Controls/ms

From Minetest Wiki
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • Deutsch • français • 日本語 • Bahasa Melayu

Ini gambaran keseluruhan untuk semua kawalan yang digunakan dalam Minetest.

Mengubah kawalan

Ada dua cara untuk mengubah kawalan: Sama ada menggunakan menu pilihan yang boleh diakses dalam permainan, ataupun dengan menyunting minetest.conf. Lihat minetest.conf.example untuk belajar nama tetapan. Ambil perhatian bahawa sesetengah kawalan tidak boleh diubah langsung.

Kawalan permainan

Minetest versi PC menggunakan tetikus dan papan kekunci. Berikut disertakan kawalan versi PC (perbezaan antara versi PC juga dinyatakan):

Perbuatan Kawalan lalai Boleh diubah dalam permainan? Tetapan minetest.conf Komen
Pergerakan
Lihat sekeliling Gerakkan tetikus Tidak (tiada)
Bergerak ke depan W Ya keymap_forward
Bergerak ke kiri A Ya keymap_left
Bergerak ke kanan D Ya keymap_right
Bergerak ke belakang S Ya keymap_backward
Togol mod pergerakan pantas J Ya keymap_fastmove Lihat Mod pergerakan. Perlukan keistimewaan “pergerakan pantas”
Togol mod terbang K Ya keymap_freemove Lihat Mod pergerakan. Perlukan keistimewaan “terbang”
Togol mod tembus blok H Ya keymap_noclip Lihat Mod pergerakan. Perlukan keistimewaan “tembus blok”
Bergerak pantas E Ya keymap_special1 Hanya berfungsi jika mod pergerakan pantas diaktifkan. Agak pelik tetapi kekunci ini juga dipanggil kekunci “Guna” (Use)
Lompat Space Ya keymap_jump Digunakan apabila anda bukan berada dekat tangga, bukan dalam cecair dan tidak menggunakan mod terbang
Selinap Shift Ya keymap_sneak Digunakan apabila anda bukan berada dekat tangga, bukan dalam cecair dan tidak menggunakan mod terbang
Bergerak ke atas Space Ya keymap_jump Digunakan apabila anda berada dekat tangga, dalam cecair atau menggunakan mod terbang
Bergerak ke bawah Shift Ya keymap_sneak Digunakan apabila anda berada dekat tangga, dalam cecair atau menggunakan mod terbang
Togol bergerak ke depan secara automatik (tiada) Tidak keymap_autoforward Apabila mod ini dibolehkan, ia bertindak seolah-olah kekunci bergerak ke depan sentiasa ditekan jadi anda akan sentiasa berjalan
Interaksi dunia
Ketuk / gali / mengutip tindanan item Butang tetikus kiri Tidak (tiada)
Guna / bina Butang tetikus kanan Tidak (tiada) Jika barang yang dihalakan itu boleh digunakan (contoh: Peti), anda menggunakannya, jika tidak anda akan cuba membina dekat barang tersebut
Bina Shift+Butang tetikus kanan Tidak (tiada) Digunakan untuk membina dekat blok boleh guna
Pilih tindanan item sebelumnya/selepasnya dalam hotbar Pusingkan roda tetikus Tidak (tiada)
Pilih tindanan item sebelumnya dalam hotbar B Ya keymap_hotbar_previous
Pilih tindanan item selepasnya dalam hotbar N Ya keymap_hotbar_next
Pilih tindanan item dalam hotbar secara terus 0-9 Tidak (tiada)
Jatuhkan tindanan item dipegang Q Ya keymap_drop
Jatuhkan 1 item daripada tindanan item dipegang Shift+Q Ya keymap_sneak, keymap_drop
Kamera
Pilih kamera F7 Tidak keymap_camera_mode Kamera yang ada (mengikut susunan): pandangan orang pertama, pandangan orang ketiga dari belakang, pandangan orang ketiga dari depan
Togol mod sinematik (tiada) Ya keymap_cinematic Dalam mod sinematik, kamera tidak akan ikut pergerakan anda dengan cepat, sebaliknya ia akan “ikut belakang”, jadi pergerakan kamera nampak serupa macam pergerakan kamera sebenar
Zum masuk dekat rerambut silang Z Ya keymap_zoom Memerlukan keistimewaan “zum”
Grafik
Membolehkan/Melumpuhkan kabut F3 Tidak keymap_toggle_force_fog_off
Menambah jarak pandang minimum + Tidak keymap_increase_viewing_range_min
Mengurangkan jarak pandang minimum - Tidak keymap_decrease_viewing_range_min
Togol pandangan jauh R Ya keymap_rangeselect Pandangan jauh membolehkan kita melihat tanpa batasan jarak. Amaran: Ini boleh memberi kesan kepada prestasi Minetest; gunakannya sekejap saja atau hanya untuk percubaan
Mengambil tangkapan skrin F12 Tidak keymap_screenshot
Papar Pandu (HUD)
Tunjuk/sembunyi menu inventori I Ya keymap_inventory
Tunjuk/sembunyi HUD F1 Tidak keymap_toggle_hud
Tunjuk/sembunyi log sembang F2 Tidak keymap_toggle_chat
Togol peta mini F9 Tiada keymap_minimap Terdapat dua mod: Permukaan dan radar, dalam 3 tahap zum berbeza
Togol bentuk peta mini (segi empat atau bulat) Shift+F9 Tidak keymap_sneak, keymap_minimap
Buka/tutup konsol F10 Ya keymap_console
Batalkan / tutup tetingkap / buka menu jeda / keluar Minetest Esc Tidak (none)
Bunyi
Perlahankan bunyi (tiada) Ya keymap_decrease_volume
Kuatkan bunyi (tiada) Ya keymap_increase_volume
Togol bisu M Ya keymap_mute
Arahan dan sembang
Buka tetingkap sembang T Ya keymap_chat Perlukan keistimewaan “jerit” untuk bersembang
Mula membuat arahan pelayan / Ya keymap_cmd
Mula membuat arahan tempatan . Ya keymap_cmd_local Arahan tempatan senahagian daripada mods klien
Nyahpepijat (untuk para pembangun)
Membolehkan/melumpuhkan kemaskini kamera F4 atau tiada Tidak keymap_toggle_update_camera Hanya berguna kepada para pembangun. Jika dilumpuhkan, landskap dilukis di sekeliling anda tidak akan dikemaskini pada saat anda melihat sekeliling. Perbuatan ini hanya ada ikatan kekunci lalai dalam Minetest versi pembangun; dalam terbitan rasmi tidak ada ikatan kekunci lalai kerana ia boleh menyebabkan ramai pemain terkeliru
Membolehkan/melumpuhkan paparan nyahpepijat F5 Tidak keymap_toggle_debug Turut menunjukkan koordinat anda
Membolehkan/melumpukan pembukah F6 Tiada keymap_toggle_profiler Hanya berguna untuk para pembangun
Tulis kesan tindanan ke dalam debug.txt P Ya keymap_print_debug_stacks Hanya berguna untuk para pembangun

Perbezaan untuk OS X

  • Untuk membuat klik kanan, gunakan sentuhan dua jari pada pad jejak (trackpad)
  • Jika anda menggunakan papan kekunci Perancis (AZERTY), bersedia untuk kekunci “M” tidak berfungsi dalam sembangan

Mengubah kawalan dalam minetest.conf

Dengan minetest.conf, anda boleh mengubah kawalan yang tidak ditunjukkan di dalam menu tetapan. Lihat minetest.conf untuk maklumat lanjut.

Kawalan inventori

Lihat Inventory/ms#Kawalan.

Kawalan konsol

Lihat Console/ms#Gambaran keseluruhan kawalan.