Bongkah Mese (bacaan: mésé; AFA: [ˈmɛˌsɛ]) (BI: Mese Block) ialah bijih yang paling susah dijumpai dan blok yang ketiga paling susah dijumpai dalam Minetest Game. Bongkah mese mula dijumpai sangat dalam di bawah tanah, bermula dari kedalaman Y=-1024. Bongkah mese lebih susah dijumpai berbanding bijih intan tetapi ia tidaklah susah dijumpai seperti Nyan Cat. Bongkah mese muncul dalam gugusan bertiga, gugusan bijih mese lebih mudah dijumpai berbanding gugusan bongkah mese. Sebuah bongkah mese boleh mencipta sembilan kristal mese. Anda perlukan sekurang-kurangnya beliung keluli (atau yang lebih baik) untuk menggalinya.
Sebagai bahan pertukangan
Pertukangan
Sejarah
Rupa bongkah mese sehingga Minetest versi 0.4_20120408.
Rupa bongkah mese di antara Minetest versi 0.4_20120408 sehingga versi 0.4_20120603.
Rupa bongkah mese di antara Minetest versi 0.4_20121214 sehingga versi 0.4_20160530.
Terjemahan petikan daripada Wiki Pembangun:
Asal-usul nama bongkah tersebut hanyalah secara suka-suka sahaja. Pada hari-hari awal permainan, saya [celeron55] perlu menambah sesuatu yang boleh digali dari bawah tanah dan akhirnya mencipta bongkah mengarut yang lucu ini tetapi tidak membuangnya daripada permainan sejak waktu itu.
Mese sebenarnya membawa maksud perisian "msn messenger" di Finland dan ianya digunakan sebagai perkataan mengarut (bunyinya mengarut) dalam komuniti pengaturcaraan ohjelmointiputka. Selain itu, mese juga dianggap sebagai kaca mata dalam emotikon, 8) dan 8D dipanggil "kaca mata mese".
|
Lihat juga