Difference between revisions of "FAQ/ms"

From Minetest Wiki
< FAQ
Jump to navigation Jump to search
m (Add category "Malay")
m (MrIbby moved page Help:FAQ/ms to FAQ/ms over redirect: "Help" namespace is reserved for wiki help)
(No difference)

Revision as of 14:21, 27 May 2017

Languages Bahasa: English • français • Bahasa Indonesia • 日本語 • Bahasa Melayu • 中文(简体)‎

Ini adalah koleksi soalan yang sering ditanya berkaitan Minetest. Untuk masalah teknikal, sila rujuk di Bantuan:Pencarisilapan.

Soalan Umum

Di mana saya boleh tanya soalan?

Di saluran IRC dan juga dalam Forum. Forum bahasa Melayu sedang diusahakan dan menunggu kelulusan. Anda juga disyorkan untuk mencari arkib, kemungkinan kebanyakan soalan telah pun dijawab sebelum ini.

Bagaimanakah cara untuk memasang permainan, mods, peta dan pek tekstur?

Sila lihat Memasang Subpermainan, Memasang Mods, Memasang Peta, dan Memasang Pek Tekstur.

Bilakah versi Minetest / Minetest Game seterusnya akan diterbitkan?

Kami tidak tahu.

Bagaimanakah cara untuk mengemaskini Minetest?

Cara yang paling senang adalah muat turun versi terbaru dan pindahkan dunia serta mods anda ke dalam versi yang baru. Bergantung kepada sistem pengoperasian anda, mungkin terdapat cara lain untuk mengemaskini permainan. Jika anda menggunakan versi Git, anda boleh mengklon repositori dan tarik serta kompil setiap kali anda ingin kemaskini.

Apakah permainan yang berbeza dan bagaimana cara untuk memasangnya?

Dalam pemasangan yang baharu, anda patut ada permainan bernama Minetest Game (ini adalah permainan asal), jika anda tidak ada permainan ini, sila muat turun dari GitHub. Permainan bernama “Minimal development test” (Percubaan pembangunan minima) hanyalah untuk kegunaan pembangun-pembangun dan ia tidak diterbitkan untuk dimainkan oleh orang biasa. Anda boleh cari beberapa permainan lain (subpermainan) dalam forum dan dalam Senarai Subpermainan. Untk memasangnya, ekstrak pek dan namakan semula folder tersebut menjadi nama permainan (cth. “minetest_game-master” menjadi “minetest_game”), kemudian salin folder tersebut masuk ke folder bernama “games”. Untuk maklumat lanjut tentang subpermainan, sila baca Subpermainan.

Bagaimana cara untuk mendapatkan akaun pemain ramai?

Tidak ada akaun pemain ramai yang sah secara global dalam Minetest. Untuk setiap pelayan yang berbeza, anda boleh menggunakan nama dan kata laluan yang berbeza. “Akaun” dicipta pada log masuk yang pertama. Dengan cara ini, hanya anda yang boleh mengakses pemain dan inventori anda pada pelayan tertentu. Anda juga boleh main pemain perseorangan tanpa memerlukan sebarang nama pengguna dan kata laluan.

Peristilahan

Apakah itu Minetest?

Minetest adalah sebuah enjin permainan perisian bebas yang berasaskan voksel (Bahasa Inggeris: Voxel). Perihal yang lebih lanjut boleh dijumpai di Minetest.

Minetest selalunya diedarkan bersama permainan (atau “subpermainan” dalam istilah Minetest) gaya kotak pasir yang mudah secara asasnya: Minetest Game.

Apakah itu mods?

Sila lihat Mods.

Apakah itu subpermainan?

Sila lihat Subpermainan.

Apakah itu pek tekstur?

Sila lihat Pek Tekstur.

Apakah itu mob?

Sila lihat Mob.

Apakah itu Minetest Game?

Minetest Game adalah subpermainan untuk Minetest. Ia selalunya didatangkan bersama-sama dengan Minetest.

Apakah itu minetest_game?

“minetest_game” adalah nama (dalaman) yang lama untuk Minetest Game. Nama ini kadang-kadang masih digunakan dalam pos forum dan sembangan, tetapi nama ini sudah tidak rasmi.

Pelayan

Bagaimanakah cara untuk membuat pelayan?

Sila lihat Membuat pelayan dan Pelayan.

Bagaimanakah cara untuk menggunakan perintah XYZ?

Sila lihat Perintah pelayan.

Cara Permainan

Umum

Apakah kawalan permainan ini?

Sila lihat Kawalan.

Berapa besarkah petanya?

Ia bukanlah tiada had. Setakat versi 0.4.10, petanya adalah sebuah kiub dengan panjang setiap sisi adalah 61840 nod. Oleh itu, petanya mempunyai isi padu yang sama dengan 618403 nod = 236,487,637,504,000 nod. Koordinat adalah daripada −30912 sehingga 30927 dalam semua arah.

Lihat juga Koordinat dan Penghujung dunia.

Bagaimanakah cara untuk mencari semula rumah saya?

Minetest akan menjana sebuah fail bernama “debug.txt” secara automatik di laluan minetest/bin di mana anda boleh jumpa banyak tulisan di dalamnya. Skrol sehingga ke bahagian terbawah dan cari ayat seperti

singleplayer digs node * […]

Cuba untuk teleport ke posisi yang anda lihat pada ayat tersebut sehingga anda jumpa rumah anda:

/teleport x,y,z

Juga lihat Perintah pelayan.

Dalam Minetest Game, anda boleh mengelak daripada tersesat lagi jika anda menggunakan perintah /sethome di rumah untuk simpan kedudukan rumah anda dan menggunakan perintah /home untuk teleport semula ke situ.

Nota: Teleportasi memerlukan hak “teleport”.

Bagaimanakah cara untuk tetapkan titik permulaan saya?

Jika anda bermain Minetest Game, anda boleh membina katil dan tidur pada waktu malam. Dalam kehidupan seterusnya, anda akan bermula dekat katil anda.

Untuk subpermainan lain, ada dua penyelesaian yang diketahui:

Cara yang pertama melibatkan penambahan mods istimewa kepada dunia anda seperti yang dijelaskan di sini: https://forum.minetest.net/viewtopic.php?p=70904#p70904

Cara yang kedus: Sunting fail minetest.conf anda dan tetapkan static_spawnpoint kepada koordinat yang anda mahu bermula (Contoh: static_spawnpoint = (4,5,6)). Namun begitu, tetapan ini akan digunakan untuk kesemua dunia anda!

Bagaimanakah cara untuk meningkatkan kecerahan?

Sila lihat Skrin Terlampau Gelap.

Bagaimanakah cara untuk terbang?

Untuk terbang, anda perlukan hak “terbang”. Anda boleh berikan hak itu kepada diri sendiri menggunakan perintah:

/grantme fly

Ini akan sentiasa berjaya dalam mod pemain perseorangan; dalam permainan pemain ramai, anda perlukan hak “keistimewaan” dahulu.

Jika anda mempunyai hak “terbang”, bolehkan mod terbang dengan menekan kekunci K, tekan K lagi untuk melumpuhkan mod tersebut. Anda boleh terbang naik dengan kekunci lompat (asalnya: selang) dan terbang turun dengan kekunci selinap (asalnya: shift).

Lihat juga: Mod terbang

Kenapa saya tak jumpa mods default atau wool atau fire?

Sesetengah mods mungkin bergantung kepada mods tersebut. Mods-mods itu adalah sebahagian daripada Minetest Game dan tidak dicipta untuk dipasang sebagai mods yang berasingan. Untuk mods yang bergantung kepada mereka contohnya kepada mods default untuk berfungsi, maka anda perlu menggunakan Minetest Game.

Minetest Game

Bagaimanakah cara blok/tumbuhan XYZ berfungsi?

Sila rujuk Blok.

Bagaimanakah caranya item/alatan/senjata XYZ berfungsi?

Sila rujuk Item.

Bagaimanakah caranya untuk menghasilkan XYZ?

Sila rujuk Blok atau Item dan tekan pautan dari situ ke blok atau item yang anda ingin hasilkan; halaman yang sepadan mengandungi arahan untuk menghasilkannya.

Anda juga boleh memasang panduan pertukangan untuk melihat semua resipi penghasilan.

Anda perlu tahu bahawa bukan semua benda boleh dihasilkan.

Adakah terdapatnya mob?

Tidak, dan kemungkinan besar yang ianya tidak akan ditambah masuk dalam masa yang terdekat. Namun, terdapatnya mods untuk menambah mob.

Kenapa saya tak jumpa kurungan bawah tanah/hutan?

Kemungkinan kerana tetapan mereka telah dilumpuhkan dalam tatarajah anda. Anda boleh membolehkan mereka dengan menambah “v6_jungles, dungeons” kepada mg_flags di dalam fail minetest.conf anda. Ini membolehkan penjanaan kurungan bawah tanah/hutan yang dicipta selepas pembolehubah bertukar. Cuba gali lebih mendalam atau cari lubang yang besar di bawah tanah.

Bagaimanakah cara untuk membuka atau menutup pintu?

Anda mestilah guna mereka dengan butang tetikus kanan. Lihat juga: Guna.

Untuk pemain Minecraft

Adakah terdapatnya meja pertukangan?

Dalam Minetest Game: Tidak. Anda tidak perlukannya. Anda sudah pun mempunyai grid pertukangan bersaiz 3 × 3 di dalam menu inventori (→ Crafting/ms#Grid_pertukangan_dan_slot_output).

Apakah Minetest / Minetest Game itu boleh menjadi berbeza?

Perbezaan dari Minecraft

Bagaimanakah cara untuk saya membuatkan Minetest menjadi hampir sama dengan Minecraft?

Cara yang paling mudah adalah untuk memasangkan subpermainan seperti Minecraft. Contohnya termasuklah:

Lihat juga di Senarai Subpermainan dan lihat pada jadual untuk subpermainan dengan lajur “Jenis” bertulis “Klon-MC”.

Jika anda hanya ingin menambah Minetest Game dengan beberapa mods yang menambah sedikit fungsi Minecraft, maka lihat perbezaan antara Minetest dan Minecraft.

Pembuatan Mods

Sila lihat FAQ Pembuatan Mods dalam Wiki Pembangunan Minetest.

Masalah teknikal

Saya ada masalah teknikal, bagaimana cara untuk membaiki ini?

Sila lihat Pencarisilapan.

Saya mendapat mesej amaran atau ralat, apakah maksudnya?

Sila lihat Mesej ralat tanpa runtuh.