, tetapi istilah Inggeris deprecate secara umumnya bermaksud kecam iaitu menegur keburukan. Gunakan istilah ini sehingga istilah rasmi dikeluarkan dalam bahasa Melayu.
minimap peta mini
screenshot tangkapan layar Istilah rasmi bahasa Melayu dalam bidang Komputer dan Teknologi
noise hingar Istilah rasmi bahasa Melayu dalam bidang Komputer dan Teknologi
noise parameter parameter hingar
anisotropic filter tapisan anisotropik
item item Istilah khusus dalam Minetest yang resamnya perlu diikut
entity entiti Istilah khusus dalam Minetest yang resamnya perlu diikut
entities entiti-entiti Resam perlu diikut, tetapi pakai tatabahasa Melayu
instrumentation instrumentasi Ini adalah istilah dalam pengaturcaraan komputer, tiada padanan dalam bidang komputer dan menggunakan padanan dalam bidang muzik.
to instrument menginstrumentasikan Tiada istilah yang sesuai yang wujud, maka ia dicipta dengan perkataan instrumentasi.

Istilah untuk item

Apabila menerjemah artikel berkaitan item (alatan, senjata, blok, dll.), sila pastikan perkara berikut diikut.

  1. Hanya gunakan perkataan berlian untuk batu berlian (diamond), gunakan perkataan intan untuk benda lain seperti kapak intan (diamond axe) atau bongkah intan (diamond block).
  2. Istilah untuk pickaxe dalam bahasa Melayu ialah beliung walaupun beliung itu asalnya digunakan sebagai alat pengukir kayu.
  3. Untuk perkataan orange, gunakan jingga sekiranya ia merujuk kepada warna dan gunakan oren sekiranya ia merujuk kepada buah. Untuk benda yang lain daripada warna dan buah, gunakan akal fikiran untuk tetapkan sama ada ia lebih dekat kepada warna ataupun dekat kepada buah.
  4. Jangan keliru di antara perkataan bahasa Inggeris air yang bermaksud udara dengan perkataan bahasa Melayu air. Air dalam bahasa Inggerisnya ditulis sebagai water.
  5. Jangan keliru di antara kelikir dan kerikil. Blok gravel adalah ditulis sebagai kelikir walaupun kerikil juga terjemahan untuk gravel, hal ini kerana sifat blok gravel di dalam Minetest itu lebih kepada kelikir (sejenis pasir berbatu, digali guna penyodok) dan bukannya kerikil (sejenis batu berpasir, digali guna beliung).