Mese Block/ms

From Minetest Wiki
< Mese Block
Revision as of 14:21, 4 June 2017 by Muhdnurhidayat (talk | contribs) (Update Malay translation - remove reference to Nyan Cat)
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • Deutsch • français • Bahasa Melayu
Bongkah Mese
Mese Block.png
Sebuah blok dalam Minetest Game
Jenis Bongkah Pepejal
Menjatuhkan Diri Sendiri
Ikut Fizik Tidak
Bercahaya Ya (3)
Boleh Dibakar Tidak
Blok Dijana Ya
Boleh Diperbaharui Tidak
Boleh Ditindan Ya (99)
Rentetan Item default:mese

Bongkah Mese (bacaan: mésé; AFA: [ˈmɛˌsɛ]) (BI: Mese Block) ialah bijih dan blok yang paling susah dijumpai dalam Minetest Game. Bongkah mese mula dijumpai sangat dalam di bawah tanah, bermula dari kedalaman Y=-1024. Bongkah mese lebih susah dijumpai berbanding bijih intan. Bongkah mese muncul dalam gugusan bertiga, gugusan bijih mese lebih mudah dijumpai berbanding gugusan bongkah mese. Sebuah bongkah mese boleh mencipta sembilan kristal mese. Anda perlukan sekurang-kurangnya beliung keluli (atau yang lebih baik) untuk menggalinya.

Sebagai bahan pertukangan

Nama Bahan-Bahan Input → Output Perincian
Kristal Mese Bongkah Mese
Mese Block.png
Mese Crystal.png
9
Diperlukan untuk mencipta alat-alatan yang lain, untuk membuat Serpihan Mese dan mencipta Lampu Mese.

Pertukangan

Bahan-Bahan Input → Output
Kristal Mese
Mese Crystal.png
Mese Crystal.png
Mese Crystal.png
Mese Crystal.png
Mese Crystal.png
Mese Crystal.png
Mese Crystal.png
Mese Crystal.png
Mese Crystal.png
Mese Block.png

Sejarah

  • Rupa bongkah mese sehingga Minetest versi 0.4_20120408.
  • Rupa bongkah mese di antara Minetest versi 0.4_20120408 sehingga versi 0.4_20120603.
  • Rupa bongkah mese di antara Minetest versi 0.4_20121214 sehingga versi 0.4_20160530.
Terjemahan petikan daripada Wiki Pembangun:

  Asal-usul nama bongkah tersebut hanyalah secara suka-suka sahaja. Pada hari-hari awal permainan, saya [celeron55] perlu menambah sesuatu yang boleh digali dari bawah tanah dan akhirnya mencipta bongkah mengarut yang lucu ini tetapi tidak membuangnya daripada permainan sejak waktu itu.

Mese sebenarnya membawa maksud perisian "msn messenger" di Finland dan ianya digunakan sebagai perkataan mengarut (bunyinya mengarut) dalam komuniti pengaturcaraan ohjelmointiputka. Selain itu, mese juga dianggap sebagai kaca mata dalam emotikon, 8) dan 8D dipanggil "kaca mata mese".  

Lihat juga