Biomes/ms

From Minetest Wiki
< Biomes
Revision as of 06:44, 3 September 2017 by Muhdnurhidayat (talk | contribs) (Finishing Malay translation)
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • Deutsch • français • Bahasa Indonesia • 日本語 • Bahasa Melayu

Biom (BIbiomes) dalam Minetest adalah sebahagian daripada penjanaan peta. Biom ialah kawasan dengan daratan, bawah tanah dan tumbuh-tumbuhan yang serupa.

Jenis-jenis biom

Biom bergantung kepada penjana peta yang digunakan. Kebanyakan penjana peta mempunyai biom yang sama kecuali dalam janapeta v6.

v5, v7, valleys, flat, fractal

Biom dalam penjana peta ini ditakrifkan oleh mods. Jika ia tidak ditakrifkan, kesemua penjana peta ini hanya menjana dunia batu. Biom dalam penjana peta ini tidak berkait dengan bentuk rupa bumi; ini bermakna mana-mana biom (termasuk kawasan rumput) boleh terbentuk dekat kawasan rata atau kawasan bergunung. Bahagian ini menunjukkan biom yang digunakan dalam Minetest Game.

Nama dan Ciri-ciri Keterangan Gambar
Kawasan rumput
(BIGrassland)
Batu, Tanah, Tanah Berumput, Rumput, Bunga, Daun Belukar, Batang Belukar
Kawasan rumput mempunyai jumlah nod tanah dan blok tanah berumput yang sangat banyak, yang mana bunga-bungaan, rumput dan belukar boleh wujud secara semulajadi di kawasan ini. Bawah tanahnya diperbuat daripada batu.
Biom kawasan rumput, setakat versi 0.4.15
Hutan konifer
(BIConiferous forest)
Batu, Tanah, Tanah Berumput, Kayu Pokok Pain, Daun Pain, Rumput, Bunga, Cendawan Merah, Cendawan Perang
Hutan konifer membesar di kawasan yang lebih sejuk dan diisi dengan pokok pain. Hutan pokok pain juga boleh dilitupi salji di kawasan sejuk.
Hutan pokok pain dalam versi 0.4.13.
Hutan daun luruh
(BIDeciduous forest)
Batu, Tanah, Tanah Berumput, Kayu Pokok Biasa, Daun Biasa, Kayu Pokok Aspen, Daun Aspen, Epal, Cendawan Merah, Cendawan Perang, Daun Belukar, Batang Belukar
Hutan daun luruh ialah salah satu biom paling lazim dijumpai dalam Minetest dan terbentuk di kawasan lebih panas. Pokok biasa, pokok epal dan pokok aspen tumbuh secara semulajadi di kawasan ini. Selalunya hutan ini boleh ada tasik, kolam dan sungai di dalam kawasannya. Hutan daun luruh biasanya mengelilingi kawasan lapang.
Hutan dengan pokok biasa dan pokok aspen dalam versi 0.4.15
Hutan hujan
(BIRainforest)
Batu, Tanah, Tanah Bersarap Hutan Hujan, Rumput Hutan, Kayu Pokok Hutan, Daun Hutan, Cendawan Perang, Teratai
Hutan hujan (atau rimba) diperbuat daripada pokok hutan besar yang tumbuh secara rapat bersama. Rumput hutan dan kayu pokok hutan yang memegang daun hutan wujud secara semulajadi di sini. Dekat kayu balak pokok hutan tumbang, jarang-jarang ada cendawan perang. Hutan dekat dengan laut mencipta paya penuh dengan teratai.
Biom hutan hujan dalam janapeta v7 setakat versi 0.4.16
Biom paya hutan hujan setakat versi 0.4.15
Savana
(BISavannah)
Batu, Tanah, Tanah Berumput Kering, Rumput Kering, Kayu Pokok Akasia, Daun Akasia, Daun Belukar Akasia, Batang Belukar Akasia, Teratai, Papirus
Savana ialah daratan kering yang bukan gurun, ia kawasan yang mempunyai pokok akasia dan rumput kering. Air rata bersempadan dengan savana berkemungkinan untuk mempunyai teratai dan papirus.
Savana dalam versi 0.4.15
Gurun
(BIDesert)
Batu Gurun, Pasir Gurun, Kaktus, Pokok Renek Kering
Gurun mengandungi pasir gurun dan batu gurun yang sangat banyak. Kaktus dan pokok renek kering juga wujud secara semulajadi atas daratan gurun. Kaktus boleh terbentuk dalam dua bentuk berbeza. Gurun terbentuk di kawasan panas dan kering.
Biom gurun dalam janapeta v7, setakat versi 0.4.15
Gurun batu pasir
(BISandstone desert)
Pasir, Batu Pasir, Pokok Renek Kering
Gurun batu pasir ialah kawasan tandus luas yang dilitupi pasir dengan batu pasir di bawahnya. Mereka terbentuk dalam klimat suhu tinggi dan kering.
Gurun batu pasir, setakat versi 0.4.15
Gurun sejuk
(BICold desert)
Pasir Perak, Batu, Pokok Renek Kering
Gurun sejuk ialah kawasan tandus luas yang dilitupi dengan pasir perak di atas batu. Mereka terbentuk di kawasan sejuk dan kering.
Gurun sejuk, setakat versi 0.4.15
Kawasan rumput bersalji
(BISnowy grassland)
Batu, Tanah, Salji, Tanah Bersalji, Daun Belukar, Batang Belukar
Biom kawasan rumput bersalji selalunya berada di sempadan kawasan berumput dan dilitupi dengan lapisan salji nipis di atas tanah bersalji. Beberapa belukar dilitupi salji boleh dijumpai di sini.
Kawasan rumput bersalji, setakat versi 0.4.15
Taiga
(BITaiga)
Batu, Tanah, Salji, Tanah Bersalji, Kayu Pokok Pain, Daun Pain, Pokok Renek Kering, Cendawan Perang, Cendawan Merah
Taiga ialah biom sejuk dilitupi salji dengan tumbuh-tumbuhan yang kaya beserta permukaannya yang penuh dengan salji dan tanah bersalji. Mereka kaya dengan pokok pain yang dilitupi salji. Dalam hutan pokok pain, jarang-jarang ada cendawan tumbuh di atas kayu balak pokok pain tumbang.
Pokok pain dalam biom taiga, setakat versi 0.4.13
Tundra
(BITundra)
Batu, Bongkah Salji
Tundra ialah biom tandus di klimat sangat sejuk tanpa sebarang tumbuh-tumbuhan dan hanya ada selapis bongkah salji di atas batu. Mereka biasa dijumpai di antara taiga, kawasan rumput bersalji dan glasier. Ini salah satu biom di mana bongkah salji (dan bukannya salji biasa) dijana.
Tundra dalam versi 0.4.15
Glasier
(BIGlacier)
Ais, Bongkah Salji
Glasier hanya terbentuk dalam kawasan paling sejuk dan diperbuat daripada ais yang sangat banyak, dilitupi lapisan bongkah salji yang tebal tanpa sebarang tumbuh-tumbuhan. Biom glasier boleh terbentuk bergunung seperti dalam tangkapan layar atau sangat rata. Biom glasier selalunya bersempadan dengan biom kepingan ais berhampiran lautan.
Pembentukan glasier besar, bersempadan dengan biom salji biasa, setakat versi 0.4.13
Kepingan ais
(BIIce sheet)
Ais, Bongkah Salji
Kepingan ais hanya terbentuk dalam kawasan paling sejuk di atas lautan dan selalunya bersempadan dengan biom glasier. Kepingan ais sangat rata dan mempunyai selapis bongkah salji dengan ais di bawahnya sehingga 10 lapis, “terapung” di atas air di laut dalam.
Kepingan ais dalam versi 0.4.15

v6

Penjana peta v6 mempunyai set biom pratakrif yang tidak boleh diubah secara terus oleh mods. Hasil dalam subpermainan berbeza selalunya serupa sahaja. Secara umumnya, biom v6 lebih ringkas berbanding biom dalam penjana peta yang lain.

Biom

Nama Blok-blok Utama[1] Perhiasan[2] Keterangan Gambar
Kawasan landai
(BIPlains)
Batu, Tanah, Tanah Berumput Rumput, Bunga Kawasan landai ialah biom yang agak rata. Mempunyai nod Tanah dan blok Tanah Berumput yang sangat banyak, yang mana bunga dan rumput boleh wujud secara semulajadi di atasnya (sejak versi 0.4.7). Tidak ada belukar. Bawah tanah diperbuat daripada batu.
Biom kawasan landai, setakat versi 0.4.13
Hutan
(BIForest)
Batu, Tanah, Tanah Berumput, Kayu Pokok, Daun, Epal Rumput, Bunga Hutan ialah salah satu biom paling biasa dalam janapeta v6 dan terbentuk di zon kawasan suhu sederhana. Pokok biasa dan pokok epal tumbuh secara semulajadi di sini. Hutan selalunya mengelilingi kawasan landai. Tidak ada pokok aspen atau kayu balak tumbang.
Hutan pokok biasa dalam versi 0.4.9
Gurun
(BIDesert)
Batu Gurun, Pasir Gurun Kaktus, Pokok Renek Kering Gurun mempunyai pasir gurun dan batu gurun yang sangat banyak dan selalu ada cenuram besar atau ngarai. Kaktus dan pokok renek kering juga tumbuh secara semulajadi secara berkelompok di atas pasir gurun. Gurun membentuk sungai dan tasik bawah tanah yang boleh berada sehingga 200 blok dalamnya. Dalam janapeta v6, kaktus hanya boleh terbentuk dalam bentuk “meneagak” dengan tinggi sehingga 4 blok.
Biom gurun, setakat versi 0.4.7
Rimba
(BIJungle)
Batu, Tanah, Tanah Berumput, Kayu Pokok Hutan, Daun Hutan, Rumput Hutan Bunga, Rumput Rimba mempunyai pokok-pokok besar yang tumbuh menebal secara rapat-rapat bersama. Rumput hutan dan kayu pokok hutan memegang daun hutan tumbuh secara semulajadi di sini. Rimba dalam janapeta v6 sangat serupa dengan rimba dalam penjana peta yang lain, tetapi tiada kayu balak tumbang, cendawan atau paya.

Walaupun kemungkinan itu ada secara teknikalnya, bunga dan rumput hanya muncul jarang-jarang dalam biom ini.

Biom rimba setakat versi 0.4.16
Taiga
(BITaiga)
Batu, Bongkah Salji, Tanah Bersalji, Salji, Kayu Pokok Pain, Daun Pain Permukaannyya dilitupi bongkah salji di atas tanah bersalji. Hutan pokok pain dilitupi salji sangat biasa dijumpai dalam biom ini.
Dua ciri utama taiga: bongkah salji dan pokok pain (versi 0.4.15)
Tundra
(BITundra)
Batu, Tanah Bersalji, Salji Pokok Renek Kering Tundra ialah kawasan lapangan dengan lapisan salji nipis dan dipenuhi dengan pokok renek kering. Terdapat dua variasi biom ini.
Biom tundra dalam versi 0.4.15
Kepingan ais
(BIIce sheet)
Ais, Air Kepingan ais ialah dua lapisan ais di atas air laut. Mereka dijana bersempadan secara terus dengan taiga dan tundra.
Kepingan ais dalam versi 0.4.15
  1. Blok dijana oleh janapeta v6 teras
  2. Blok-blok tambahan daripada Minetest Game, boleh dikawal dengan bendera penjana peta decorations. Lihat juga: Ciri-ciri terkongsi

Sifat landskap

Sifat landskap terbentuk secara (agak) berasingan daripada biom.

Nama Blok Keterangan Gambar
Pantai pasir
(BISand beach)
Air, Batu, Pasir, Tanah Liat Pantai pasir diperbuat daripada pasir dan terbentuk pada ketinggian Y=2 ke bawah, iaitu dekat dengan paras laut secara lalai. Pantai pasir selalu menjangkau dalam lautan, dengan senangnya menukarkan banyak lantai laut menjadi pasir. Pasir menggantikan lantai biom lain. Bergantung kepada bentuk rupa bumi, pantai pasir boleh menjadi pendek atau sangat panjang dan luas (seperti dalam tangkapan layar). Tanah liat boleh dijumpai di pasir dan terbentuk dalam “tompokan” kecil atau sederhana di bawah air (Secara teknikalnya, tanah liat dijana sebagai bijih oleh Minetest Game).

Pantai pasir dijana berdasarkan ketinggian dan hingar Perlin; secara teknikalnya mereka dijana secara bebas daripada air di lautan. Kesan ini boleh dilihat sekiranya paras air (dengan tetapan water_level) telah dikurangkan.

Pantai pasir bersempadan dengan gurun dalam versi 0.4.15
Lautan
(BIOcean)
Air, Batu, Tanah, Pasir Lautan ialah sifat landskap yang dilaksanakan sekitar versi 0.2.20110731_1 Pre-Alpha. Sebuah lautan hanyalah badan air besar yang boleh menjadi sehingga 250 blok dalamnya. Mereka boleh juga dipanggil tasik, tetapi selalunya dipanggil lautan kerana mereka boleh menjadi sangat besar, kadang-kadang sehingga 200-350 blok seberang. Lantai lautan semulajadi ialah tanah, tetapi pasir juga biasa kerana wujudnya pantai pasir.
Lautan luas dalam versi 0.4.15
Pulau
(BIIsland)
Semua blok daripada biom v6, Air Pulau terbentuk banyak kali di lautan. Pulau selalunya muncul daripada tanah setinggi 3-10 blok, tetapi boleh menjadi setinggi 40-80 blok.
Pulau gaya pantai yang kecil, setakat versi 0.4.7
Gunung
(BIMountain)
Blok serupa seperti hutan dan kawasan landai Gununglah paling bahaya. Pokok tumbuh secara semulajadi di sini. Sangat mudah untuk terbunuh di rupa bumi gunung jika anda tidak ambil perhatian ke mana anda sedang bergerak.
Gunung, sebelum versi 0.4.7
Penara
(BIPlateau)
Hampir kesemua blok daripada biom v6 Struktur gergasi yang mula kelihatan sejak versi 0.4, penara sangat biasa dijumpai di gurun dan juga rupa bumi bergunung. Penara juga boleh terapung di atas tanah dan menjana biom miniatur di atasnya.
Penara, setakat versi 0.4.7
Gua air
(BIWater cave)
Batu, Air Gua air ialah gua yang hanya terjadi di paras laut, yang bertukar menjadi sungai atau tasik luas di bawah tanah. Dalam kes ekstrim, gua-gua ini boleh menyambung sehingga ribuan blok ke bawah dan sangat senang untuk sesat di dalamnya.
Gua air, setakat versi 0.4.7
Kawasan kelikir
(BIGravel area)
Kelikir Kadang-kadang, kawasan kelikir yang sangat luas boleh muncul di permukaan. Kawasan ini tidak ada apa-apa melainkan kelikir.
Kawasan kelikir dalam versi 0.4.15

Sejarah

Biom yang pertama; Biom "Kekalutan"
Biom yang tidak boleh ditakrifkan (versi 0.0.1)
Biom tanah landai, sebelum versi 0.4.3

Sebelum Minetest mempunyai nombor versi, biom tidak boleh ditakrifkan dan hanya mempunyai empat bahan: rumput, batu, cahaya dan "air" (seperti dalam tangkapan layar). Apabila versi 0.0.1 dikeluarkan barulah ada biom sebenar, tetapi sebelum versi 0.2.20110529 Pre-Alpha penjanaan peta agak berserabut. Biom akan merentasi sesama sendiri, dan secara amnya biom tidak dapat ditakrifkan. Setakat ini versi 0.4 Dev mempunyai penjanaan biom paling stabil.

Untuk maklumat lanjut berkaitan perkembangan penjana peta, sila lihat halaman Perkembangan Penjana Peta.