Mods/ms

From Minetest Wiki
< Mods
Revision as of 06:03, 25 April 2017 by Muhdnurhidayat (talk | contribs) (Added Malay translation (Menambah terjemahan bahasa Melayu))
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • Deutsch • español • français • italiano • 日本語 • Bahasa Melayu

Mods

Contoh sebuah mods (ditunjukkan: Mesecons).

Mods (singkatan kepada modifikasi) atau turut dikenali sebagai mod dalam bahasa Inggeris (singkatan Inggeris modifications atau modules) adalah modifikasi yang dicipta oleh pengguna untuk permainan yang mana ia boleh mengubah cara main. Sesetengah mods yang besar boleh menambah banyak kandungan kepada permainan, manakala mods yang kecil boleh menambah lebih banyak pilihan tetapan/pelangganan, atau mengoptimumkan kelajuan, cara main, atau grafik Minetest. Mods atau pemalam pelayan selalunya memberikan pentadbir pelayan lebih banyak pilihan dan memudahkan, dan semua mods untuk pemain perseorangan juga boleh digunakan dalam pemain ramai.

Walaupun mods Minetest adalah selamat untuk dipasangkan secara umumnya, seseorang haruslah berhati-hati dengan mods untuk mengelakkan keruntuhan, ketidakstabilan sistem, pemadaman permainan/data simpanan, atau jangkitan perisian hasad yang berkemungkinan daripada pautan yang buruk atau daripada mods itu sendiri. Cara yang bagus untuk melindungi permainan anda daripada masalah seperti itu adalah dengan membuat sandaran folder Minetest anda jika anda memilih untuk menggunakan mods. Terdapat banyak mods atau pemalam yang boleh digunakan untuk menambah fungsi dan barangan ke dalam Minetest game yang asal atau untuk memberikan pentadbir pelayan lebih banyak pilihan dan kawalan terhadap pelayan mereka.

Paket Mods

Sebuah paket mods (singkatan: “PM”) adalah koleksi mods untuk mengumpulkan mereka bersama. Secara asasnya, sebuah paket mod adalah direktori khas yang mengandungi direktori mods sebenar. Ia hanyalah pengumpulan logik semata-mata dan selalunya dilakukan untuk memudahkan dan mengumpulkan mods yang berkait rapat bersama-sama. Perbezaan utamanya adalah paket mods akan dipaparkan dengan cara yang berbeza di dalam pengurus mods dalam Minetest. Namun selain daripada itu, tiada apa yang istimewa tentang paket mods ataupun mods di dalam paket mods. Mods individu di dalam paket mods masih boleh dibolehkan dan dilumpuhkan seperti mana mods bersendiri.

Pemasangan

Sila lihat Memasang Mods.

Mencari mods

Mods boleh dijumpai di beberapa tempat:

Mencipta mods

Mods dicipta dalam bahasa Lua, sebuah bahasa pengaturcaraan/penskripan yang agak mudah. Mods boleh dicipta oleh sesiapa sahaja yang mampu mengekod menggunakan Lua dan memahami API Lua Minetest. Pendokumenan API Lua yang rasmi boleh dilihat di lua_api.txt.

Sumber pembelajaran penting yang lain:

Menyenaraikan mods pelayan

Jika anda di dalam sebuah pelayan, anda boleh menghantar perintah pelayan /mods untuk meminta pelayan memberitahu anda senarai kesemua mods yang terpasang.

Mods yang paling banyak digunakan di pelayan awam yang disenaraikan di servers.minetest.net setakat 31 Oktober 2016