Biomes/ms

From Minetest Wiki
Jump to: navigation, search
Languages Bahasa: English • Deutsch • français • Bahasa Indonesia • Bahasa Melayu

Biom (BIbiomes) dalam Minetest adalah sebahagian daripada penjanaan peta. Biom ialah kawasan dengan daratan, bawah tanah dan tumbuh-tumbuhan yang serupa.

Contents

Jenis-jenis biom

Biom bergantung kepada penjana peta yang digunakan. Kebanyakan penjana peta mempunyai biom yang sama kecuali dalam janapeta v6.

Nota: Blok ditulis tebal dalam lajur “Blok” ialah blok permukaan daratan biom tersebut.

v5, v7, valleys, carpathian, flat, fractal

Biom dalam penjana peta ini ditakrifkan oleh mods. Jika ia tidak ditakrifkan, kesemua penjana peta ini hanya menjana dunia batu. Biom dalam penjana peta ini tidak berkait dengan bentuk rupa bumi; ini bermakna mana-mana biom (termasuk kawasan rumput) boleh terbentuk dekat kawasan rata atau kawasan bergunung. Bahagian ini menunjukkan biom yang digunakan dalam Minetest Game.

Biom daratan

Nama Blok-blok Keterangan Gambar
Kawasan rumput
(BIGrassland)
Tanah Berumput, Tanah, Batu

Rumput, Bunga, Daun Belukar, Batang Belukar
Kawasan rumput mempunyai jumlah nod tanah dan blok tanah berumput yang sangat banyak, yang mana bunga-bungaan, rumput dan belukar boleh wujud secara semulajadi di kawasan ini. Bawah tanahnya diperbuat daripada batu.
Biom kawasan rumput, setakat versi 0.4.15
Hutan konifer
(BIConiferous forest)
Tanah Berumput, Tanah, Batu

Kayu Pokok Pain, Daun Pain, Rumput, Bunga, Cendawan Merah, Cendawan Perang
Hutan konifer membesar di kawasan yang lebih sejuk dan diisi dengan pokok pain. Kayu balak pokok pain tumbang dan cendawan-cendawan boleh dijumpai di sini juga. Biom yang serupa ialah taiga (lihat bawah).
Hutan pokok pain dalam versi 0.4.13.
Hutan daun luruh
(BIDeciduous forest)
Tanah Berumput, Tanah, Batu

Kayu Pokok Biasa, Daun Biasa, Kayu Pokok Aspen, Daun Aspen, Epal, Cendawan Merah, Cendawan Perang, Daun Belukar, Batang Belukar
Hutan daun luruh terbentuk di kawasan lebih panas dan menjadi rumah kepada pokok biasa, pokok epal dan pokok aspen. Seperti hutan-hutan yang lain, kayu-kayu balak tumbang juga boleh dijumpai di sini. Hutan daun luruh selalunya mengelilingi kawasan lapang.
Hutan dengan pokok biasa dan pokok aspen dalam versi 0.4.15
Hutan hujan
(BIRainforest)
Tanah Bersarap Hutan Hujan, Tanah, Batu

Rumput Hutan, Kayu Pokok Hutan, Daun Hutan, Cendawan Perang, Teratai
Hutan hujan (atau rimba) diperbuat daripada pokok hutan besar yang tumbuh secara rapat bersama. Rumput hutan dan kayu pokok hutan yang memegang daun hutan wujud secara semulajadi di sini. Dekat kayu balak pokok hutan tumbang, jarang-jarang ada cendawan perang.
Biom hutan hujan dalam janapeta v7 setakat versi 0.4.16
Savana
(BISavanna)
Tanah Berumput Kering, Tanah, Batu

Rumput Kering, Kayu Pokok Akasia, Daun Akasia, Daun Belukar Akasia, Batang Belukar Akasia
Savana ialah daratan kering yang bukan gurun. Ia dipenuhi rumput kering yang banyak dan kadang-kadang boleh jumpa pokok akasia dan belukar akasia. Terdapat juga beberapa kayu balak pokok akasia tumbang.
Savana dalam versi 0.4.15
Gurun
(BIDesert)
Pasir Gurun, Batu Gurun, Kaktus

Pokok Renek Kering
Gurun mengandungi pasir gurun dan batu gurun yang sangat banyak. Kaktus dan pokok renek kering juga wujud secara semulajadi atas daratan gurun. Kaktus boleh terbentuk dalam dua bentuk berbeza. Gurun terbentuk di kawasan panas dan kering.
Biom gurun dalam janapeta v7, setakat versi 0.4.15
Gurun batu pasir
(BISandstone desert)
Pasir, Batu Pasir

Pokok Renek Kering
Gurun batu pasir ialah kawasan tandus luas yang dilitupi pasir dengan batu pasir di bawahnya. Mereka terbentuk dalam klimat suhu tinggi dan kering.
Gurun batu pasir, setakat versi 0.4.15
Gurun sejuk
(BICold desert)
Pasir Perak, Batu

Pokok Renek Kering
Gurun sejuk ialah kawasan tandus luas yang dilitupi dengan pasir perak di atas batu. Mereka terbentuk di kawasan sejuk dan kering.
Gurun sejuk, setakat versi 0.4.15
Kawasan rumput bersalji
(BISnowy grassland)
Salji, Tanah Bersalji, Tanah, Batu

Daun Belukar, Batang Belukar
Biom kawasan rumput bersalji selalunya berada di sempadan kawasan rumput dan dilitupi dengan lapisan salji nipis di atas tanah bersalji. Beberapa belukar dilitupi salji boleh dijumpai di sini.
Kawasan rumput bersalji, setakat versi 0.4.15
Taiga
(BITaiga)
Salji, Tanah Bersalji, Tanah, Batu

Kayu Pokok Pain, Daun Pain, Pokok Renek Kering, Cendawan Perang, Cendawan Merah
Taiga ialah biom sejuk dilitupi salji dengan tumbuh-tumbuhan yang kaya beserta permukaannya yang penuh dengan salji dan tanah bersalji. Mereka kaya dengan pokok pain yang dilitupi salji. Dalam hutan pokok pain, jarang-jarang ada cendawan tumbuh di atas kayu balak pokok pain tumbang.
Pokok pain dalam biom taiga, setakat versi 0.4.13
Tundra
(BITundra)
Bongkah Salji, Batu,
Ais[1], Kelikir[1]
Tundra ialah biom tandus di klimat sangat sejuk tanpa sebarang tumbuh-tumbuhan dan hanya ada selapis bongkah salji di atas batu. Mereka biasa dijumpai di antara taiga, kawasan rumput bersalji dan glasier. Ini salah satu biom di mana bongkah salji (dan bukannya salji biasa) tercipta.

Dalam janapeta valleys, sungainya membeku dan diperbuat daripada ais namun ia mungkin susah dijumpai kerana selalunya mereka terkambus di bawah bongkah salji. Di bawah ais tersebut, anda boleh jumpa lantai sungai daripada kelikir.

Tundra dalam versi 0.4.15
Glasier
(BIGlacier)
Bongkah Salji, Ais,
Kelikir[1]
Glasier hanya terbentuk dalam kawasan paling sejuk dan diperbuat daripada ais yang sangat banyak, dilitupi lapisan bongkah salji yang tebal tanpa sebarang tumbuh-tumbuhan. Biom glasier boleh terbentuk bergunung seperti dalam tangkapan layar atau sangat rata. Biom glasier selalunya bersempadan dengan biom kepingan ais berhampiran lautan.

Dalam janapeta valleys, biom glasier mempunyai sungai membeku seperti dalam tundra.

Pembentukan glasier besar, bersempadan dengan biom salji biasa, setakat versi 0.4.13

Biom pantai, pesisir dan gumuk

Biom-biom ini terbentuk di antara biom daratan dan biom lautan.

Nama Blok-blok Keterangan Gambar
Gumuk kawasan rumput
(BIGrassland dunes),
Gumuk hutan konifer
(BIConiferous forest dunes)
Pasir

Rumput
Gumuk diperbuat daripada pasir yang mana kadang-kala ditumbuhi dengan rumput. Mereka terbentuk betul-betul 5 blok di atas paras laut dan bersempadan dengan kawasan rumput dan hutan konifer.
Gumuk kawasan rumput dalam versi 0.4.16
Pesisir hutan daun luruh
(BIDecidious forest shore)
Air, Tanah,

Teratai
Pesisir hutan daun luruh ialah kawasan yang berada di paras laut bersempadan dengan biom hutan daun luruh dan mempunyai tanah sebagai lantainya (bukannya pasir). Di kawasan air cetek, ada peluang untuk menjumpai teratai.
Pesisir hutan daun luruh dalam versi 0.4.16
Paya hutan hujan
(BIRainforest swamp)
Air, Tanah, Kayu Pokok Hutan, Daun Hutan, Teratai Paya hutan hujan ialah biom kecil yang hanya terbentuk di paras laut bersebelahan hutan hujan. Paya hutan hujan mempunyai pokok hutan sama seperti hutan hujan, tetapi akar mereka dibanjiri air. Teratai boleh muncul di sini di kawasan air cetek.
Biom paya hutan hujan setakat versi 0.4.15
Pesisir savana
(BISavanna shore)
Air, Tanah,

Papirus, Teratai
Pesisir savana selalunya kawasan kecil air cetek yang berlantaikan tanah. Ia terjadi apabila savana mencecah paras laut. Banyak papirus tumbuh di atas satu blok tanah, tetapi ia ialah satu-satunya tempat di mana papirus tumbuh secara semulajadi. Beberapa teratai juga boleh dijumpai di kawasan air cetek.
Pesisir savana dalam versi 0.5.0-dev
Pantai tundra
(BITundra beach)
Air, Kelikir Pantai tundra tiada apa-apa melainkan kelikir dan terbentuk apabila tundra bertemu dengan lautan.
Pantai tundra dalam versi 0.4.16

Biom lautan

Lautan ialah badan air yang besar dan selalunya mempunyai pasir sebagai lantai lautan dengan tompokan tanah liat. Terdapat beberapa biom lautan dalam Minetest Game, satu untuk setiap biom daratan. Setiap biom lautan mempunyai suhu dan keperluan kelembapan yang sama dengan yang ada di daratan.

Nama Blok Keterangan Gambar
Lautan tundra
(BItundra ocean), lautan taiga
(BItaiga ocean), lautan kawasan rumput bersalji
(BIsnowy grasland ocean), lautan kawasan rumput
(BIgrassland ocean), lautan hutan konifer
(BIconiferous forest ocean), lautan hutan daun luruh
(BIdeciduous forest ocean), lautan gurun sejuk
(BIcold desert ocean)
Air, Pasir, Tanah Liat, Batu Biom-biom lautan ini mempunyai pasir sebagai lantainya. Selain dari lautan tundra, lautan lain tersenarai mempunyai pantai pasir yang boleh naik sehingga 4 blok di atas paras laut. Seperti dalam kebanyakan biom lautan yang lain, gugusan tanah liat lebih biasa di dalam pasir dan terjadi di antara ketinggian Y=0 dan Y=-15.
Lautan dalam versi 0.4.16
Lautan savana
(BIsavanna ocean), Lautan hutan hujan
(BIrainforest ocean)
Air, Pasir, Tanah Liat, Batu,

Batu Karang, Rangka Karang
Lautan savana dan hutan hujan ialah masing-masing lautan yang bersempadan dengan savana dan hutan hujan. Terumbu karang boleh terbentuk dalam air dekat dengan permukaan.
Lautan savana dan lautan hutan hujan beserta terumbu karang dalam versi 0.4.16
Lautan gurun
(BIdesert ocean)
Air, Pasir, Tanah Liat, Batu Pasir,

Batu Karang, Rangka Karang
Gurun variasi lautan. Ia mempunyai batu gurun menggantikan batu. Terumbu karang boleh terbentuk dalam air dekat dengan permukaan.
Lautan gurun dalam versi 0.4.16
Lautan gurun batu pasir
(BIsandstone desert ocean)
Air, Pasir, Tanah Liat, Batu Pasir Gurun batu pasir variasi lautan. Ia mempunyai batu pasir menggantikan batu.
Lautan gurun batu pasir dalam versi 0.4.16
Kepingan ais
(BIIce sheet)
Bongkah Salji, Ais, Air, Pasir, Tanah Liat Kepingan ais ialah pending lautan kepada biom glasier, oleh itu ia hanya terbentuk di kawasan lautan paling sejuk dan bersempadan dengan biom glasier. Kepingan ais agak tinggi dan mempunyai selapis bongkah ais dengan banyak lapis sehingga sepuluh lapis ais di bawahnya, “terapung” di atas air dalam lautan dalam.
Kepingan ais dalam versi 0.4.15

v6

Biom dalam janapeta v6 agak ringkas, namun ada beberapa ciri unik yang tidak dijumpai dalam janapeta yang lain. Janapeta ini mempunyai beberapa biom dan 4 spesis pokok. Dalam janapeta v6, biom ada menentukan bentuk rupa bumi hingga ke suatu tahap.

Dalam Minetest Game, sesetengah blok tidak dijana langsung, namun tiada apa yang asas. Contohnya, tidak ada pokok aspen, pokok akasia dan batu karang.

Secara teknikalnya, penjana peta v6 mempunyai set biom pratakrif yang tidak boleh diubah secara terus oleh mods. Hasil dalam permainan berbeza selalunya serupa sahaja. Permainan selalunya hanya menambah benda kepada janapeta v6 dengan sesuatu yang dipanggil perhiasan, contohnya bunga dan rumput.

Biom

Nama Blok-blok Utama[2] Perhiasan[3] Keterangan Gambar
Normal
(BINormal)
Tanah Berumput, Tanah, Batu,

Kayu Pokok, Daun, Epal
Rumput, Bunga, Cendawan Perang, Cendawan Merah Biom Normal ialah biom paling biasa dalam janapeta v6 dan terbentuk di zon kawasan suhu sederhana. Ia merangkumi kawasan landai berumput dan hutan dengan pokok-pokok biasa dan pokok-pokok epal. Biom ini agak rata dan dilitupi Tanah Berumput. Kawasan landai ialah kawasan tanah rata yang luas. Hutan pula mengandungi Pokok biasa dan kadang-kalanya pokok epal.

Dalam Minetest Game, Rumput dan bunga merebak ke seluruh biom; cendawan boleh tumbuh berhampiran pokok.

Kawasan landai, setakat versi 0.4.13
Hutan pokok biasa dalam versi 0.4.9
Gurun
(BIDesert)
Pasir Gurun, Batu Gurun Kaktus, Pokok Renek Kering Gurun mempunyai pasir gurun dan batu gurun yang sangat banyak dan selalu ada cenuram besar atau ngarai. Gurun selalunya dilitupi dengan pasir gurun, namun di beberapa cenuram batu gurun terdedah tanpa pasir gurun di atasnya. Gurun mewujudkan sungai dan tasik bawah tanah yang boleh mencecah 200 blok dalamnya.

Dalam Minetest Game, Kaktus dan pokok renek kering juga tumbuh secara semulajadi secara berkelompok di atas pasir gurun. Gurun membentuk sungai dan tasik bawah tanah yang boleh berada sehingga 200 blok dalamnya. Kaktus terbentuk dalam bentuk “menegak” dengan tinggi sehingga 4 blok.

Biom gurun, setakat versi 0.4.7
Rimba
(BIJungle)
Tanah Berumput, Tanah, Batu,

Kayu Pokok Hutan, Daun Hutan, Rumput Hutan
Bunga, Rumput Rimba mempunyai pokok-pokok hutan besar yang tumbuh menebal secara rapat-rapat bersama. Rumput hutan dan kayu pokok hutan memegang daun hutan tumbuh secara semulajadi di sini.

Dalam Minetest Game, bunga dan Rumput mungkin muncul di sini, tetapi hanya jarang-jarang ada, maka Rumput Hutan selalunya mendominasi rimba.

Biom rimba setakat versi 0.4.16
Taiga
(BITaiga)
Bongkah Salji, Tanah Bersalji, Batu,

Salji, Kayu Pokok Pain, Daun Pain
Permukaannyya dilitupi Bongkah Salji di atas Tanah Bersalji. Biom ini merangkumi juga kawasan landai bersalji dan hutan Pokok Pain yang dilitupi Salji.
Dua ciri utama taiga: bongkah salji dan pokok pain (versi 0.4.15)
Tundra
(BITundra)
Tanah Bersalji, Salji, Batu Pokok Renek Kering Tundra ialah padang terbuka luas dengan tanah bersalji di atasnya tanoa sebarang pokok. Dalam Minetest Game, padang ini ditumbuhi beberapa pokok renek kering.

Terdapat juga variasi kurang biasa untuk biom ini di mana permukaannya hanyalah salji betul-betul di atas batu, mendedahkan sisi batu. Tiada pokok renek kering boleh dijumpai di sini. Variasi ini boleh berlaku kadang-kadang di penara.

Biom tundra dalam versi 0.4.15
  1. 1.0 1.1 1.2 Blok ini hanya dijana dalam janapeta valleys
  2. Blok dijana oleh janapeta v6 teras
  3. Blok-blok tambahan daripada Minetest Game, boleh dikawal dengan bendera penjana peta decorations. Lihat juga: Ciri-ciri terkongsi

Sifat landskap

Sifat landskap terbentuk secara (agak) berasingan daripada biom.

Nama Blok Keterangan Gambar
Pantai pasir
(BISand beach)
Air, Pasir, Tanah Liat, Batu Pantai pasir diperbuat daripada pasir dan terbentuk pada ketinggian Y=2 ke bawah, iaitu dekat dengan paras laut secara lalai. Pantai pasir selalu menjangkau dalam lautan, dengan senangnya menukarkan banyak lantai laut menjadi pasir. Pasir menggantikan lantai biom lain. Bergantung kepada bentuk rupa bumi, pantai pasir boleh menjadi pendek atau sangat panjang dan luas (seperti dalam tangkapan layar). Tanah liat boleh dijumpai di pasir dan terbentuk dalam “tompokan” kecil atau sederhana di bawah air (Secara teknikalnya, tanah liat dijana seperti bijih oleh Minetest Game).

Pantai pasir dijana berdasarkan ketinggian dan hingar Perlin; secara teknikalnya mereka dijana secara bebas daripada air di lautan. Kesan ini boleh dilihat sekiranya paras air (dengan tetapan water_level) telah dikurangkan.

Pantai pasir bersempadan dengan gurun dalam versi 0.4.15
Lautan
(BIOcean)
Air, Batu, Tanah, Pasir Lautan hanyalah badan air yang besar yang mencapai sekitar 25 blok dalamnya dengan permukaan air pada ketinggian Y=0 di seluruh dunia (secara lalainya). Lantai lautan semulajadi ialah tanah (berbeza daripada janapeta lain), namun pasir juga menjadi biasa kerana wujudnya pantai pasir. Lautan selalunya tersebar antara 250-300 blok, namun ia boleh diubah lebih lagi. Lautan ialah ciri landskap yang dimasukkan sekitar versi 0.2.20110731_1 Pre-Alpha.
Lautan luas dalam versi 0.4.15
Pulau
(BIIsland)
Semua blok daripada biom v6, Air Pulau terbentuk banyak kali di lautan. Pulau selalunya muncul daripada tanah setinggi 3-10 blok, tetapi boleh menjadi setinggi 40-80 blok.
Pulau gaya pantai yang kecil, setakat versi 0.4.7
Gunung
(BIMountain)
Blok serupa seperti hutan dan kawasan landai Gununglah paling bahaya. Pokok tumbuh secara semulajadi di sini. Sangat mudah untuk terbunuh di rupa bumi gunung jika anda tidak ambil perhatian ke mana anda sedang bergerak.
Gunung, sebelum versi 0.4.7
Kepingan ais
(BIIce sheet)
Ais, Air, Tanah, Pasir Kepingan ais ialah dua lapisan ais di atas air laut. Mereka dijana apabila biom taiga atau tundra melanggar laut.
Kepingan ais dalam versi 0.4.15
Penara
(BIPlateau)
Hampir kesemua blok daripada biom v6 Struktur gergasi yang mula kelihatan sejak versi 0.4, penara sangat biasa dijumpai di gurun dan juga rupa bumi bergunung. Penara juga boleh terapung di atas tanah dan menjana biom miniatur di atasnya.
Penara, setakat versi 0.4.7
Gua air
(BIWater cave)
Air, Batu Gua air ialah gua yang hanya terjadi di paras laut, yang bertukar menjadi sungai atau tasik luas di bawah tanah. Dalam kes ekstrim, gua-gua ini boleh menyambung sehingga ribuan blok ke bawah dan sangat senang untuk sesat di dalamnya.
Gua air, setakat versi 0.4.7
Padang kelikir
(BIGravel field)
Kelikir Kadang-kadang, padang kelikir yang sangat luas boleh muncul di permukaan. Kawasan ini tidak ada apa-apa melainkan kelikir. Padang kelikir boleh terjadi di mana-mana biom dan hanya menggantikan bahan permukaan mereka (cth. tanah berumput) dengan kelikir.
Padang kelikir dalam versi 0.4.15

Sejarah

Pembangunan Minetest

Janapeta kekalutan masa awal, tiada biom langsung
Biom yang tidak boleh ditakrifkan (sebelum versi 0.0.1)
Janapeta versi 6 yang awal dengan biom hutan dan gurun (versi 0.4.0)
Biom salji dalam janapeta v6 (versi 0.4.13)
Janapeta v7 yang menyokong API Biom. Menunjukkan kawasan rumput berbatu pasir yang kini telah dibuang daripada Minetest Game (versi 0.4.13)
  • Sebelum Minetest mempunyai nombor versi, biom tidak boleh ditakrifkan dan hanya mempunyai empat bahan: rumput, batu, cahaya dan "air" (seperti dalam gambar).
  • Versi 0.0.1: Baru ada biom sebenar, tetapi sebelum versi 0.2.20110529 Pre-Alpha penjanaan peta agak berserabut. Biom akan merentasi sesama sendiri, dan secara amnya biom tidak dapat ditakrifkan.
  • Versi 0.3.0 dan sebelumnya: Biom-biom sangat asas. Hanya ada kawasan rumput, hutan, lautan dan pantai.
  • Versi 0.4.0: Penjana peta versi 6 diperkenalkan. Penjana peta ini mempunyai biom yang sama seperti versi-versi sebelumnya. Kemudian, gurun telah ditambah diikuti oleh rimba.
  • Versi 0.4.13: Taiga dan tundra telah ditambah ke dalam janapeta v6. Sekitar waktu ini, kerja-kerja API Biom telah bermula, tetapi ia tidak boleh digunakan lagi.
  • Versi 0.4.14: API Biom telah diperkenalkan untuk janapeta v7 yang membolehkan mods mencipta biom mereka sendiri dari awal. Ini peristiwa penting utama kerana API Biom lebih fleksibel berbanding biom v6 yang tidak boleh diubah; biom-biom boleh menjadi lebih kaya sekarang. Semua janapeta kini menyokong API Biom, kecuali janapeta v6 yang terus mempunyai biom yang tidak boleh diubah.

Biom-biom Minetest Game

  • Sebelum versi 0.4.14: Minetest Game tidak mencipta sebarang biom; semua biom dicipta sendiri oleh Minetest. Minetest Game hanya menambah beberapa perhiasan kepada janapeta v6 seperti bunga, papirus, kaktus dll.
  • Versi 0.4.14: Minetest Game mula menggunakan API Biom yang baru yang membuatkan janapeta v7 akhirnya sesuai untuk bermain. Minetest Game menggunakan API Biom untuk menambah glasier, kepingan ais, tundra, taiga, kawasan rumput berbatu, kawasan rumput batu pasir, hutan konifer, hutan daun luruh, gurun, savana, hutan hujan, paya dan pantai. Biom janapeta v6 tidak berubah.
  • Versi 0.4.15: Kawasan rumput bersalji, gurun sejuk dan gurun batu pasir telah ditambah. Kawasan rumput berbatu pasir telah dibuang.

Lihat juga

Untuk maklumat lanjut berkaitan perkembangan penjana peta, sila lihat halaman Perkembangan Penjana Peta.