Dirt with Rainforest Litter/ms

From Minetest Wiki
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • Deutsch • 日本語 • Bahasa Melayu
Tanah Bersarap Hutan Hujan
Dirt with Rainforest Litter.png
Sebuah blok dalam Minetest Game
Jenis Bongkah Pepejal
Menjatuhkan Tanah (1)
Ikut Fizik Tidak
Bercahaya Tidak
Boleh Dibakar Tidak
Blok Dijana Ya (kecuali dalam janapeta v6)
Boleh Diperbaharui Tidak
Boleh Ditindan Ya (99)
Rentetan Item default:dirt_with_rainforest_litter

Tanah Bersarap Hutan Hujan (BI: Dirt with Rainforest Litter) hanya dijumpai secara semulajadi atas lantai biom hutan hujan. Blok ini tidak dijana dalam penjana peta v6. Tanah yang berdekatan akan bertukar menjadi tanah bersarap hutan hujan selepas terdedah kepada cahaya matahari untuk beberapa waktu. Ia boleh digali dengan penyodok; tangan pun boleh tapi lebih perlahan. Apabila digali, pemain akan dapat tanah yang biasa.

Ia menyokong tumbesaran dan penyebaran anak-anak pokok dan tumbuhan kecil, sama seperti Tanah Berumput. Blok ini boleh dibuat menjadi tanih dengan menggunakan cangkul.

Blok ini tidak boleh diambil oleh pemain secara sah, ia hanya boleh diambil dengan menggunakan perintah pelayan /give atau /giveme.

Blok ini akan bertukar menjadi tanah biasa semula sekiranya ia terlindung di bawah bayang terlalu lama.