River Water/ms

From Minetest Wiki
Jump to: navigation, search
Languages Bahasa: English • Deutsch • français • Bahasa Melayu
Air Sungai
River Water.png
Sebuah blok dalam Minetest Game
Jenis Cecair
Menjatuhkan Tiada apa-apa
Ikut Fizik Ya
Bercahaya Tidak
Boleh Dibakar Tidak
Blok Dijana Ya (Hanya dalam janapeta valleys)
Boleh Diperbaharui Sebagai cecair: Tidak
Sebagai sumber: Ya
Boleh Ditindan Ya (99)
Rentetan Item default:river_water_source

Air Sungai (BI: River Water) ialah blok cecair yang boleh diletakkan oleh pemain menggunakan baldi (atau sebagai sumber dalam mod kreatif).

Air Sungai ini serupa seperti Air, bezanya dari segi warna, serta air sungai tidak boleh diperbaharui dan jarak aliran hanyalah 2 blok jauhnya, tidak seperti air yang mengalir sehingga 8 blok jauhnya.

Ia terjadi dalam bentuk sungai dalam penjana peta “valleys”. Blok ini tidak dijana dalam mana-mana penjana peta yang lain. Kebanyakan sungai ini mempunyai dasar pasir, tetapi dalam biom tundra dasarnya kelikir.

Boleh baharu

Boleh baharu air sungai agak pelik daripada biasa. Sebagai cecair, air sungai dikira sebagai tidak boleh diperbaharui; cara yang dinyatakan dalam bahagian Penciptaan Sumber Cecair tidak akan memperbaharui air sungai.

Walau bagaimanapun, sebagai sebuah sumber, air sungai memang boleh diperbaharui. Begini caranya: Cari dua blok sumber air sungai yang terletak bersebelahan sesama sendiri, kemudian gunakan baldi kosong pada salah satu blok sumber air sungai. Sumber tersebut tidak akan diambil, namun anda akan dapat baldi air sungai. Sekarang anda boleh cipta jumlah air sungai yang tidak terhad.

Lihat juga