User:Muhdnurhidayat/ms

From Minetest Wiki
< User:Muhdnurhidayat
Revision as of 10:52, 27 May 2017 by Muhdnurhidayat (talk | contribs) (Add category, contributions)
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • Bahasa Melayu
Muhdnurhidayat
Penterjemah Wiki Minetest
Nama pengguna Minetest muhdnurhidayat
Nama pengguna Github MuhdNurHidayat
Nama diberi Muhammad Nur Hidayat
Nasab Tidak dikongsikan
Dikenali sebagai MNH, Muhd
Nama panggilan Hidayat, Yatsuko
Masa MST (GMT+8)
Warganegara Malaysia
Benua Asia
Bahasa ibunda Bahasa Melayu
Bahasa kedua Bahasa Cina (Mandarin)[1]
Bahasa ketiga Bahasa Inggeris[2]
Bahasa keempat Bahasa Jepun[3]
Platform terjemahan Chrome for Android
Terjemahan pertama dalam Wiki Halaman Utama
Terjemahan pertama luar Wiki ?
Profil forum 20190

Muhdnurhidayat atau selalunya ditulis dengan huruf kecil semua muhdnurhidayat adalah pemain Minetest sejak 9 November 2016 dan telah membuat beberapa pelayan Minetest tempatan melalui LAN. Dia juga sedang mengawal sebuah pelayan atas talian.

Dia membuat keputusan untuk menterjemah Minetest ke dalam bahasa Melayu setelah mengetahui ianya belum wujud dalam bahasa Melayu. Dia menyumbang kepada Wiki Minetest sejak April 2017[4] dan menyumbang kepada terjemahan Minetest Game sejak Februari 2017.[5]

Muhdnurhidayat masih baharu dalam komuniti Minetest dan anda boleh baca lebih lanjut berkaitan bagaimana dia terjumpa Minetest dekat artikel laman webnya.

Pemberitahuan

Muhdnurhidayat tidak akan berhenti membuat terjemahan, cumanya dia tidak mampu membayar internetnya sendiri dan kini bergantung kepada internet orang lain. Oleh itu, dia hanya boleh menggunakan internet apabila orang tersebut ada bersamanya dan ini membuatkan proses terjemahan menjadi lebih pelahan. Dia juga mengutamakan bermain dekat sesetengah pelayan Minetest kerana dia mempunyai berpuluh projek pembinaan dekat situ, jadi dijangkakan dia akan menterjemah dengan lebih perlahan, tetapi dia BUKANNYA memberhentikan penterjemahan. Anda boleh membantunya membayar sedikit untuk internet sekiranya anda mahu, maklumat ada dalam tandatangan penuhnya.

Muhdnurhidayat

Nama pengguna Muhdnurhidayat adalah gabungan nama sebenarnya, Muhammad Nur Hidayat. Seperti kebiasaanya, Muhammad akan dipendekkan kepada Muhd apabila dirasakan terlalu panjang. Kebanyakan orang Malaysia boleh membaca Muhd dengan betul sebagai /muhammad/ tetapi bagi orang asing, dia terima sahaja bacaan lain perkataan tersebut seperti bunyi /məhʔ/ atau /məhdi/. Muhdnurhidayat juga dikenali sebagai Xi Daya (喜达亚) dalam bahasa Cina seperti ditulis dalam sijil tamat sekolah rendah, dan dikenali sebagai Yasuyoshi Yatsuko (安喜弥津子) iaitu nama yang diciptanya dalam bahasa Jepun.

Anda boleh menghubunginya melalui halaman perbincangannya sendiri], dengan menghantar mesej peribadi dalam forum Minetest, komen dekat perbincangan YouTube atau tweet dekat Twitter. Anda boleh menghubunginya dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina atau Jepun.

Sumbangan

Terjemahan melalui Weblate yang berkaitan dengan Minetest

  • Terjemahan bahasa Melayu dalam enjin Minetest.[6]
  • Terjemahan bahasa Melayu dalam Minetest Game.[7]
  • Terjemahan bahasa Melayu dalam Mods Android Manager.[8]
  • Terjemahan bahasa Melayu dalam Mods Lapis Lazuli.[9]
  • Terjemahan bahasa Melayu dalam Mods Storage Drawers.[10]

Berkaitan wiki

Berkaitan mods

  • Homedecor Modpack: Terjemahan bahasa Melayu.[11]
  • Waffles: Ubah cara pendaftaran resipi pertukangan.[12]

Gaya terjemahan

Muhdnurhidayat menterjemah dengan cara luar ke dalam, ini bermakna dia menterjemah halaman hadapan sebelum menterjemah halaman yang berpaut kepada halaman hadapan tersebut, dan ulang proses itu dengan halaman berpaut sebagai halaman hadapan yang baru.

Baca selanjutnya

Nota dan rujukan

  1. Mula belajar Bahasa Mandarin Piawai Malaysia (Malaysian Standard Mandarin) ketika tahun pertama tadika.
  2. Mula belajar Bahasa Inggeris Malaysia ketika tahun satu sekolah rendah.
  3. Mula belajar sendiri Bahasa Jepun ketika tingkatan dua sekolah menengah.
  4. Sumbangan Muhdnurhidayat terhadap Wiki Minetest (bahasa Inggeris)
  5. Pengguna Weblate - muhdnurhidayat (bahasa Inggeris)
  6. Sejarah Minetest (bahasa Inggeris)
  7. Sejarah mtg_i18n (bahasa Inggeris)
  8. Sejarah mtmods4android (bahasa Inggeris)
  9. Sejarah mod-lapis-lazuli (bahasa Inggeris)
  10. Sejarah mod-storage-drawers (bahasa Inggeris)
  11. PR
  12. PR